KITA LIHAT APA AKAN BERLAKU


Mohd shah Rim

Memang ada usaha belakang tabir, menubuhkan kerajaan PAS, UMNO dan BERSATU..untuk mengambil alih pentadbiran dari PH, bukan rahsia besar, tetapi aku menghormati rakan rakan BERSATU yang bersama sama berjuang dimedsos ketika menumbangkan BN..Banyak saat manis yang kita kongsi bersama..

Sekiranya, selepas ini, kita memilih haluan berbeza..anda tetap sahabat, bukan salah sesiapa, kerana diluar dari kemampuan anda sendiri untuk mengingkari kehendak pemimpin..jika selepas ini, kami adalah pembangkang, anda pula dipihak kerajaan, terimalah kritikan kami, bukan bermakna kami membenci anda, tapi ni kerana prinsip yang dipegang..tapi sekiranya rundingan menyatukan PAS, UMNO, BERSATU gagal..PH  memerlukan kerjasama semua parti gabungan bagi persediaan PRU akan datang..  Politik ini begitu kompleks dan konflik..hanya yang benar benar  cekal akan kekal..adakalanya bukan faktor menang atau kalah, tapi prinsip harus dipertahankan..