NASIHAT DARI AMT BERSATU



DATO AMIL

Saja nak ingatkan teman2 dalam Bersatu & Armada supaya jangan jadi lupa diri .

Ini kawan kita waktu kita susah dahulu . 

- Tun dihalau ketika berucap 
- Tun dihina dicaci dimaki 
- Gambar Tun dikoyakkan dan diharamkan 
- Segala kemudahan bekas perdana menteri ditarik . 
- Tun dihalang menziarah kubur Almarhum Nik Aziz .
- Tun ditekan disetiap sudut 
- Bersatu tidak diluluskan
- Nama Armada pun depa haramkan

Siapa yang siang malam mempertahankan Tun ketika tu?
Pandai-pandai lah pikir sendiri .

Jangan guna modal maruah melayu lah kuasa politik orang melayu lah itu semua propaganda untuk menghalalkan niat dalam hati perut masing-masing saja.

Melayu yang bermaruah adalah melayu yang berpegang teguh pada janji .
Melayu yang bermaruah adalah melayu yang berpegang pada prinsip .
Melayu yang bermaruah adalah melayu yg tolak rasuah.

Kalau bukan kerana kerjasama mereka ini belum tentu lagi Tun M & Bersatu boleh menang .

Dan sekarang dengan penuh bangganya berbicara soal gabungan baru tanpa memikirkan kawan2 waktu ketika Bersatu susah dahulu ? 

Jangan yakin sangat bro 😊

NOTA : TERBAIK DATO AMIL. PERALIHAN KUASA HARUS BERLAKU. DEMI KEMUAKATAN PH KEKAL BERKUASA DAN MEMENANGI HATI RAKYAT UNTUK MEMBENA MALAYSIA BARU.