BEBAN SEBAGAI JANTUNG EKONOMI NEGARA



Adrian Lim



Nak tau kekuatan ekonomi sesebuah negara, kita kene cari di mana jantung ekonomi negara tersebut.


Jantung ekonomi Malaysia ialah Selangor.


Bukan KL.

Bukan Penang.

Jauh sekali Kedah atau Terengganu atau Kelantan atau Perlis.


Sumbangan KDNK Selangor telah meningkat dari 21.9% (2008) kepada 25.5% (2022).


Ertinya pada tahun 2008, daripada setiap RM100 yang dijana di bumi Malaysia, RM21.90 datang dari bumi Selangor.


Pada tahun 2022, setiap RM100 yang dijana di bumi Malaysia, RM25.50 datang dari bumi Selangor.


Ini suatu kebanggaan, tetapi juga suatu beban kepada pentadbiran dan penduduk Selangor.


Sebagai perbandingan, pada tahun yang sama (2022)....


Kedah: 3.4%

Terengganu: 2.5%

Kelantan: 1.8%

Perlis: 0.5%


Sementara bumi Selangor menyumbang RM25.50 kepada setiap RM100 yang dijana di bumi Malaysia, keempat-empat negeri contoh di atas cuma menyumbang RM8.20 kepada setiap RM100 yang dijana di bumi Malaysia.


Sebab itu sesetengah ahli politik dari tempat luar tidak akan faham atau pura-pura tidak faham beban yang ditanggung oleh Selangor. Mereka tidak pernah menggalas beban seberat ini.


Contoh, daripada RM100 yang dijana, hilangnya RM3.40, kesannya tak berapa dirasakan.


Hilangnya RM2.50 atau RM1.80 atau RM0.50... lagilah tidak terasa apa-apa.


Jadi anak-anak dan rakyat Selangor kene jaga Selangor baik-baik.


Saya bukan anak Selangor tetapi saya berterima kasih kepada orang Selangor yang menggalas beban ini.


Saya sedar betapa pentingnya negara ini bergantung pada Selangor.


Kerana hancurnya ekonomi Selangor, hancurlah ekonomi negara.


Hancurnya ekonomi negara, hancurlah ekonomi setiap negeri kat dalam Malaysia ini.



CYBERTROOPER KERAJAAN LEMAH, PH/BN BAKAL PUNAH?


Dua hari lalu, tiga kejadian berlaku dalam hidup saya yang mana ianya terjadi tidak sampai dalam tempoh 8 jam pada hari tersebut.


Kejadian pertama, seorang tokoh media yang pernah bekerja dengan bekas Perdana Menteri menghantar pesanan Whatsapp yang menjangkakan bahawa PH/BN bakal punah dalam PRN akan datang ini.


Hujah beliau ialah cybertrooper PH/BN terlalu lemah dalam melakulan serangan dan menyerang balas pelbagai serangan bertubi-tubi yang dilakukan PN sejak kebelakangan ini.


Kejadian kedua, dua rakan yang selalu membaca tulisan saya di media sosial menghantar beberapa link yang memaparkan bagaimana cybertrooper PN sekarang ini begitu agresif dan deras menyerang kerajaan madani.


Sambil itu, kedua-duanya bertanya soalan yang hampir sama – kenapa cybertrooper PH/BN begitu lemah sekarang dan hampir tidak melakukan serangan balas terhadap serangan-serangan yang ditujukan kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim?


Kejadian ketiga, secara kebetulan di hari yang sama juga saya terserempak dengan seorang pemimpin Bersatu dan kemudian kami sempat berbual-bual seketika.


Dalam perbualan singkat itu, pemimpin Bersatu berkenaan dengan yakin menyatakan PN mampu menguasai lima negeri pada PRN 12 Julai depan ini iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan.


PH tambahnya, hanya dapat bertahan di Pulau Pinang saja, itu pun semua kawasan Melayu akan jatuh ke tangan PN.


Kata beliau lagi, selain sambutan hangat yang ditunjukkan pengundi melalui program-program yang diadakan di lima negeri berkenaan, keyakinan itu juga disebabkan hampir tiada serangan atau serangan balas yang benar-benar berkesan daripada PH kepada PN.


“Bahkan banyak serangan yang kami lakukan tidak mampu ditangkis atau diserang balik oleh cybertrooper PH.


“Apabila PRN kian dekat nanti dan kami akan meningkatkan lagi serangan, bila mana semua serangan itu tidak mampu ditangkis sebagaimana sekarang, bermakna akhirnya kamilah yang akan menguasai pemikiran pengundi dan mampu menentukan ke mana undi mereka,” tegasnya.


Jika saya seorang pemimpin PH yang berada dalam kerajaan, ketiga-tiga perkara di atas adalah sesuatu yang amat menakutkan sekali.


Secara mudah, ia adalah gambaran kejatuhan dan bakal kehilangan kuasa, walau kebenarannya belum tentu lagi seratus peratus.


Di sebalik banyak faktor boleh dihujahkan dalam menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan, namun dalam era digital di mana media sosial sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan dan alatnya pula terletak dalam genggaman, kepentingan cybertrooper atau laskar maya dalam mempengaruhi dan membentuk pemikiran pengundi memang tidak boleh dinafikan.


Lebih-lebih lagi kepada generasi muda, pengaruh media sosiallah yang banyak mempengaruhi pemikiran mereka.


Soal pokoknya, sebagaimana difokuskan dalam ketiga-tiga kejadian di atas, kenapakah PH yang kini dikira sudah bergabung dengan BN membentuk kerajaan, masih ketinggalan dalam perang di alam maya, sedangkan sebelum PRU15 lalu, mereka begitu dominan di hadapan?


Apabila ramai yang bertanya, kadangkala letih juga otak pro bono saya berfikir mencari jawapan mengapakah kedudukan PH sebagai kerajaan dan melalui kuasa yang ada dalam tangan, tetapi tidak mampu menjadikan laskar maya pro kerajaan lebih tangkas, bukan saja menyebar maklumat, tetapi juga melakukan serangan dan menyerang balas segala hentaman daripada blok pembangkang?


Di mana peranan Kementerian Komunikasi dan Digital, Unit Media dan Komunikasi PMO, Jkom serta semua pemimpin yang ada jawatan dalam kerajaan untuk sama-sama mengambil tanggungjawab bagi memperkasa dan menguasai perang di alam maya?


Masih belum berfungsi jugakah Unit Media Perpaduan, Media MyMadani dan entah apa-apa lagi kumpulan cybertrooper yang sudah diwujudkan sejak beberapa bulan lalu, malah khabarnya semua perkumpulan itu sudah pun mengadakan perjumpaan dan mesyuarat di beberapa lokasi?


Hendak tunggu apa lagi atau masing-masing menunggu “budget” turun dulu baru nak memulakan operasi?


Setelah lapan bulan menguasai kerajaan, di samping penguasaan media sosial dikira masih lemah dan ketinggalan, menjadi percakapan juga tentang peranan media arus perdana yang tidak membantu kerajaan.


Kalau ketika PH menjadi pembangkang dulu, kita sering marah dan meluat dengan media arus perdana yang begitu berkesan dalam peranannya mempromosi kerajaan dan menghentam lawan, malangnya sekarang ini tidak pernah sama sekali terdengar ada pemimpin PN yang bersungut dan mengeluh tentang laporan media arus perdana yang tidak memihak kepada mereka.


Sebaliknya, Fahmi Fadzil sendiri selaku Menteri Komunikasi dan Digital yang didapati lebih banyak memprotes laporan media arus perdana.


Kenapa sampai begitu sekali dan tidakkah sebagai kerajaan, kita sepatutnya ada cara untuk menangani semua itu?


Kepada semua yang ada kaitan dengan media dan komunikasi, janganlah sampai terlupa tarikh mengundi hanya kira-kira sebulan saja lagi atau mereka mahu PH/BN kalah dulu dalam PRN ini baru segala-galanya mahu dimulakan selepas itu? – ShahbudinHusin 12/07/2023.


https://shahbudindotcom.net/



AKTA LOMPAT PARTI UNTUK ELAK KERAJAAN TAK KUKUH


 

MEREKA MEMBELI BARANG DENGAN HARGA MAHAL.


 

HARAPAN PASTI MENANG


 

BARD DI GESA SIASAT LAGI. SEBELUM KENA SAMAN


 

PMX JAWAB TANYA DEWAN ULAMAK PAS KEDAH...


 

DRUMMER BARU SEARCH.


 

MENTERI DAP BERTINDAK MENYELESAIKAN MASAALAH LIFT


 

SIAPA JAHAT ANTARA MUHYIDDIN DAN ANWAR



GERAKAN



Petikan ini dikatakan diambil daripada laporan oleh Mageran (Majlis Gerakan Negara) berkenaan isu rusuhan kaum 13 Mei 1969.


G.E.R.A.K.A.N bunyinya apa tuan+tuan?


D.A.P!!!!!


Bagus. Kalau siapa kata bunyinya Gerakan, masuk neraka la tak lama lagi. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


MENJAWAB TOHMAHAN MUHYIDIN TENTANG HUTANG FELDA



Untuk renungan...


Sebagai ketua Peneroka Kebangsaan Felda,saya tampil untuk menceritakan perkara yg sebenar..


1.Penghapusan hutang2 Peneroka adalah PERJUANGAN wakil2 Peneroka di bawah Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP ),yg mana saya sebagai Ketua Peneroka Kebangsaan..


2.Kami melihat,15 tahun Felda tidak mengeluarkan Penyata hutang kepada Peneroka,byk rungutan dari Peneroka,ada hutang yg tak wajar,saya bagi salah satu contoh..

Sepatutnya membaja setahun 5 kali,tapi Felda buat 2 kali,cas hutang pada Peneroka 5 kali,ini salah satu sbb Peneroka ragu dan tak puas hati..byk sbb lagi..


Selaku Ketua Peneroka Kebangsaan Felda,saya telah berbincang perkara ini bersama Pengerusi Felda YB Tan Sri Idris Jusoh dimasa itu..

Jalan Penyelesaiannya,Felda kena hapuskan hutang2 Peneroka sehingga 2019..


Perkara ini dipersetujui bersama oleh Felda dan Peneroka,Felda telah merangka kaedah pemotongan ini.


3.Apabila Pemansuhan ini berlaku,Felda telah berjumpa Kerajaan dimasa itu,yg mana Ts Mahyuddin selaku Perdana Menteri.


Apabila Pemansuhan ini berlaku,Felda sudah hilang punca pendapatan,bagaimana nak bayar hutang2 Bank dan Kwsp serta lain2..


Kerajaan dimasa itu telah bersetuju untuk mengeluarkan SUKUK RM 9.9 bilion dgn JAMINAN Kerajaan..


4.Dengan dpt Jaminan Kerajaan itu,Bank2 telah mengeluarkan kewangan untuk disalurkan kepada Felda.


5.Saya sendiri bersama Tan Sri Idris Jusoh,Presiden MBFM,Presiden KAF dan Wakil dari Pengurusan Felda berjumpa Tan Sri Mahyuddin di Pjbt PM di Parlimen.


Setelah diberi Penerangan mengenai SUKUK ini,kami berpuas hati  dan mengucapkan Jutaan T.kasih kepada YAB PM.


6.Semasa dlm penerangan,YAB PM berkali2 bercakap,Ingat..ini bukan Percuma,kena bayar balik,sehingga lah semasa bersalam hendak pulang dgn PM,PM masih mengulangi ayat..ingat,ini kena bayar balik.


7.Setelah Kewangan dapat dari Bank2,Felda telah membayar segala hutang2nya,termasuk untuk Felda membeli saham2 FGV yg mana sekarang Felda menguasai sebanyak 82%.


8.Samaada Kerajaan sudah mementerai Perjanjian dgn Felda bagaimana SUKUK ini harus dibayar itu kita tidak dimaklumkan dan sehingga habis tahun 2022,masih ibarat menunggu buah yg tak gugur.


9.Apabila Kerajaan Perpaduan mengambil alih tampuk pemerintahan Negara,yg diketuai oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri beliau telah menyemak perkara ini bersama Kementerian Kewangan..


10.Pada hujung bulan Jun 2023,Perdana Menteri,Dato Seri Anwar Ibrahim telah menandatangani satu Jaminan dari Kerajaan,untuk merealisasikan dari perjanjian terdahulu yg mana Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk membantu Felda sebanyak RM 1B setahun untuk membayar pokok pinjaman Felda melalui SUKUK RM 9.9 B..


11.Apabila ini berlaku,Felda menarik nafas lega,Felda hanya perlu mendapatkan lain2 sumber pendapatan yg salah satunya dari FGV LLA,Kilang dan sebagainya yg akan mendapat pendapatan RM 1 B lebih..


12.Dengan Pendapatan ini,Felda boleh membayar gaji kakitangan,Faedah bank,Pendahuluan tanam semula Peneroka,Pendahuluan baja,sara hidup dan lain aktivit yg membabitkan kebajikan Peneroka.


13.Mungkin dalam masa 8 tahun,FELDA sudah boleh berjalan seperti biasa dan kembali kelandasan asal penubuhannya.


14.Semasa majlis sambutan hari Peneroka pada 7hb julai yg lepas (jumaat),Perdana Menteri telah meluluskan beberapa Peruntukan untuk kesejahtetaan Peneroka dan Felda.


i.Bantuan Kerajaan Rm 1b setahun untuk membayar hutang Sukuk kepada bank2..( pokok sahaja)

Ini meringankan beban Felda,dan Felda akan menggunakan pendapatan2 lain untuk kos operasi Felda termasuk kebajikan Peneroka. 


ii.Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan tambahan untuk menyediakan pemasangan lampu2 jalan dikesemua kawasan rancangan Felda yg membabitkan 37,012 lampu jalan dgn bayaran2 bil bulananya ditanggung oleh Kerajaan,melalui kementerian terbabit.


iii.Perdana Menteri juga mengumumkan  12 pusat hemodialisis didalam kawasan rancangan Felda.


iv.Perdana Menter juga mengumumkan subsidi Diesel sebanyak Rm 36 juta setahun untuk penjanaan tenaga,dan rawatan air bersih di Sabah.

Ia akan memberi manfaat kepada lebih kurang 40,000 isi rumah.


v.Bagi warga Peneroka yg berumur 65 tahun keatas,Perdana Menteri juga mengumumkan menfaat kesihatan bernilai Rm 300,ia boleh digunakan jika mereka mahu menerima rawatan diklinik swasta.


vi.YAB Perdana Menteri turut mengumumkan Digital Madani,yg mana Digital Madani ini ialah satu program baharu yg akan diperkenalkan diseluruh rancangan Felda,untuk memastikan anak2 dan cucu2 peneroka  Felda tidak ketinggalan dalam ekomomi GIG.


vii.Perdana Menteri juga mengumumkan akan membantu Peneroka tanaman Getah beralih kepada tanaman sawit.


viii.Dalam isu Perumahan Genarasi baru Felda,Perdana Menteri memberikan JAMINAN 283 unit rumah yg terbengkalai akan disiapkan,manakala peruntukan untuk membina rumah Generasi baru yg akan dtg,kajian kearah itu akan dilaksanakan,Perdana Menteri meminta tempuh masa supaya Kerajaan mencari jalan terbaik bagi semua pihak.


Akhir sekali Perdana Menteri mengumumkan bahawa Kementerian Wilayah dan Desa,dibawah YAB Timbalan Perdana Menteri YAB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,yg juga Menteri Pembangunan Wilayah dan Desa diberikan akses untuk menyelenggara dan membaiki kemudahan2 yg rosak didalam kawasan rancangan Felda yg sebelum ini tidak dibenarkan,kerenah biokrasi ini telah dilonggarkan oleh Kementerian Kewangan supaya FELDA tidak hanya menunggu dari satu sumber sahaja.


Saya melihat, ini adalah satu KESUNGGUHAN KERAJAAN PERPADUAN,@MADANI untuk membantu Felda dan Peneroka,saya menyambut baik atas usaha ini,dan mendoakan semoga Allah swt permudahkan segalanya..aamiin.

 

15. Petikan kata2 Pengerusi Felda yg baru,Ybhg Dato Seri Ahmad Shabery Cheek,kita ini ibarat 3 tiang tunku,yg berdiri gagah untuk menerima kawah besar yg berada diatas kita,tiga tiang itu ialah Peneroka,Felda dan Kerajaan,salah satu tiang ini patah,rebah lah kawah kebumi.


Peneroka..Felda

dan Kerajaan berpisah tiada.


Kalau Felda tidak bernyawa,Peneroka tidak bernafas,tak kiralah Kerajaan mana pun,Felda adalah lubuk Tamaddun Melayu,sewajibnya dibantu,bila berlaku kesusahan..


Saya menyeru kepada semua Peneroka dan warganya terus memandang kehadapan,untuk kita terus maju dan berjaya dalam keberkatan..


Wallahhuaklam.


T.kasih..


Sulong Jamil Hj Mohamed Shariff.

Ketua Peneroka Kebangsaan FELDA.



SILA BACA YANG BERFAKTA 👇



Dimana susahnya kita zaman PMX kini?


Mengikut FAMA punya data untuk barangan keperluan asas;


CILI MERAH:


Cili merah sekarang ni bermula dari RM12 - RM15 sekilogram.


Ketika di zaman PN jadi kerajaan, cili merah pernah cecah sehingga RM50 - RM100 sekilogram.


BAWANG BESAR:


Bawang besar sekarang RM1.70 - RM2.00 sekilogram.


Zaman PN, harga bawang besar cecah sehingga RM4 - RM5 sekilogram.


MINYAK MASAK:


Minyak masak botol di zaman PN pula pernah cecah RM42 sebotol.


Harga pada masa sekarang boleh didapati pada RM29.60 saja.


Manakala minyak masak peket di zaman PN terlalu susah atau langsung tiada di pasaran puncanya sebab baru-baru ni kantoi rupanya minyak-minyak paket ini disembunyikan dari pasaran oleh anak menteri PN dan kesnya kini dalam perbicaraan.


Akibat perbuatan jijik anak Menteri PN, rakyat terpaksa membeli minyak masak botol yang berharga RM42 sebotol.


TELUR AYAM:


Telur ayam pulak, di zaman PN, telur sukar didapati, sehinggakan nak buat kuih pun jadi satu kepayahan, kata pengeluar kuih Kapit, tak dapat buat kuih Kapit masa tu sebab tiadanya telur di pasaran.


Zaman kerajaan Perpaduan kini, telur ayam sudah berlbak di pasaran dan harga terkawal.


AYAM SEGAR PROSES:


Di zaman PN, harga ayam segar adalah RM12/kg.

Sudahlah mahal, ada pula charge untuk potong ayam,  kita dikenakan caj RM2 - RM2.50 untuk 1kg. Kalau berat ayam tu 2kg, maka kita akan dikenakan caj RM4 - RM5 untuk seekor ayam.


Sekarang semua sudah stabil.


Bekalan minyak masak peket, telur dan ayam daging sudah berlambak-lambak di pasaran.


Macam mana kita nak kata PN lebih bagus jika ketika mereka jadi kerajaan dulu hidup rakyat jadi susah?


Inflasi menurun 🔻

Pelaburan meningkat 🔼

Pertumbuhan meningkat 🔼

OPR kekal rendah berbanding negara rantau ASEAN lain (Indonesia, Singapura, Brunie, Thailand)


Jangan menipu rakyat wahai pimpinan dan macai PN!


#KerajaanPerpaduan #MalaysiaMadani #TolakPN



BERTARUNG DENGAN YU JAWAPAN BODO




 Serius, aku tak ambil tahu isu banglo abang Sanusi tu. Aku cuma jawab soalan orang berkenaan gaji offshore je. Aku pun dah malas nak ulas lagi pasal dia. Tapi bila baca berita ni, aku tak boleh nak tahan la. Part bertarung dengan yu dan jerung tu memang tak boleh belah.


Pertama, laut di Malaysia tak ada yu yang makan orang macam filem Jaws tu. Yu bodo ada la. Tu tak makan orang. Kedua, kerja offshore ni keselamatan sangat dititik beratkan. Kalau tak selamat, memang tak boleh teruskan kerja.


Jadi kalau kata bertarung dengan yu tu, memang tak berapa masuk akal sangat la. Jangan samakan kerja dasar laut tu macam masuk ke dalam hutan dan bertarung dengan harimau. Lain situasinya.


Tak mungkin pekerja akan dibenarkan menyelam kalau terdapat jerung berhampiran (kalau kerja luar negara la). Kalau jerung datang dekat masa kerja tengah dijalankan pun, dah tentu pekerja itu akan disuruh berundur dulu.


Lagi pun, kalau pun diketahui memang ada jerung dalam laut tu, mesti ada langkah keselamatan yang diambil oleh syarikat sebelum tugas dimulakan. Tak ada syarikat yang akan biarkan pekerjanya cedera masa kerja sebab ia akan jejaskan reputasi syarikat sekali gus merosakkan bisnes mereka.


Aku tak kata Sanusi menipu tentang kerja abangnya tapi yang aku nak jelaskan, Sanusi ni terlebih sangat khayalannya. Mungkin betul dia berhalusinasi. Tu yang dia boleh terfikir macam babak dalam filem Hollywood tu. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


BUKAN SEMUA BERGAJI BESAR

 

Aku beri amaran dulu. Ni bukan berkenaan dengan sesiapa. Aku saja nak cerita tentang kerja offshore. Sebab ada orang yang sensitif sekarang ni. Mudah koyak. Cerita offshore je ingat cerita pasal orang tertentu. Macam orang tu je kerja offshore.


Tanggapan umum kerja offshore ni masyuk. Gaji besar. Aku tak kata salah tapi tak 100% tepat. Tak semua jawatan gaji besar. Kalau masuk line drilling memang loaded la. Tapi kalau production platform, kebanyakannya biasa-biasa je.


Pernah dulu, kawan aku terpaksa buat payslip palsu sebab nak beli motor. Bayangkan, nak beli motor pun loan tak lepas. Kaya apa kerja offshore macam tu? Sebab tu aku kata, tak adil kalau anggap kerja offshore je orang tu mesti kaya.


Gaji di offshore ni, setakat hari ini, di platform aku, setahu aku RM110 sehari paling rendah. Di platform lain, syarikat lain mungkin lebih tinggi atau mungkin juga lebih rendah. Tak semua sama.


Terutama di Malaysia, pekerja offshore ramai yang underpaid. Sebab tu ramai orang kita yang bekerja di luar negara terutamanya Qatar sebab bayaran jauh lebih besar. Ada kawan aku baru je dapat offer bayaran hampir 4 kali ganda gaji di sini.


Pernah ada pekerja dari Nigeria datang training di platform aku bekerja. Pertengahan 2000 dulu. Aku saja tanya gaji permulaan dorang. Angkanya sama tapi mereka dibayar dalam USD. Manakala di sini dibayar dalam RM. Kan jauh beza tu.


Cuma untungnya kerja offshore ni, jimat duit makan la. Tak payah nak fikir kos makan. Cukup masa, ada je makanan dihidang. Kalau nasib baik, dapat lokasi yang makannya mewah. Senang cerita, duduk laut memang tak kenal erti lapar.


Kesimpulannya, tak semua kerja offshore ni kaya. Bergantung kepada jawatan dan syarikat. Ada juga orang offshore yang setakat  cukup makan. Sebab tu pergi kerja sampai berminggu-minggu tak balik sebab nak bagi cukup.


Sebenarnya kaya lagi ahli politik yang boleh minta komisen dari projek kerajaan. Dorang boleh dapat sampai ratus juta masuk akaun bank. Cuma jangan tertangkap je la. Bak kata mantan MP UMNO yang dah sokong PN, mencuri tak salah kalau tak kena tangkap. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


SAYA SETUJU




Norman Radzuan.


Ya benar saya setuju utk membantu PMX tangani isu agama yang semakin menyesatkan kerana politik, Dr Maza adalah calon yang sesuai kerana beliau berhujah dari konteks akademi. Ya ada beberapa perkara tak setuju dgn beliau tetapi saya anggap ia mudarat kecil.


Tapi saya tahu kerana banyak aliran dalam negara ini tentu ada pihak2 tak setuju. Saya profesional dlm soal ini…saya lihat Dr Maza ada kredibiliti. 


Ye lah yg menolak pun mereka pun tak agresif melawan fitnah akhir zaman ini.  Tapi lebih teransang utk bersuara tentang kedudukan dan kuasa..” Dia tak boleh.. dia ni juga tak boleh… dia ni fahaman gini gitu…” tapi diam seribu bahasa bila PMX difitnah bertali arus oleh org2 agama. Menteri KKD masih relevan dan ada sebab2 nya di isu yang lain.


Jika ada calon yg sesuai sila namakan… berlapang dada.



PM beri amaran terakhir kepada pelampau main isu 3R

 



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran terakhir kepada puak pelampau yang sengaja memainkan serta menyentuh isu 3R iaitu agama, raja dan kaum.


Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia di Menara Dato Onn WTC, Kuala Lumpur, malam tadi, Anwar menegaskan tidak akan ada pihak akan terkecuali daripada diambil tindakan undang-undang.


Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memantau puak pelampau terbabit.


"SKMM dan PDRM tanpa pengecualian akan pantau semua, kalau pelampau itu orang Melayu atau berpangkat tinggi sekali pun atau dalam bahasa Mandarin atau Tamil itu bukan persoalannya," kata beliau.


Mengulas lanjut, Anwar berpendirian tindakan berterusan menyentuh isu 3R satu tindakan terdesak yang mahu mempertahan kuasa namun akhirnya akan mengorbankan kepentingan rakyat.


Hal itu jelasnya akan menimbulkan huru-hara dan perpecahan dalam kalangan rakyat.


"Jika peraturan dan undang-undang dilanggar dan Perlembagaan dicabar, ia kemudiannya hanya akan menyemai bibit-bibit perpecahan dalam kalangan masyarakat.


"Konsensusnya bukan saja dalam kerajaan, dalam parti, malah dalam perbincangan dengan Raja-raja Melayu menggesa supaya negara ini diselamatkan dari kelompok-kelompok yang sangat terdesak untuk mempertahankan kuasa," katanya.

10% pengundi kembali, Kerajaan Perpaduan tawan Kedah - Mahfuz








 Pakatan Harapan (PH) dan BN Kedah yakin mampu menawan negeri tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.


Hal itu ditegaskan oleh Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar dalam forum anjuran Media Perpaduan malam tadi.


