KAH..KAH...INI ANTARA METERI LAWAK DALAM PARTI PAS...MASA JADI MENTERI KEHAKIMAN DIA DIKATAKAN DERHAKA. KENA TURUN PANGKAT . BAGI JADI MENTERI SUMBER ASLI DAN MENERAL...BARU DIA CELIK BAB HUTAN....WOIII..LENA PA KA

 

Menteri gesa kerajaan negeri di Semenanjung tingkat kawasan berhutan







Takiyuddin Hassan berkata sehingga hari ini sebanyak 27.87 juta pokok
 telah berjaya ditanam di seluruh negara.

LIPIS: Semua kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia perlu meningkatkan kawasan berhutan sedia ada yang kini hanya pada tahap 43.41%, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata langkah itu perlu dilaksanakan berikutan Rancangan Fizikal Negara Ke-4 menyasarkan 50% kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia menjelang 2040.

“Sasaran ini merupakan pencetus perubahan dalam memperkukuh usaha pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan berhutan di negara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 bertemakan Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Abdul Rahman Mohamad merangkap Ahli Parlimen Lipis serta Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Zurinah Pawanteh.

Selain itu, Takiyuddin berkata kerajaan Persekutuan telah menyediakan insentif kewangan iaitu Pemindahan Fiskal Ekologi untuk Pemuliharaan Biodiversiti bagi membantu kerajaan negeri mengambil tindakan yang lebih proaktif dalam memelihara dan memulihara kepelbagaian biologi dan kawasan perlindungan.

“Kerajaan negeri digalakkan untuk memohon geran di bawah Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli (NCTF) di bawah kementerian saya bagi merancakkan lagi aktiviti penyelidikan dan konservasi,” katanya.

Mengenai Kempen Penanaman 100 Juta Pokok, Takiyuddin memaklumkan sehingga hari ini sebanyak 27.87 juta pokok telah berjaya ditanam di seluruh negara.

Sehubungan itu, beliau mempelawa semua pihak terus melipatgandakan usaha bagi menjayakan agenda nasional dengan sasaran penanaman 100 juta pokok menjelang 2025.

“Saya juga menyeru supaya lebih banyak persatuan komuniti, badan bukan kerajaan dan pihak swasta untuk bersama-sama terlibat dan memainkan peranan yang lebih aktif kerana insentif pengecualian cukai telah disediakan untuk sumbangan kepada konservasi dan penghijauan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Wan Rosdy dalam ucapannya berkata Pahang mempunyai hutan simpan kekal berkeluasan 1.6 juta hektar manakala kawasan berhutan negeri seluas 2.04 juta hektar yang mewakili 57% keluasan Pahang iaitu 3.6 juta hektar.

Katanya keluasan tersebut menobatkan Pahang sebagai penyumbang terbesar kawasan berhutan dalam kalangan negeri di Semenanjung.


No comments: