CEH...CEH....DAH READY NAK MASUK KABINET....


Ini bukan fitnah..ini mengata...macam biasa dia pun dok ngata ke orang dengan mantik bahasanya...apa binatang dia tak sebut.. Apa dia tak perli pintu depan belakang...jadi bila rakyat kata ke dia...kena la hadap.Nak jadi menteri la katakan...kena la hadap umpat keji niiiii..I..I...SIR??


PAKATAN NASIONAL"YB KHALID SAMAD



"PAKATAN NASIONAL"

- YB KHALID SAMAD

Adalah desas desus yang dah lama diada-adakan di alam siber bagi mengambarkan kerajaan PH tidak stabil. Percubaan nak tubuhkan PAKATAN NASIONAL itu wujud. Tapi Tun M tidak akan melakukannya.

PAKATAN NASIONAL adalah senjata makan tuan. UMPA$ nak pimpinan PH berbalah, akhirnya UMNO yang berpecah dua. Dua situasi PERLU ELAK untuk negara kekal stabil.

Perbalahan Tun-DSAI thn 1998 & Peristiwa rosakkan legasi Tun tahun 2003.Tun tidak akan selesa dalam PN kerana permusuhan parti dalam PN terhadap Tun jauh lebih tebal berbanding dalam PH.
Tun tidak mahu tinggalkan legasi sebagai seorang yang menggagalkan usaha perubahan politik dan disanjung dunia.

Tun mesti jaga imej di peringkat Antarabangsa & Nasional. Enggan dilihat sebagai seorang pemimpin yang khianati amanah diberikan.Amanah sering pesan bahawa kita semua manusia & punya perasaan.

Biar MP PH urus peralihan kuasa dengan baik. Jaga air muka semua. Dulu PA$ sanjung Najib, hari ni tinggalkan Najib, ikut PN, sokong Tun hanya demi kuasa. Bila dilihat ada usaha UMNO nak tarik Tun & PPBM, janganle kita dok tolak, hentam, tuduh Tun mcm-macam. Sepatutnya kita tarik dia.Dalam kabinet, dalam program-peogram, Tun sangat consistent dengan masssage menyerang UMNO BN, Najib, rasuah dll takde sebab kita nak lawan Tun.

DSAI, Kak Wan dah pesan jangan keluarkan kenyataan yang merosakkan hubungan dalam PH sebab itu yang dimahukan oleh PN.PN sengaja keluarkan kenyataan seolah-olah  Tun nak bersama mereka supaya timbul kecurigaan dalam PH. Jangan termakan & buat apa PN mahu.

TIADA pemimpin UTAMA PH yang mengecam Tun mahupun DSAI. Tiada perbalahan, itu menunjukkan kesatuan

 - YB Khalid Samad




LOKMAN ADAM BONGKAR PENIPUAN ZAHID HAMIDI





JANGANLAH HANGPA USIK ORANG YANG BARU HILANG 200K.


Kes 1

Zulaifa Rahman.

Fuuhh..angkuhnya!! Buat fitnah lagi? Kaitkan yb nizar dgn dap pulak!!.nape guna ayat soal ? Ayat fitnah ala2 sipengecut ka??yb nizar x kebulor duit ko,razman ! cuma nk bagi ko ada otak sikit.spya saraf otak tu berkembang untong2 ko akn insaf !!! 
baru aku faham.....
"bangrap" tu maknanya ko ni lobai bodoh sombong yg bengap dan akn bengkrap!!
Dahsyat bahana lobai jadian penunggang agama ni..punah sendi islam..


Kes 2..



Kes 3
Lebai takut bangrup didunia..kah.kah.kah

Kes 4

Spesis Tar Senik PJ Pas ni.





NASIHAT DARI AMT BERSATU



DATO AMIL

Saja nak ingatkan teman2 dalam Bersatu & Armada supaya jangan jadi lupa diri .

Ini kawan kita waktu kita susah dahulu . 

- Tun dihalau ketika berucap 
- Tun dihina dicaci dimaki 
- Gambar Tun dikoyakkan dan diharamkan 
- Segala kemudahan bekas perdana menteri ditarik . 
- Tun dihalang menziarah kubur Almarhum Nik Aziz .
- Tun ditekan disetiap sudut 
- Bersatu tidak diluluskan
- Nama Armada pun depa haramkan

Siapa yang siang malam mempertahankan Tun ketika tu?
Pandai-pandai lah pikir sendiri .

Jangan guna modal maruah melayu lah kuasa politik orang melayu lah itu semua propaganda untuk menghalalkan niat dalam hati perut masing-masing saja.

Melayu yang bermaruah adalah melayu yang berpegang teguh pada janji .
Melayu yang bermaruah adalah melayu yang berpegang pada prinsip .
Melayu yang bermaruah adalah melayu yg tolak rasuah.

Kalau bukan kerana kerjasama mereka ini belum tentu lagi Tun M & Bersatu boleh menang .

Dan sekarang dengan penuh bangganya berbicara soal gabungan baru tanpa memikirkan kawan2 waktu ketika Bersatu susah dahulu ? 

Jangan yakin sangat bro 😊

NOTA : TERBAIK DATO AMIL. PERALIHAN KUASA HARUS BERLAKU. DEMI KEMUAKATAN PH KEKAL BERKUASA DAN MEMENANGI HATI RAKYAT UNTUK MEMBENA MALAYSIA BARU.



UMNO, Pas sertai pakatan baru PH cuma gimik alih perhatian


 
MGF14062019_PC-OTAI-REFORMASI07-1
Setiausaha Otai Reformis 1998, Abdul Razak Ismail bercakap pada sidang media khas mengenai video seks melibatkan seorang menteri Kabinet di Restoran Amjal, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 14 JUN 2019.
KUALA LUMPUR – Kumpulan Otai Reformis berpandangan penyebaran audio Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwanya mahu menjalinkan kerjasama membentuk kerajaan ‘pintu belakang’ dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya gimik politik semata-mata.
Setiausahanya, Abdul Razak Ismail berkata, perkara itu hanya spekulasi bertujuan mengalih perhatian umum mengenai tarikh peralihan kuasa antara Dr Mahathir dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ini lebih kepada gimik dan spekulasi politik semasa untuk alih tumpuan orang ramai terhadap desakan peralihan kuasa pada Mei ini (cukup tempoh janji 2 tahun) oleh banyak pihak agar Dr Mahathir melepaskan jawatan PM,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Beliau diminta mengulas mengenai penyebaran rakaman audio tiga minit 18 saat yang didakwa suara Ahmad Zahid ketika muncul dalam mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional parti itu, baru-baru ini.
Dalam audio itu, Ahmad Zahid didakwa menyatakan bersandarkan Muafakat Nasional, UMNO perlu mengikut tindakan Pas “supaya tidak tertinggal di belakang”.
Audio itu dirakam Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Nor Adam.
Abdul Razak turut berpandangan langkah ‘pintu belakang’ yang direncanakan beberapa pemimpin akan mendatang mudarat kepada kepimpinan Dr Mahathir dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Menurutnya lagi, Bersatu akan kehilangan kerusi Menteri Besar di tiga negeri kerana kerusi itu mendapat majoriti kecil.
“Mereka bakal hilang jawatan Menteri Besar di negeri Perak, Kedah dan Johor kerana mereka minoriti di negeri-negeri ini,” ujarnya,
Abdul Razak turut mendakwa segala tutur kata dan janji Dr Mahathir tidak boleh dipercayai sekiranya ‘Pakatan Nasional’ menjadi realiti/
Lebih daripada itu, katanya, sekiranya langkah ‘kerajaan pintu belakang’ menjadi realiti, ia akan mengundang kebangkitan rakyat era 1998.



Zuraida bercuti dari tugas Naib Presiden PKR

 
MGF05022020_SIDANG-MEDIA-PKR-AMPANG_08
Setiausaha Politik Naib Presiden PKR, Nor Hizwan Ahmad (tengah) bersama Timbalan Ketua Cabang PKR Ampang, Hamsah Djabir (kanan) bercakap pada sidang media bagi mengulas kenyataan Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul berhubung pemecatan Naib Presiden PKR di Ampang Jaya, Ampang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 05 FEBRUARI 2020
AMPANG – Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin, Nor Hizwan Ahmad mengesahkan Zuraida telah menghantar surat permohonan cuti daripada memegang jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Hizwan berkata, surat yang diserahkan kepada pejabat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar, antara lain menyebut Zuraida akan bercuti sehingga Lembaga Disiplin parti selesai membuat keputusan mengenai tindakan terhadapnya.
“Cuti itu berkuatkuasa serta-merta. Surat cuti daripada menjawat jawatan dalam parti khususnya Naib Presiden PKR itu adalah sehingga prosiding tatacara yang akan dilakukan oleh Lembaga Disiplin selesai,” kata Hizwan dalam satu sidang media disini, hari ini.
Dalam pada itu, Zuraida juga telah menghantar satu lagi surat kepada Lembaga Disiplin supaya menangguhkan tindakan disiplin terhadapnya.
Ia bagi tujuan tindakan lanjut daripada Lembaga Disiplin setelah Zuraida mendapat dua surat tuntutan saman daripada Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador.
Menurut Hizwan, kedua-dua isi kandungan surat tuntutan saman tersebut serupa seperti mana pertuduhan yang dibuat ke atas Zuraida dalam surat notis tunjuk sebab oleh Lembaga Disiplin.
PKR katanya, pernah menangguhkan tindakan terhadap Rafizi Ramli setelah membuat laporan terhadap Lembaga Disiplin tentang kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor.
Bagaimanapun, Zuraida akan terus menggalas tanggungjawab sebagai Menteri.
“Buat masa ini, Zuraida akan terus memegang jawatan Menteri KPKT, ini tidak langsung menjejaskan prestasi dan memberi kesan kepada kerja beliau dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menteri,” jelas Hizwan lagi.
Zuraida bakal berdepan dengan tindakan dipecat oleh parti kerana dakwaan mengkritik Anwar.
Isnin lalu, Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, nasib Zuraida dalam parti hanya akan diketahui selepas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bermesyuarat pada akhir bulan ini.
Dalam mesyuarat itu nanti, MPP akan membincangkan keputusan Lembaga Disiplin yang bertanggungjawab menilai surat jawapan Ahli Parlimen Ampang itu berhubung dakwaan melanggar disiplin parti. 

MG


APAKAH NIAT MAHATHIR SERTAI PH UNTUK MENGAHALANG ANWAR JADI PM



Kecuali jika Tun Mahathir Mohamad dengan rela hati menetapkan tarikh peralihan kuasa dalam waktu terdekat ini atau Majlis Presiden PH yang berjaya berbuat demikian, barulah kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8 boleh dikira sudah terjamin.
Selagi tiada tarikh khusus untuk naik pelamin, selagi itulah janji bulan madu dalam pertunangan belum tentu membawa ke gerbang perkahwinan.
Ditambah dengan ura-ura Tun Mahathir bakal meninggalkan PH dan membawa lari kerajaan sedia ada dengan menubuhkan Pakatan Nasional bersama UMNO dan Pas, janji peralihan kuasa ternampak semakin kabur jadinya.
Semua ini memperlihatkan Tun Mahathir tidak pernah ikhlas mahu mengotakan janji menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.
Kalau Tun Mahathir benar-benar ikhlas dan berpegang kepada janji, tiada sebab untuk beliau terus menangguh-nangguhkan janji peralihan kuasa yang beliau sendiri setuju mengenainya sejak awal lagi.
Maka, dalam hal ini apakah tujuan sebenar Tun Mahathir bersama PH sejak sebelum PRU14 lagi?
Apakah benar-benar untuk menyingkirkan Najib Razak?
Atau untuk menyekat Anwar daripada mendapat laluan mudah menduduki kerusi Perdana Menteri lantaran yakin PH berpotensi untuk menang PRU14 berikutan isu skandal 1MDB begitu membuatkan rakyat benci kepada UMNO dan BN?
Memang kita tidak tahu apa yang ada dalam hati Tun Mahathir, tetapi melihat beberapa langkah yang dilakukannya untuk berbaik dengan Anwar sehingga diterima menerajui PH, sukar untuk menolak bahawa beliau masih ada dendam tersembunyi terhadap Presiden PKR itu.
Ketika belum beroleh kuasa dan dalam proses untuk meyakinkan PH, PKR serta keluarga Anwar terhadapnya, Tun Mahathir telah berjaya menampilkan watak suci, lelaki yang insaf dan dilihat benar-benar berjuang untuk menyelamatkan negara.
Dengan auranya sebagai bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, lebih-lebih lagi sudah mencecah usia 93 tahun ketika PRU14 diadakan, ramai yang jadi terpesona dengan kesanggupannya terus berjuang menyelamatkan negara ini.
Hakikatnya, sedar tak sedar, dalam terpesona itu, lebih ramai yang terpedaya dengan zahir yang ditunjukkan di depan mata dan perkara itu semakin disedari menjelang hampirnya janji peralihan kuasa mahu dikotakan.
Ketika menunggu mengangkat sumpah jawatan yang majlis itu dilengah-lengahkan beberapa jam, ketika itu juga ramai yang simpati dengan kesabarannya sehingga hampir-hampir tercetus tunjuk perasaan jika perlengahan angkat sumpah berterusan lagi.
Belang sebenar beliau hanya mula terserlah beberapa hari selepas menjadi Perdana Menteri.
Selain beberapa tindakan pentadbiran yang menjurus ke arah menambahkuatkan lagi cengkamannya dalam agensi penguatkuasa kerajaan, beliau turut melantik Azmin Ali yang tidak disenaraikan oleh PKR sebagai calon menteri dan pada waktu itu sudah mengangkat sumpah sebagai MB Selangor, sebagai salah seorang menteri kanannya.
Sejak perlantikan itulah PKR jadi berantakan dan berpecah sehingga sekarang, meskipun dalam masa yang sama Tun Mahathir tetap mengatakan akan menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar.
Begitu pun, kata-kata beliau mengenai janji itu sering berubah-ubah dengan terakhir mengatakan peralihan kuasa hanya akan berlaku selepas Sidang Apec pada November depan, bukan lagi Mei iaitu setelah dua tahun memegang jawatan Perdana Menteri.
Dalam pada itu, di sebalik tiada tarikh serah kuasa ditetapkan, di belakang tabir tetap berjalan pelbagai usaha untuk mengekalkannya lebih lama sebagai Perdana Menteri.
Beliau bukan saja menemui pemimpin pembangkang di rumahnya bagi tujuan mendapat sokongan, beberapa pihak lain yang dikaitkan dengannya juga heboh diperkatakan mengatur pelbagai strategi untuk menjadikannya sebagai Perdana Menteri yang lebih lama.
Terbaru ini, dengan timbulnya isu penubuhan Pakatan Nasional, sekali lagi ini adalah perkara yang terkait secara langsung dengan janji peralihan kuasa.
Tiada maksud lain, Pakatan Nasional ini tujuan utamanya hanyalah untuk menghalang penyerahan kuasa kepada Anwar, terutama selagi belum ada tarikh serah kuasa diputuskan.
Usaha Tun Mahathir ini mungkin berjaya dan mungkin juga akan gagal.
Tetapi, menelusuri semua renteran itu, apakah memang niatnya sejak awal bersama PH ini adalah untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri sebagaimana pernah dilakukannya ketika berkuasa dalam BN dahulu? (ShahbudinHusin 06/02/2020)


MENARIK PANDANGAN INI : Angan-Angan Mat Jenin


Mohd Muklis


Esok 7HB Feb dan kiranya MT UMNO akan berbincang tentang kerajaan pintu belakang. Yang peliknya puak2 yang bising pasal backdoor deal ini semua yang ada rangka dalam almari. Dari Fadhli Shaari yang dengan yakin kata PAS boleh kumpul 112 kerusi walaupun tiada asas, menulis sambil menghisap barang terlarang memang mengasyikan, ianya lebih kepada claim mereka dulu yang nak jadi king maker dengan bertanding 158 kerusi walaupun undi popular hanya 12%. 

Lepas itu komen dari Taki yang kata 18 kerusi MP PAS bersiap-siaga untuk di lacurkan demi menyokong Tun memerintah sampai habis penggal. Tak ada satu orang pun dari MP PAS yang menafikan bahawa mereka tidak bersetuju dengan "Pakatan Nasional", maknanya mereka ini sama taraf dengan pekerja tubuh di lorong haji taib. 

Di pihak UMNO pula lobakman dan start bising dan release rakaman suara Zahid yang hendak bersama dengan PN. Yang ada sarjana kedoktoran Asyraf Wajdi pun sibuk juga buat poll tanya bersetuju ke tidak UMNO bersama dengan PN, habis berkicap dia kena rembat dengan machai tegar UMNO. 

Di pihak bersatu tak ada yang berbunyi kecuali Rahim Thambi Chik; as usual yang sokong PN ini semua ada political baggage. Mungkin pimpinan bersatu yang lain semua hendak play safe sebab sekarang tengah pemilihan parti? Dah di pihak kartel pun kita tahu mereka ada rangka di dalam almari yang mana kes lama di tutup sebab kekurangan bukti. Kalau ada kes baharu bila-bila masa sahaja boleh di buka.

The thing is, kita kena buat hipothesis kalau betul-betul Pakatan Nasional terjadi, apa yang jadi laba dan apa yang jadi rugi. Paling kelakar ialah saya terbaca komen penyokong bersatu yang dah start panggil najib bossku dan dah start buat truce siap nak backup Najib lagi. Birds of feathers la katakan. 

Saya suka dengan ayat Mufti Wilayah tentang kaedah fiqh yang masyhur menyatakan:

نحن نَحْكُم بالظواهر والله يتولى السرائر
Maksudnya: “Kita menghukum berdasarkan apa yang terzahir, dan Allah menguruskan apa yang tersembunyi.”

1) Kita akan tengok apa yang jadi dalam PRU15, siapa yang khianat PH dan masuk PN akan di tolak rakyat.

2) Siapa yang masuk PN, akan terpaksa carry political baggage rakan-rakan parti masing. Jadi PN terpaksa carry political baggage Zahid hamidi misalnya dan PAS dengan UlarMerc dan bonus diri sendiri 50K

3) Apa yang akan terjadi pada existing case rasuah Zahid? dia dah kena slap 87 pertuduhan dan bukan senang-senang DPP nak tarik balik pertuduhan kalau dah masuk kat dalam mahkamah. Semua benda ada prosidur dia expecially Mahkamah kita, ini bukan Mahkamah Kangaroo zaman Najib. 

4) PKR-Pro DSAI, Amanah, DAP mungkin jadi pembangkang, but that is fine; mereka ini hidup berprinsip. Dengan half reform yang dah di capai dalam masa hampir 2 tahun, it is a good improvement dari BN yang menang PRU14 tempoh hari. No GST, SST boleh cover nilat GST, 18% tolls reductions, harga minyak stabil, Elektrik tak naik, Fredom index naik, kes rasuah banyak di siasat. Room for improvement? Yes. Worst than BN? hell no.  

5) Even kalau PN jadi, susunan menteri-menteri kabinet akan jadi haywire. Dan bila2 masa sahaja colliation tu boleh ranap sebab mereka tiada moral ground yang stick them in the first place. Hidup akan sentiasa buruk sangka dan tidak tenang sebab tidak qanaah.

6) Itu belum masuk part nak bertanding PRU15, ingat seat bersatu, PAS dan UMNO akan tertumpu pada kerusi yang sama. Bab kerusi ini jangan main2, yang PAS kalah bertanding 10 kali pun dia akan kata kerusi tradisi depa, good luck negotiating with lebai

7) Truth to be told, PN tak cukup nombor, as simple as that. Paling kuat pun separuh dari bersatu, separuh umno, GPS dan PAS. Sebab itu depa hanya buat pre-emptive stike; ala macam pukul-pukul angin tapi buah silat semuanya sumbang.

8) Betul hari itu Tuan Guru Hadi ada berjumpa dengan Tun di rumah Tun; tapi kita sepatutnya have a litte faith. Perempuan kalau sibuk bertandang rumah laki orang bukan perempuan yang baik especially isteri orang ; dan yang jalang adalah perempuan tadi; laki orang tu mungkin menyambut & hormat tetamu. Lagi touche kalau perempuan tersebut dulu bukan main hina laki tersebut, la ni yang kahak laki tadi pun si jalang duk sedut kata vitamin A. 

9) DSAI sendiri releks tak bunyi apa, DS Wan Azizah TPM pun tak kata apa. Itu beza orang yang ada Qaanah ( cukup pada apa yang Allah bagi) dan yakin dengan Qada dan Qadar. Selagi depa tak berbunyi, kita nak bising buat apa? Kalau nak jadi kerjaan Pakatan Nasional, tetap akan jadi, tapi hidup bukan takat 3 tahun sahaja. PRU15 nanti kena hadap balik pengkhinatan terhadap rakyat.

10) Hayati Ayat Surah Ali Imran di bawah yang Allah SWT empunya kuasa, Dia akan bagi kerajaan pada siapa yang di kehendaki dan cabut kerajaan pada siapa yang di kehendaki.

Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Ali Imran [3] : 26)

11) Tapi yang paling kelakar motto Pakatan Nasional ini ialah hendak menubuhkan kerajaan solid melayu-Islam; sama macam yang di echo oleh mutfi utara. Cuma saya teringat kata-kata seorang sarjana parti agama Zuhdi Jentik yang nak buat kuasa politik melayu Islam sebelum PRU14, dengan dia sekali kena jentik PRU14.  

12) Sebenarnya ini adalah kifarah untuk tuan guru hadi yang dulu kata Umno batil, thoghut dan tidak diredhai Allah ialah kerana Umno berjuang berdasarkan bangsa & nasionalisme. Tiba2 yang diperjuang bangsa dan nasionalisme itu di peluk erat setelah di kafirkan. Dan baru walaun nak peluk erat UMNO, terpaksa pula terima Bersatu dan Tun, betullah mereka ini tiada pendirian. Macam dulu kata daging خنزير haram, lepas tu tengok tuan guru sedap pelahap خنزير dalam kawah, la ni dah nak lapah daging كلب pula.  

13) Itu belum masuk bab Speaker Dewan dari Amanan dan Timbalan Speaker dari DAP, kalau ada usul nak buat undi percaya agak-agaknya depa lulus kan? Lepas tu kena ingat undi percaya@vote of confidence ini serampang dua mata. Kalau tak cukup nombor sokongan silap-silap boleh jadi vote of no confidence dan kes scenario terburuk ialah kena bubar parliman. Ingat Tun M nak bagi ke bubar parlimen sekarang dan riskokan bersatu kalah di semua seat marginal?

Menulis tiada asas samalah dengan sembang nak bina apartment 10 tingkat tapi foundation tiada. Pembangkang ini kerja dia hanyalah ingin menimbulkan syakwasangka di kalangan penyokong PH dan tidak lebih dari khabar angin jadi bualan warga maya.

WAllahualam.




KITA LIHAT APA AKAN BERLAKU


Mohd shah Rim

Memang ada usaha belakang tabir, menubuhkan kerajaan PAS, UMNO dan BERSATU..untuk mengambil alih pentadbiran dari PH, bukan rahsia besar, tetapi aku menghormati rakan rakan BERSATU yang bersama sama berjuang dimedsos ketika menumbangkan BN..Banyak saat manis yang kita kongsi bersama..

Sekiranya, selepas ini, kita memilih haluan berbeza..anda tetap sahabat, bukan salah sesiapa, kerana diluar dari kemampuan anda sendiri untuk mengingkari kehendak pemimpin..jika selepas ini, kami adalah pembangkang, anda pula dipihak kerajaan, terimalah kritikan kami, bukan bermakna kami membenci anda, tapi ni kerana prinsip yang dipegang..tapi sekiranya rundingan menyatukan PAS, UMNO, BERSATU gagal..PH  memerlukan kerjasama semua parti gabungan bagi persediaan PRU akan datang..  Politik ini begitu kompleks dan konflik..hanya yang benar benar  cekal akan kekal..adakalanya bukan faktor menang atau kalah, tapi prinsip harus dipertahankan..

TUBUH PARTI BARU? ELOK LA.....




KAH KAH KAH 

SENARAI JAWATANKUASA PENAJA PARTI REFORMASI NEGARA

Presiden: YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali

Timbalan Presiden: YB Zuraida Kamaruddin

Naib Presiden:
1. YB Dato' Dr. Mansor Othman
2. YB Dato' Sri Dr. Edmund Santhara
3. Chua Tian Chang

Setiausaha Agung: YB Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ketua Wanita: YB Haniza Talha

Ketua Pemuda: YB Dr. Afif Bahardin

Ahli Majlis Tertinggi:
1. YB Dr. Daroyah Alwi
2. YB Azman Nasrudin
3. YB Azmizam Zaman Huri
4. YB Elizabeth Wong Keat Ping
5. YB Muhammad Hilman Idham
6. Khalid Jaafar
7. Zakaria Abdul Hamid
8. Sangetha a/p Jayakumar
9. Nur Hizwan Ahmad
10. Mohd Radzlan Jalaluddin

LAPORAN POLIS TERHADAP PEMFITNAH



Nizam Aka


Oleh kerana nama Fb saya telah disebut yang bersifat satu fitnah oleh pemilik Fb,Mohd Rofi Hj Ghazali,maka satu report #polis dan #skmm akan dibuat terhadap pemilik Fb tersebut pada pkl 11 pagi esok(6hb Feb 2020),di Balai Polis Pasir Puteh..

-Untuk makluman,saya tak pernah melakukan sebarang fitnah dalam posting-posting saya kerana kesemua bahan-bahan posting saya dipetik daripa media yang berdaftar dan mendapat permit daripada pihak kerajaan..

-Saya juga tak pernah makan gaji atau dibayar oleh DAP atau mana-mana pihak untuk melakukan fitnah terhadap orang melayu sepanjang saya menulis di ruangan FB..Kesemua posting-posting saya dibuat tanpa apa-apa bayaran dan semua saya lakukan atas kerelaan hati saya sebagai seorg penyokong kpd PH..Apa yg ditulis oleh pemilik Fb itu terang-terang merupakan satu TUDUHAN dan bukan satu SOALAN..

-Kepada rakan-rakan yang berhampiran,saya mengalu-alukan untuk bersama-sama saya semasa report polis terhadap pemilik Fb tersebut pd pkl 11 pagi esok di Balai Polis Pasir Puteh..



LEBAI MUFLIS LAGI BONGKAK



Hamsina Hamzah




🔴 Peguam suh bayar selewat-lewatnya pada 29 Jan lalu.  Kamu bagi cek tertangguh bertarikh 10 Feb. 2020 apa pasal. Sebab itu cek kamu ditolaknya SEBAB DEGIL TAK FAHAM BAHASA. Sesuka hati nak bayar bila.

🔴 Sebelum ini Timbalan Pengerusi Amanah negeri Nizar sudah pon beri peluang Rizman 'settle' diluar mahkamah dengan  syarat mintak maaf agar saman tak akan dikenakan ke atas beliau.. TETAPI disebabkan keegoannya yang tinggi martabat iman yang terlalu hebat, tak kan Lobai PAS tunduk nak mintak maaf kepada musuhnya..


Padan dengan muka kau... 😂😂🤣


KOMPLOT TUN M TERBONGKAR SIRI 3


MENARIK UNTUK DIBACA ooooooo: Keluar dari Pakatan Rakyat, tubuh Gagasan Sejahtera,...



PRU 14 tak menang, beromen pulak dgn UMNO, tubuh Muafakat Ummah. 

Tak ada kesudahan dengan Muafakat Ummah, Usung bawak masuk pulak MCA dan MIC, kena tukaq nama Muafakat Nasional.

Muafakat Nasional, pun tak nampak jalan...sebab dok nampak dah, Najib dan Zahid dah pelan-pela  nak ke 'dalam'.... Sekarang ni dok mengentel pulak dengan Tun..konon nak buat baru lagi... Pakatan Nasional.

Apa semua ni?... Untuk rakyat kah semua ini?...dapat pulih balik kah ekonomi?...berdaulatkah Islam kembali? RUU 355 akan jadi akta?... Hudud akan dikuatkuasa?.. maruah Melayu yang kononnya hilang di bawah PH, akan kembali bertakhta?... 

Jawapannya mudah...semua tu hanya dalih semata-mata.. Apa nak jadi pada rakyat, itu hal nombor dua... Yang penting dendam mesti dibalas segera.

Semuanya kerana dengki dan sakit hati. Sakit hati bila tengok Mat Sabu naik kereta ada eskot....siren wiu....wiu...wiu... lampu biru lip lap...lip lap... 

Pedih oooo....

😎😎😎😎😎😎

Kapten Pencen

Pak aji.

Al-Ghadr: Pengkhianatan perjanjian

FB: Abu Mishkat
Ustaz Ali Muda
Pegawai Kerajaan di JAKIM



1. Dalam kitab Riyadhus Solihin oleh al-Imam al-Nawawi dikhususkan satu bab yang bernama Tahrim al-Ghadr atau Pengharaman Pengkhianatan Perjanjian.

2. Selain ayat al-Quran surah al-Maaidah: 1 dan surah al-Israa: 34 tentang perintah mewajibkan kita menunaikan perjanjian atau akad yang telah dipersetujui, al-Imam al-Nawawi membawa beberapa hadis berkaitan.

3. Di antara hadis sahih yang paling keras memberi amaran kepada pengkhianat perjanjian ialah hadis riwayat Abu Sa'id al-Khudri r.a. beliau berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: 

لكل غادر لواء عند إسته يوم القيامة يرفع له بقدر غدره، ألا ولا غادر أعظم غدرا من أمير عامة (رواه مسلم)

"Bagi setiap pengkhianat perjanjian itu dipasang bendera di bontotnya pada hari kiamat, (bendera itu) diangkat mengikut tahap kedahsyatan khianatnya. Ketahuilah bahawa tiadalah pengkhianat yang lebih besar pengkhianatannya selain daripada (pengkhianatan) pemimpin rakyat" (riwayat Muslim)

4. Di antara perjanjian yang terbesar dalam negara kita kini ialah perjanjian peralihan jawatan PM. Ia adalah satu perjanjian yang disaksikan Allah s.w.t., para malaikat dan rakyat. Ia wajib ditunaikan tiada khilaf.

5. Jika ada mana-mana agamawan yang datang memberi nasihat harus atau boleh melanggar perjanjian itu, maka itu adalah nasihat ulama suu' (ulama jahat), walaupun alasannya ialah maslahah.

6. Alangkah buruknya nanti seorang pemimpin rakyat yang melanggar perjanjian umum untuk sebuah negara dibangkitkan di hari kiamat dengan bendera tertulis PENGKHIANAT yang dipacak di bontotnya dan dia diekori agamawan-agamawan buruk lagi jelik. 

7. Demikian maksud hadis sahih yang jarang dibaca para agamawan, bukan rekaan saya.



Kenapa UMNO nak jadi penyibuk dalam urusan Anwar Ibrahim PMke8.




Berapa orang pemimpin besar dan kecil dalam UMNO menulis isu terbaharu dalam UMNO ia itu memberikan sokongan kepada Dr Mahathir  Mohamad atas alasan DAP dan Anwar Ibrahim.

2. Dua tulisan telah dikesan. Seorang yang berada dalam Majlis Tertinggi UMNO bernama Razlan Rafie dan diluar  bernama Mohd Khir Toyo.

3. Seorang menulis mempertahankan Presiden UMNO dan mengatakan Lokman Nur Adam sebagai biadap dan tidak berhati perut. Tetapi dalam masa yang sama memperakui ada pelawaan dari siapa tidak  pula disebutkan, sudah pasti dari Dr Mahathir Mohamad.

4. Dan memperakui juga akan keengganan  Dr Mahathir Mohamad menyerah kuasa kepada Anwar Ibrahim yang kununnya didokong kuat oleh DAP.

5. Agak berbelit juga akan tulisan ahli MT lantikan ini.Memperakui Dr Mahathir Mohamad gagal menjaga kepentingan Melayu. Saperti   Soal agama, soal kualiti hidup para petani, nelayan dan perternak..

6. Jika sudah tahu Dr Mahathir Mohamad dan Kerajaan PH gagal? Kenapa perlu UMNO menubuhkan Kerajaan bersama seorang yang gagal? Juga gagal menjaga kepentingan melayu.

7. Ini buka  soal pintu depan atau pintu belakang atau ada pintu baru tetapi sebenar Dr Mahathir Mohamad membuat pintu dalam rumah yang tidak pernah berpintu. Walau pintu akan dibuat.. untuk UMNO masuk. Tetapi pemilik dan kelengkapan rumah masih sama.

8. UMNO hendak dijemput masuk hanya kerana akan rumah itu bertukar tangan. Dan pemilik itu mahu tinggal selamanya. Walau pun perjanjian mendiami dalam rumah hanya dua tahun. Dia cuba menghalang ketua kongsi yang baru menjadi
tuan rumah.

9. Dia hendak menendang dua rakan kongsi untuk jalan keluar. Apa kena mengena dengan UMNO? Mohamad Khir Toyo pula bimbang jika UMNO tidak  bersama dalam rumah itu, UMNO tidak lagi menjadi Ketua Pembangkang dalam Parlimen.

10. Anih sungguh pemikiran bekas banduan ini. Dia merasakan jika pemimpin UMNO melompat ke Pakatan ciptaan Dr Mahathir Mohmad, UMNO akan berkubur dalam
GE15, kerana salah seorang bekas ahli UMNO dilantik
menjadi Menteri, dan orang UMNO yang mengikut Ahli Parlimen itu dilantik ke jawatan berbagai saperti Ketua Kampong, ahli Majlis Daerah. UMNO akan tutup kedai.. katanya dalam percakapan talipon saya dan dia malam tadi.

11. Penulisan kedua orang ini. nampaknya dari sudut pandang mereka ialah meremehan semangat juang ahli-ahli UMNO di akar umbi.UMNO tidak boleh digunakan untuk nafsu serakah Dr  Mahathir Mohamad. Jika PAS mahu membaling pelampong penyelamat kepada Dr Mahathir Mohamad dalam hampir lemas dalam timbul tenggalamnya. PAS boleh teruskan, jangan babitkan UMNO.

12. Suka dijelaskan kami ahli UMNO yang tidak punya
banglo mewah harga jutaan ringgit, pernah dapat konsesi pasir di Wilayah Persekutuan untuk dijadikan emas, menolak tulisan kedua mereka ini.

13. Soal Anwar Ibrahim hendak dihalang jadi PM ke8, bukan urusan kami.  Begitu juga soal DAP berkuasa penuh di Kementerian Kewangan juga bukan urusan kami di akar umbi. Itu mesti diambil penuh tanggungjawab oleh Dr Mahathir dengan cara desakan UMNO meminta
beliau meletakan jawatan dan  bukan bergabung dengannya untuk mencuci segala busuk yang dibuat. 

UMNO bukan penyapu membersihkan kekotoran yang dibuat sendiri.

Di tulis oleh:
Zaharin Mohd Yasin@
Sang Kelembai
Feb 6, 2020.

MOHAMAD HASAN BERI NASIHAT ‘PEDAS’ TAWARAN KERJASAMA BERSATU

ROSMAH MANSOR DIDAKWA BOLEH PENGARUHI KEPUTUSAN KERAJAAN

TARIKH SERAH KUASA SEPATUTNYA DITETAPKAN SEBAIK SAJA ANWAR MENANG DI PD


Jika kerajaan “selamatkan diri” Pakatan Nasional yang diperbualkan kebelakangan ini akhirnya benar-menjadi kenyataan, sebab utama ia boleh berlaku ialah kerana gagalnya PH menetapkan tarikh peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim.

Kini harus disedari bahawa kerana tiada tarikh khusus berkenaan penyerahan kuasa itulah yang membuatkan pintu wujudnya sebuah kerajaan baru melalui jalan belakang sentiasa terbuka luas.

Kerana tiada tarikh itu jugalah, pihak tertentu dalam UMNO dan Pas yang dalam hati mereka penuh dengki dan dendam sentiasa mencari peluang menanam jarum hasutan terhadap Tun Mahathir.

Kerana tiada tarikh itu jugalah Tun Mahathir yang sudah berjanji hanya mahu dua tahun sebagai Perdana Menteri mudah lupa kepada janjinya sendiri, walaupun dalam usianya sudah 94 tahun kini beliau seharusnya lebih banyak memikir soal akhirat berbanding dunia.

Lebih mudah lagi beliau lupa kepada janji sendiri kerana selalu pula dibuai oleh pembodek dan pengampu yang mengipasnya setiap hari.

Kerana tiada tarikh itu jugalah mereka yang ada kes mahkamah sanggup menjual maruah dengan menawarkan sokongan berkuasa lebih lama asalkan dapat menyelamatkan diri dan mengelak daripada menghuni penjara.

Kalau sejak awal tarikh peralihan kuasa sudah ditetapkan, bukan saja perpecahan dalam PH tidak berlaku, malah tidak terjadi juga pelbagai episod dalam politik negara sehingga mungkin tertubuhnya gabungan baru Pakatan Nasional yang hangat diperkatakan sekarang ini.

Berdasarkan perjanjian peralihan kuasa yang ditandatangani sebelum PRU14 lagi jelas menyebut bahawa Tun Mahathir dipersetujui sebagai Perdana Menteri sementara menunggu Anwar dibebaskan daripada penjara dan mendapat pengampuan Yang Dipertuan Agong yang dengan kedua-duanya itu beliau boleh kembali menjadi Ahli Parlimen yang merupakan tiketnya untuknya aktif semula dalam politik dan boleh memegang jawatan dalam kerajaan.

Dalam hal tersebut, oleh kerana sukar untuk menjangka proses pembebasan dan pengampunan boleh diperolehi, sebab itu tarikh peralihan kuasa tidak ditetapkan, sebaliknya tempoh dua tahun dikira sebagai jangkamasa yang munasabah bagi kedua-dua proses tersebut.

Tetapi, tidak disangka Anwar telah dibebaskan daripada penjara dan mendapat pengampunan daripada Agong hanya dalam tempoh kira-kira tiga bulan selepas PH membentuk kerajaan pada 10 Mei 2018.

Berikutan itu, Anwar kemudiannya bertanding dalam PRK Port Dickson pada 13 Oktober 2018 dan menang dengan majoriti 23,560 undi.

Berdasarkan ayat dalam perjanjian peralihan itu bermakna proses peralihan kuasa sudah boleh dimulakan sebaik saja Anwar terpilih sebagai Ahli Parlimen yang merupakan tiketnya untuk boleh menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir.

Mungkin Tun Mahathir boleh dipersetujui untuk memegang jawatan sehingga tempoh dua tahun, tetapi apa salahnya jika selepas Anwar terpilih sebagai Ahli Parlimen Port Dickson, tarikh peralihan kuasa sudah ditetapkan?

Kalau itu yang dilakukan oleh Majlis Presiden sejak dulu, tidakkah kemelut dalam PH sebagaimana yang berlaku sekarang tidak akan berlaku?

Lebih malang, walaupun sehingga ke peringkat era PH hampir berakhir dan bakal digantikan dengan Pakatan Nasional, Majlis Presiden masih lagi tidak berbuat apa-apa?

(ShahbudinHusin 05/02/2020)

SOSIAL: OPERASI KHAS SELAMATKAN WANITA MENJADI MANGSA AKIBAT DADAH


Mohamad Ezzery Mustaffa.

OPERASI KHAS SELAMATKAN WANITA MENJADI MANGSA AKIBAT DADAH

YAN, 5 FEBRUARI 2020 : Unit Penguatkuasaan & Keselamatan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Yan bertindak ke atas satu aduan awam berkaitan seorang wanita berusia 28 tahun di Kampung Raga, Yan , Kedah yang disyaki terlibat dengan penagihan dadah. Wanita ini mempunyai seorang anak lelaki berusia lingkungan 4 tahun sering dibawa ke sana sini termasuk mendapatkan bekalan dadah disebuah kawasan berhampiran. 


Ketika anggota penguatkuasa tiba di rumah beliau, didapati beliau berada di bawah rumah bersama anak lelakinya. Setelah memperkenalkan diri , wanita berkenaan mula menangis dan tidak mahu ditangkap. Hasil pemujukan anggota akhirnya wanita berkenaan memberikan kerjasama bagi melancarkan proses selanjutnya. Wanita berkenaan di bawa ke Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Yan untuk tindakan lanjut.

 Hasil ujian saringan yang dijalankan , beliau didapati positif dadah jenis opiat Dan methamphetamine. Hasil soal siasat juga mendapati suaminya juga terlibat dengan dadah dan dipenjarakan. Wanita ini juga mempunyai 2 rekod pusat pemulihan dan 2 rekod penjara. Tambah membimbangkan , wanita ini juga dipergunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan diatas kekurangan wanita ini. 



Anak beliau juga diserahkan kepada keluarga terdekat hasil perbincangan bersama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mengelak daripada anak kecil itu melihat segala perbuatan yang tidak baik oleh ibunya. Kes beliau juga akan diambil tindakan oleh pihak JKM disamping tindakan susulan pihak AADK. 

Kes juga akan disiasat di bawah seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah ( Rawatan & Pemulihan ) 1983. Masyarakat juga digesa agar menyalurkan maklumat sekiranya mengenalpasti masalah berkaitan dadah yang berlaku di kawasan kejiranan anda. Sudah jelas tindakan AADK bukannya menghukum malah mencari jalan penyelesaian terbaik membantu agar isu berkaitan tidak memberi kesan negatif dan terlibat dengan aktiviti jenayah yang lain.



SUA PAS, TAKIYUDDIN MAHU KELENTONG SIAPA ?



Dalam kenyataan terbaru SUA Pas, Takiyuddin Hassan di dalam menjawab kenyataan SUA Keadilan, Saifudin Nasution yang menyindir Pas kerana menyokong Tun M, Takiyuddin menyatakan bahawa Pas sebenarnya menyokong Tun M sebelum PRU 14 lagi, katanya.

Mahu kelentong siapa Takiyuddin?  Mungkin walaun yang 'wala' bodoh bolehlah terpedaya dengan kamu, tetapi tidak semuanya bodoh untuk menerima apa yang kamu kata kerana fakta dan bukti kukuh jelas menunjukkan bahawa Pas sejak sebelum PRU14 lagi begitu kuat menghentam Tun M, lebih2 lagi apabila PH mengumumkan Tun M sebagai PM sekiranya PH membentuk kerajaan.

Hadi Awang pada kenyataan akhbar Berita Harian bertarikh 06 Mei 2018 sebelum PRU14, menyatakan negara di dalam bahaya sekiranya PH menang dan Tun M menjadi PM.  Rujuk di sini 
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/421983/kemenangan-tun-m-bahayakan-negara-hadi-awang .  Hadi pernah berkata, Tun M hanya layak jadi doktor klinik 1 Malaysia, dia terlalu tua untuk bertanding pilihanraya.  Kenyataan Hadi ini adalah pada bulan April 2018, sebelum PRU 14 lagi.  Rujuk di sini https://www.youtube.com/watch?v=xWoztisJX1k .  Disiarkan juga kenyataan Presiden Pas yang menghina Tun M itu di sini 
https://www.malaysiakini.com/news/420090 .  Sebenarnya banyak lagi bukti menunjukkan Pas konsisten menolak Tun M sebelum PRU 14 lagi.  Takiyuddin mahu kelentong siapa?  

Kalau kita bijak, masuk akalkah Pas menyokong Tun M sebelum PRU14 yang lalu tetapi Pas sanggup jadi pengacau kononnya mahu jadi "King Maker" di dalam PRU14 tersebut?  Pas sedar waktu itu, peluang untuk PH menang agak sukar jika Pas berjaya pecahkan undi dan secara tidak langsung Umno/Bn mempunyai harapan untuk menang dan terus memerintah negara.  Itu kepala otak Hadi fikir sedangkan Allah berkuasa menjadikan sesuatu di luar kepala otak manusia.  Bahkan, setelah Tun M menjadi PM, Pas konon-kononnya menyokong Tun M apabila dapat royalti minyak tetapi setiap kali PRK diadakan Pas turun bantu Umno/Bn dan sanggup jadi barua tukang pacak bendera dacing baghdad itu.  Sokong Tun M kah itu?  Di Tg Piai, Pas paling seronok apabila parti Tun M iaitu Bersatu tewas kepada calon MCA yang mewakili Bn kerana Pas secara terus terang menyokong Bn.  

Sudah2 lah lebai Pas buat kerja membohongi rakyat.  Janganlah jual agama demi untuk kepentingan parti.  Sekarang ini, bersembur air liur lebai Pas memuji Tun M, maklumlah Kelantan dapat "One Off" RM 400 juta baru2 ini.  Dapat juga berbelanja beli 14 buah Mercedes untuk Exco2 mereka dan RM 50k untuk setiap Exco 'duit bonus".  Mereka lupa bertahun2 kerajaan negeri Kelantan minta duit dengan kerajaan Pusat hanya untuk bayar gaji kakitangan kerajaan negeri.  Tidak malukah, lebai?

Hakikatnya, sekarang ini Pas berpura2 sokong Tun M adalah kerana bimbang kalau Anwar jadi PM pada bulan Mei ini nanti.  Anwar memang seteru lama Hadi Awang.  Semua tahu.  

WFAUZDIN NS