MEMPENGERUSIKAN SEKRETARIAT PERPADUAN

 










Malam ini(semalam) saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia sambil diapit pimpinan utama parti-parti politik di Menara Dato' Onn.


Platform ini penting bagi membincangkan perihal kerjasama dan gerak kerja menghadapi pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi. 


Saya berpuashati dengan semangat dan kebersamaan dipamerkan semua pendukung kepimpinan nescaya mampu terus memberi kestabilan kepada kerajaan sedia ada.


Sayugia, semangat ini penting dari melayan permainan politik berlandaskan perkauman sempit dan jumud yang tiada gunanya kepada rakyat dan negara.


Mesyuarat juga mengambil ketetapan akan berlangsungnya Siri Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan yang telah berlangsung di Negeri Selangor tempohari yang akan diteruskan ke negeri-negeri lain.


Yakni melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu yang pastinya memerlukan perancangan yang betul dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi.


Moga semua yang dirancang ini berjalan lancar, Insya-Allah. 

 

#KerajaanPerpaduan

#MalaysiaMADANI



No comments: