Al-Ghadr: Pengkhianatan perjanjian

FB: Abu Mishkat
Ustaz Ali Muda
Pegawai Kerajaan di JAKIM



1. Dalam kitab Riyadhus Solihin oleh al-Imam al-Nawawi dikhususkan satu bab yang bernama Tahrim al-Ghadr atau Pengharaman Pengkhianatan Perjanjian.

2. Selain ayat al-Quran surah al-Maaidah: 1 dan surah al-Israa: 34 tentang perintah mewajibkan kita menunaikan perjanjian atau akad yang telah dipersetujui, al-Imam al-Nawawi membawa beberapa hadis berkaitan.

3. Di antara hadis sahih yang paling keras memberi amaran kepada pengkhianat perjanjian ialah hadis riwayat Abu Sa'id al-Khudri r.a. beliau berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: 

لكل غادر لواء عند إسته يوم القيامة يرفع له بقدر غدره، ألا ولا غادر أعظم غدرا من أمير عامة (رواه مسلم)

"Bagi setiap pengkhianat perjanjian itu dipasang bendera di bontotnya pada hari kiamat, (bendera itu) diangkat mengikut tahap kedahsyatan khianatnya. Ketahuilah bahawa tiadalah pengkhianat yang lebih besar pengkhianatannya selain daripada (pengkhianatan) pemimpin rakyat" (riwayat Muslim)

4. Di antara perjanjian yang terbesar dalam negara kita kini ialah perjanjian peralihan jawatan PM. Ia adalah satu perjanjian yang disaksikan Allah s.w.t., para malaikat dan rakyat. Ia wajib ditunaikan tiada khilaf.

5. Jika ada mana-mana agamawan yang datang memberi nasihat harus atau boleh melanggar perjanjian itu, maka itu adalah nasihat ulama suu' (ulama jahat), walaupun alasannya ialah maslahah.

6. Alangkah buruknya nanti seorang pemimpin rakyat yang melanggar perjanjian umum untuk sebuah negara dibangkitkan di hari kiamat dengan bendera tertulis PENGKHIANAT yang dipacak di bontotnya dan dia diekori agamawan-agamawan buruk lagi jelik. 

7. Demikian maksud hadis sahih yang jarang dibaca para agamawan, bukan rekaan saya.



No comments: