SUA PAS, TAKIYUDDIN MAHU KELENTONG SIAPA ?



Dalam kenyataan terbaru SUA Pas, Takiyuddin Hassan di dalam menjawab kenyataan SUA Keadilan, Saifudin Nasution yang menyindir Pas kerana menyokong Tun M, Takiyuddin menyatakan bahawa Pas sebenarnya menyokong Tun M sebelum PRU 14 lagi, katanya.

Mahu kelentong siapa Takiyuddin?  Mungkin walaun yang 'wala' bodoh bolehlah terpedaya dengan kamu, tetapi tidak semuanya bodoh untuk menerima apa yang kamu kata kerana fakta dan bukti kukuh jelas menunjukkan bahawa Pas sejak sebelum PRU14 lagi begitu kuat menghentam Tun M, lebih2 lagi apabila PH mengumumkan Tun M sebagai PM sekiranya PH membentuk kerajaan.

Hadi Awang pada kenyataan akhbar Berita Harian bertarikh 06 Mei 2018 sebelum PRU14, menyatakan negara di dalam bahaya sekiranya PH menang dan Tun M menjadi PM.  Rujuk di sini 
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/421983/kemenangan-tun-m-bahayakan-negara-hadi-awang .  Hadi pernah berkata, Tun M hanya layak jadi doktor klinik 1 Malaysia, dia terlalu tua untuk bertanding pilihanraya.  Kenyataan Hadi ini adalah pada bulan April 2018, sebelum PRU 14 lagi.  Rujuk di sini https://www.youtube.com/watch?v=xWoztisJX1k .  Disiarkan juga kenyataan Presiden Pas yang menghina Tun M itu di sini 
https://www.malaysiakini.com/news/420090 .  Sebenarnya banyak lagi bukti menunjukkan Pas konsisten menolak Tun M sebelum PRU 14 lagi.  Takiyuddin mahu kelentong siapa?  

Kalau kita bijak, masuk akalkah Pas menyokong Tun M sebelum PRU14 yang lalu tetapi Pas sanggup jadi pengacau kononnya mahu jadi "King Maker" di dalam PRU14 tersebut?  Pas sedar waktu itu, peluang untuk PH menang agak sukar jika Pas berjaya pecahkan undi dan secara tidak langsung Umno/Bn mempunyai harapan untuk menang dan terus memerintah negara.  Itu kepala otak Hadi fikir sedangkan Allah berkuasa menjadikan sesuatu di luar kepala otak manusia.  Bahkan, setelah Tun M menjadi PM, Pas konon-kononnya menyokong Tun M apabila dapat royalti minyak tetapi setiap kali PRK diadakan Pas turun bantu Umno/Bn dan sanggup jadi barua tukang pacak bendera dacing baghdad itu.  Sokong Tun M kah itu?  Di Tg Piai, Pas paling seronok apabila parti Tun M iaitu Bersatu tewas kepada calon MCA yang mewakili Bn kerana Pas secara terus terang menyokong Bn.  

Sudah2 lah lebai Pas buat kerja membohongi rakyat.  Janganlah jual agama demi untuk kepentingan parti.  Sekarang ini, bersembur air liur lebai Pas memuji Tun M, maklumlah Kelantan dapat "One Off" RM 400 juta baru2 ini.  Dapat juga berbelanja beli 14 buah Mercedes untuk Exco2 mereka dan RM 50k untuk setiap Exco 'duit bonus".  Mereka lupa bertahun2 kerajaan negeri Kelantan minta duit dengan kerajaan Pusat hanya untuk bayar gaji kakitangan kerajaan negeri.  Tidak malukah, lebai?

Hakikatnya, sekarang ini Pas berpura2 sokong Tun M adalah kerana bimbang kalau Anwar jadi PM pada bulan Mei ini nanti.  Anwar memang seteru lama Hadi Awang.  Semua tahu.  

WFAUZDIN NS

No comments: