HATI HATI LAH BERCAKAP- BERAPA RAMAI YANG MERANA- AKIBAT PRN SABAH.


 

AMARAN ANWAR , PENSAKAW HARUS BERHATI-HATI-PALING PENTING, DANA BERBILION DIPUNGGAH BEKAS PM, BEKAS MENTERI KEWANGAN ITU MESTI DAPAT DIAMBIL SEMULA

 

Di luar daripada kelaziman, sambutan ambang tahun baru di era Anwar Ibrahim kali pertama sebagai Perdana Menteri malam tadi dimeriahkan dengan munajat serta doa kepada Allah di Masjid Putra, Putrajaya.

Tiada sambutan dengan hiburan, nyanyian, pergaulan bebas serta tembakan bunga api ke udara sebagaimana kelaziman.

Kali pertama juga perutusan khas tahun baru disampaikan oleh Perdana Menteri di dalam masjid dengan dipancarkan ke seluruh negara melalui penyampaian tanpa teks yang memberi gambaran tulennya keikhlasan yang terpancar daripada lubuk hati penyampainya.

Perutusan yang disampaikan pula penuh dengan pesanan serta nasihat, memperlihatkan iltizam kebersamaan untuk membela rakyat, memperjuangkan keadilan, menangani rasuah dan membina semula negara.

Apabila menyebut mengenai rasuah dan membina semula negara, ia tentunya tidak terlepas daripada memperkatakan kecurangan silam yang walaupun sesetengah pihak merasakan tidak perlu lagi diungkit cerita-cerita lama.

Sebagai pengajaran dan supaya tidak hilang pedoman, kisah-kisah lama sebenarnya perlu diceritakan semula agar sempadan tidak lagi mudah dilanggari.

“Saudara, kalau ada kesan peribadi kepada saya, saya boleh maafkan, malah saya telah maafkan.

“Ini bukan soal politik kepartian, ini tugas rakyat Malaysia kalau nak jamin negara ini selamat,” kata Anwar mengenai sikapnya yang tidak akan membiarkan perkara lalu berlalu begitu saja.




Perdana Menteri seterusnya berkata, negara akan selamat, terangkat martabat serta harakatnya jika semua pihak mempunyai tekad untuk menghentikan amalan salah guna kuasa dan rasuah.

Menurut Anwar, kerajaan yang dipimpinnya akan menamatkan amalan rasuah yang didakwanya menggunakan kepimpinan politik dan kedudukan dalam kerajaan sebagai “kesempatan untuk memunggah kekayaan.”

Walaupun tidak menyentuh secara langsung pentadbiran atau nama pemimpin yang dimaksudkannya, namun beliau menyebut pihak berkenaan sebagai “pernah menjadi Menteri Kewangan” dan “bekas Perdana Menteri” sebelum ini.

“Saya nak sebut bahawa sikap kita jelas, negara ini negara hukum, badan penguatkuasaan diberi kuasa sepenuhnya untuk memantau.

“Tetapi saya nak nasihat juga rakan-rakan saya yang lain, yang bercakap soal bersih dan hari-hari, saban hari menyerang beberapa tokoh dalam kerajaan perpaduan.

“Apatah lagi orang-orang yang pernah menjadi Menteri Kewangan dan Perdana Menteri yang tatkala mereka berkuasa itu bukan dipungahnya ratusan juta ringgit, bilion ringgit dipunggah.

“Jadi saya nak nasihatkan bahawa kerajaan ini akan pastikan sekurang-kurangnya sebahagian daripada dana yang dipunggah itu dipulangkan semula kepada rakyat.

“Ini bukan kecil jumlahnya,” kata Anwar lagi tanpa memperincikan dakwaannya itu.

Persoalan lain yang segera muncul berikutan itu ialah siapakah bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan yang beliau maksudkan itu?

Adakah ia Tun Mahathir Mohamad yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan ketika menjadi Perdana Menteri?

Adakah ia Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan ketika era Tun Mahathir?

Apakah ia Najib Razak yang ketika menjadi Perdana Menteri, turut memegang jawatan Menteri Kewangan?

Ataukah ia Mahiaddin Md Yassin yang ketika menjadi Perdana Menteri telah menguatkuasakan darurat, lalu banyak perbelanjaan kerajaan dilihat meragukan?

Siapa pun mereka, yang penting sebagaimana disebut Anwar dalam perutusan khas tahun barunya malam tadi – “badan penguatkuasaan harus memikirkan bagaimana helah dan cara supaya jangan rakyat miskin terpukau dengan janji dan slogan kononnya bersih, padahal diselaput dengan ratusan juta kekayaan yang telah dipunggah” dan “sekurang-kurangnya sebahagian daripada dana yang dipunggah itu dipulangkan semula kepada rakyat” – ini benar-benar merupakan azam tahun baru yang pelakunya serta pengembalian dana yang dipunggah itu dapat disaksi sendiri rakyat akhirnya.

Jika tidak, perutusan khas dalam masjid malam tadi tidak bermakna apa-apa.. – ShahbudinHusin 01/01/2023.


DAP BERIKAN BANTUAN PESAWAH PADA 16 JANUARI INI


 Ini yang jadi kemarahan PN ni. Nampak tak jahat DAP? Sebab kerajaan perpaduan ini dikuasai oleh DAP, bantuan kepada pesawah akan disalurkan mulai 16 Januari.


Nampak tak tuan-tuan? Pesawah miskin tu semua Cina. Mana ada pesawah miskin Melayu! Orang Melayu kan semua kaya raya! Kerajaan Perpaduan ni memang nak bagi untung Cina je tuan-tuan. Nampak?


Sebab tu Sanusi marah sangat tu ambil duit dari jutawan Melayu. Sebab dia tak suka kerajaan bantu pesawah miskin yang semua Cina. Guane boh?


 

Raja Gelap 



KONVENSYEN NUNJI 2023

 KONVENSYEN NUNJI 2023


Sebagai pembuka tirai 2023, Akademi  Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI) akan menganjurkan Konvensyen NUNJI 2023 yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:


Tarikh: 7 Januari 2023 (Sabtu)


Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang


Tempat: Ballroom Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SUK), Shah Alam, Selangor.


Yuran: RM20


NUNJI merupakan platform untuk membekalkan kefahaman Islam dan kenegaraan bersandarkan kepada Maqasid Syariah atau objektif besar Syariah. 


Konvensyen NUNJI 2023 kali ini mengangkat tema "Kerangka Perpaduan Berteraskan Rahmatan Lil 'Alamin" dan bakal menampilkan beberapa tokoh ilmuan Islam yang akan mengupas ide-ide baharu melalui pembentangan berkaitan tema ini.


Jangan lepaskan peluang, daftar segera melalui pautan yang disediakan atau hubungi pihak urusetia di nombor telefon tertera.


Daftar di http://bitly.ws/yqAz


Penyertaan adalah terhad!


Jumpa di sana!


#NUNJI2023

#AkademiNUNJI

#MaqasidSyariah

#RahmatanLil'Alami

TAHNIAH PENANG


 

GST KEMBALI ?



Sebenarnya hanya 3 MP PH yang ditanya. Hassan Karim, Dr. Dzul dan Wong Chen. Tapi yang sokong GST diadakan semula hanya Hassan Karim.


Terbaik Dr. Dzul dan Wong Chen yang enggan ulas kerana berpendapat ia soal dasar dan mereka tiada data. Biar Menteri Kewangan dan Ekonomi yang buat kenyataan. Baca di https://bit.ly/3Vxj4Wh.


Aku pernah tulis lama dahulu. GST adalah sistem percukaian yang paling efektif. Telah banyak negara di dunia ini yang melaksanakan GST. 


Masalah ketika Najib perkenalkan GST dahulu ialah kadar yang ditetapkan terlalu tinggi iaitu sebanyak 6%. Bagi aku kalau 3% sudah berpatutan.


Satu lagi, selepas GST diperkenalkan, kerajaan perlu turunkan cukai pendapatan orang perseorangan, paling tidak pun bagi golongan pertengahan, seperti yang gajinya kurang RM500 ribu setahun.


Ketika GST diperkenalkan pertama kali, semua ini tidak diambil kira. Kesannya harga barangan naik mendadak dan rakyat terjejas dengan teruk.


GST ni macam parang juga. Kalau diberi kepada orang yang betul, ianya jadi berguna. Kalau diberi kepada orang yang salah, ia boleh jadi senjata yang boleh mengambil nyawa.


Aku yakin DS Anwar adalah orang yang paling tepat untuk kaji semula perlaksanaan GST, bersesuaian keadaan keadaan ekonomi rakyat waktu ini.


Hakikatnya negara telah terlalu sakit kesan ditadbir secara sembrono oleh Mahiaddin dahulu. Negara kini perlukan sumber pendapatan baharu.


Kalau kerajaan mampu elakkan GST, maka itulah yang paling baik. Tapi jika tiada cara lain, aku yakin DS Anwar dan pasukannya mampu fikirkan kaedah terbaik supaya rakyat tidak terjejas teruk. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


KISAH ABANG ROMEO DENGAN 2 WANITA BERBEZA - PANDUAN PILIH TEMAN HIDUP


 

DIBAYAR UNTUK SOKONG PARTI TERTENTU


 

MEWAH DAN BERBELANJA MEWAH MENANDAKAN BAHAWA BAPAK PENYAMUN ADALAH MEREKA GUNA DUIT JUDI


 

PENYAKIT MANUSIA NI ANTARANYA TAKSUB DAN TAKFIRI


 

BILA ZETTI NAK DIDAKWA


 

BEZA SAMBUTAN RAKYAT BILA PM NAK KE SOLAT JUMAAT


 

MEMBUAT UCAPAN AMBANG TAHUN BARU DI DALAM MASJID


 

TINGKAT PENGGUNAAN MASJID TERUTAMA ANAK ANAK MUDA TAPI IANYA BUKKAN TEMPAT ADUDUMBA DAN PECAH BELAH


 

MAHATHIR TAK BOLEH KALAHKAN SEMUA- ZAHID TAK DAPAT DAN AKHIRNYA ANWAR NAIK JUGA


 

HARUS BERI SOKONGAN PADU PADA DSAI


 

PERSATUAN MATA MEMINTA KERAJAAN BERHATI HATI ATAU MENUTUP PINTU PELANCONG ASING DARI CHINA


 

MARAH ANAK SINDIR MENANTU


 

KALAU ANAK ANWAR LA NI- HABIS- TAPI SEBAB PAS NI DAH JOIN DENGAN PARTI ABAHCOW DIAM HABIS

 


Kalau lah dia ni anak DSAI.. dah lama dah kena kafir dgn walaun! Tapi oleh kerana dia ni anak AbahCow! Walaun diam terus x berbunyi! Tok Guru Walaun pun dah lari ke laut kot? Candat sotong? Nak sangat sokong AbahCow & PN!

#AmbikCow

#AbahCowGagal

 

NEGERI WALAUN DIUTAMAKAN




 

SUNNAH YANG BAIK, TAHNIAH PMX.

 



SUNNAH YANG BAIK, TAHNIAH PMX.

1. Kebetulan malam ini saya berehat di rumah, menonton berita jam 8 malam. Esok bermula Tahun Baru 2023.

2. PMX melakukan suatu tindakan yang saya kira harus diberi pujian. Membatalkan sambutan tahun baru yang menimbulkan lebih banyak perkara negatif berbanding positif.

3. Tetapi saya lebih gembira apabila melihat beliau muncul di kaca TV berucap di dalam masjid, rumah Allah SWT dan memberi nasihat sambil memetik Kalam Allah SWT.

4. Ini adalah sunnah yang baik yang perlu diteladani oleh para PM akan datang dan diteruskan.

5. Sunnah seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana PM Malaysia sebelum ini.

6. Semoga apa yg dilakukan oleh PMX ini termasuk dalam hadith Abu Hurairah R.A, di mana Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَىْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَىْءٌ

Maksudnya: “Barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran semisal ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikitpun tidak akan mengurangi ganjaran yang mereka perolehi. Sebaliknya, barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa semisal dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun.”

(Riwayat Muslim).

7. Manakala hadith daripada Abu Mas’ud Uqbah bin Amir al-Ansari R.A, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan maka dia akan mendapat pahala sepertimana pahala orang yang mengerjakannya.”

(Riwayat Muslim)

8. Saya mendoakan agar PMX dapat meneruskan lebih banyak islah untuk negara ini. Insya Allah.

Ahmad Jailani Abdul Ghani

31/12/22

 

BILA KELUAR DARI GUA.


 

KENA USAHAKAN SUPAYA HARGA MENJADI STABIL



 

astroawani.com


Meskipun harga ayam agak stabil tetapi masih belum berada pada tahap memuaskan dan antara puncanya kerana harga makanan ayam itu kerana ianya diimport dan bahan import juga naik berganda.

Seterusnya..

 



AURA POSITIF PENTADBIRAN ANWAR

 

NORMAN RADZUAN

Bila melihat Anwar menaiki kereta kesayangan Tuanku Sultan Johor ini… ada perasaan lega di hati saya. Siapa yang faham akan faham. Dlm konteks penganalisis politik ia signal positif dan ia tentu ada kena mengena dgn signifikan utk kerajaan yg stabil…. Apa kata anda?

Begitu juga melihat reaksi rakyat menyambut Anwar Ibrahim di mana2 lokasi beliau bersolat Jumaat… ia mengambar beliau adalah PM yg dinanti nantikan sekian lama… seperti kata pujangga ‘ Menahan Diri’.






 

JANGAN CEPAT MELEBELINSAN INI YA

 

Awal tahun baharu dimulai ucapannya di rumah Allah. Kita terlebih melabel buruk insan ini sehingga melupai nilai yang ada pada dirinya…..




PERISTIWA 2022- KINI DI SAKAW


 

PERISTIWA 2022- JANGAN UNDI


 

PERISTIWA 2022- ANAK MENANTU JUGA ?


 

PERISTIWA 2022- PENYAMUN YANG TAK MENGAKU MENYAMUN- AKHIRNYA TERDEDAH JUA

 


PERISTIWA 2022- SEKOQ WALAUN DERHAKA DAN FITNAH TELAH DITAHAN-BEBERAPA EKOR YANG LAIN MENGIKUTI SELEPAS ITU


 

PERISTIWA 2022- TAK BOLEH MOVE ON LEPAS KENA HENTAM DENGAN MENTERI UNDANG UNDANG AZALINA OTHMAN


 

PERISTIWA 2022- ANWAR DI MASJID KAMPUNG MELAYU MAJIDEE


 

PERISTIWA 2022- PERISTIWA TUDUHAN LIWAT TERHADAP PEMBUNUHAN KERJAYA POLITIK ANWAR SEJAK 1998

 


PERISTIWA 2022- LANGKAH LANGKAH YANG DIPERKUKUHKAN BAGI SEMUA PELANCONG YANG DATANG DARI LUAR NEGARA DAN BUKAN DARI CHINA SAHAJA


 

PERISTIWA 2022- KEHADIRAN PM KE MASJID PUTRAJAYA UNTUK MAJLIS SALAWAT NEGARA MENGGANTIKAN PESTA TAHUN BARU






PERISTIWA 2022- PEMIMPIN TAK BOLEH MOVE ON- GAGAL


 

PERISTIWA COVID 19-DAN PANTAI TIMUR TERKAIT BANJIR-USAHA KITA DAN BERSERAH KEPADA ALLAH


 

PERISTIWA 2022- UCAPAN PM YANG TERKAIT DENGAN PERASUAH DAN NEGARA LEBIH BEBAS RASUAH DAN MENJEMPUT PELABUR LUAR MENINGKATKAN EKONOMI SERTA PELUANG PEKERJAAN


 

PERISTIWA 2022- KENAPA SUBSIDI BERSASAR- JIMAT 20 BILLION DAN TIDAK MUDAH- RUSSIA SEDANG MERANCANG MENJUAL 60 BARREL USD


 

PERISTIWA 2022-TUUU DIAAA INILAH YANG DIKATAKAN SAMBUTAN TAHUN BARU ?


 

PERISTIWA 2022- SPRM SERANG PENYAMUN . MAHIADDIN BAKAL DI SIASAT BERSAMA BEBERAPA JEMAAH MENTERI LAIN


 

PERISTIWA 2022- PERANG VIRUS KERAJAAN DAN RAKYAT- MENJATUHKAN REGIM KMUNISME


 

PERISTIWA 2022- TIADA SAMBUTAN TAHUN BARU- DI TUKAR KEPADA MAJLIS ZIKIR MUNAJAT


 

PERISTIWA 2022- KERAJAAN HARUS BERHATI HATI DAN SESIAPA NAK MASUK NEGARA PERLU PENGESAHAN SAH VAKSIN


 

PERISTIWA 2022- JEMAAH MENTERI JANGAN PONTENG PARLIMEN


 

LEDAKAN TSUNAMI DI CHINA- TINGKATKAN IMMUNE SYSTEM-JANGAN JUAL UBAT ? KEH..KEH


 

ADAKAH VIRAL INI BENAR ? ADA VIRAN BF 7 IMMUNE . BELUM ADA KAJIAN YANG MENGESAHKAN VIRUS INI IMMUNE- JAGA SOP


 

KENAPA PELANCONG CHINA PENTING ? APA YANG PERLU IALAH MELALUI AGENSI PELANCONGAN YANG SAH


 

KECOH BAGAIMANA BF7 MEREBAK DI CHINA


 

SALAHUDDIN TAK SUKA BERJANJI

 

Oleh: SHAHBUDIN EMBUN.

“Saya tidak mahu jadi seorang menteri yang banyak berjanji. Harapan rakyat terlalu tinggi”.Begitulah yang pernah diungkapkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika pernah ditanya dalam satu temubual yang ditayangkan di sebuah stesen tempatan tidak lama dahulu.

Mungkin itu sebabnya kita perhatikan gerak kerja Salahuddin amat berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu program.

Bahkan KPDN telah menegaskan , kementerian ini tidak akan mengambil pendekatan terburu-buru dalam menyelesaikan masalah kekurangan bekalan makanan di pasaran.

Tanggungjawab dan peranan yang dipikul oleh Salahuddin ternyata amat besar. Hampir setiap hari ada sahaja terdengar pelbagai keluhan dari pelbagai peringkat masyarakat yang masih mahukan penyelesaian pantas dalam menangani kos sara hidup.

Masih ramai lagi yang mahukan kerajaan mencari formula dan kaedah yang pantas untuk menurunkan harga barangan.

Salahudin tahu, setiap langkah kementerian di bawahnya akan diperhati dan dinilai oleh setiap lapisan masyarakat.

Beliau tidak boleh memuaskan hati setiap orang. Bahkan jika ada langkah yang baik dilakukan pun, pastinya ada juga kritikan yang dilemparkan.

Dalam hal ini, Salahudin bukanlah pemimpin yang takut dengan kritikan.


Bahkan ketika dari dahulu lagi, sewaktu Salahudin menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, beliau sering menekankan bahawa beliau sentiasa menghargai semua kritikan, pendapat dan cadangan, dan akan perhalusi setiap perincian ini bersama kementeriannya.

Bagi Salahudin teguran yang dibuat bukan suatu yang mengaibkan, sebaliknya menerimanya secara terbuka bagi memperbaiki setiap kelemahan.

Pastinya ada kritikan yang dilemparkan dengan membabi buta, bermakna apa juga yang dilakukan, adalah salah di mata yang mengkritik.

Namun masih banyak pandangan dan kritikan membina yang boleh diberikan perhatian dan diperhalusi lagi.

Inilah kelebihan yang dimiliki oleh Salahudin yang mengetepikan sebarang ego agar dapat terus mencari jalan untuk kebaikan dan kelestarian para pengguna semua.

Dalam diam-diam, banyak juga yang telah dilakukan oleh KPDN untuk masyarakat sejak Salahudin menerajui kementerian ini.

Contohnya, baru-baru ini, KPDN telah menjayakan program Rahmah (Kasih Sayang), khas untuk mereka yang paling memerlukan dalam kalangan B40.

Ini merupakan satu program yang sangat baik untuk dilaksanakan dan untuk memastikan program ini berjaya dilaksanakan, Salahuddin akan mengadakan perbincangan hati ke hati dengan beberapa pemain utama industri seperti Giant, NSK, 99 Speedmart dan lain-lain lagi nama rantaian pasaraya yang terkenal.

Usaha yang dilaksanakan ini pastinya dapat memberi kelegaan dan membantu rakyat meneruskan kehidupan seharian dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar ketika ini.

Beliau menjelaskan bahwa, kerajaan telah menetapkan beberapa pelan jangka masa pendek, sederhana, dan panjang dalam mengendalikan isu kos sara hidup.

Ahli Parlimen Pulai itu sedar jawatan yang dipegangnya sebagai menteri perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Itu sebabnya, sejak dari dahulu lagi, Salahudin sangat berpegang pada kedua-dua prinsip ini untuk terus memikul beban tugas ini dengan sebaik baiknya.

Nota – Shahbudin Embun adalah seorang penganalis politik merangakap Pengerusi Biro Politik Dan Kepimpinan, Majlis Perundingan Melayu atau MPM.