Mahfuz juga mempertahankan kenyataan beliau bahawa Kerajaan Perpaduan ketika ini yakin mendapat 16 kerusi dan masih berusaha memperoleh 3 lagi kerusi bagi mencapai majoriti mudah membentuk kerajaan.


"Saya penuh yakin dengan kerjasama di Kedah ini, insyaAllah kita boleh menang. Biar pun (Menteri Besar) Sanusi ketawa bila saya kata akan menang 16 kerusi, dia kata (PN) akan menang 31.


"Saya bukan berangan, saya bercakap berasaskan keputusan pilihanraya baru baru ini. Saya cakap atas realistik. Dia bercakap bahasa bombastik.


"Saya bercakap berasaskan nombor ialah 16 kerusi. Kalau UMNO dan PH mampu bawa balik 10% pengundi yang lari dari kita pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu kita akan mampu menang," kata Mahfuz dalam forum bertajuk "Menjelang PRN 2023: Kredibiliti atau Populariti?".


Mantan Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut menganggap tsunami hijau pada PRU 15 lalu yang mensisakan satu kerusi parlimen buat PH di Kedah telah reda dan pengundi muda khususnya ada yang telah kembali ke garis neutral serta boleh mengubah arah.


Beliau juga tidak melihat Menteri Besar (MB) Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor sebagai faktor kekuatan Pas kerana MB itu tidak memiliki ciri pemimpin yang dikagumi semua pihak.


"Dari segi watak MB orang kata boleh terima (hebat). Saya akui kadang kadang orang Kedah ini ada loklaq sikit, tetapi untuk membina pemimpin, rakyat harus memahami yang kita mahu pemimpin bukan jaguh dalam berkata kata atau berani lawan dengan orang.


"Pemimpin ini mestilah berasaskan kelimuan, akal yang baik untuk berfikir memberikan idea membina negeri.


"Saya tidak melihat kayu ukur menunjukkan orang Kedah terlalu terpengaruh dengan apa yang dibawa oleh Sanusi


"Mungkin ada terperangkap dalam politik adu domba yang meggerunkan masyarakat waktu itu (PRU 15). Mungkin waktu itu PH pun menyerang BN dan PN menyerang BN.


"Jadi mungkin ada ahli UMNO dia tidak boleh nak berfikir. Akhirnya mereka pergi kepada PN. Ini saya lihat ia bersifat sementara dan lepas kita membentuk Kerajaan melalui naratif perpaduan, akhirnya orang celik mata," katanya.


Bagi pengundi muda kali pertama yang memberi pukulan maut kepada PH dan BN di Kedah November 2022 lalu, Mahfuz menganggap hal itu bukan lagi faktor kemenangan PN dalam PRN. Beliau tidak melihat kesemuanya pengundi itu akan melakukan hal yang sama apabila mengundi buat kali kedua pada Ogos ini.


"Saya tak nampak ia akan berkekalan seperti selalu dilaung laungkan Sanusi, lihat tsunami lalu. Tsunami pun bukan hari hari datang.


"Dalam politik tidak sama hal lalu dan hari ini. Hari ini anak muda mula berfikir kerana mereka bukan berpihak dan mereka boleh menilai.


"Mereka yang kali pertama mengundi pada November 2022 hari ini sudah ada penilaian (lain).


"Mereka juga telah melihat PN terpalit kes mahkamah dan Pas juga menggunakan wang untuk meraih undi (di parlimen Kuala Terengganu yang dibatalkan kemenangan)," katanya lagi.


Keyakinan Mahfuz itu, kata beliau, dibantu kerana kukuhnya hubungan antara PH dan BN di Kedah berbanding di negeri lain.


Menurut Mahfuz, Kerajaan Perpaduan di Kedah telah bermula awal, seawal Pilihan Raya Kecil parlimen Padang Serai beberapa minggu selepas PRU 14.


Kesepaduan, katanya terus dicapai dengan penganjuran konvensyen negeri dan gerak kerja bersama sehingga hari ini.