HANYA MAJLIS PRESIDEN DAPAT MELURUSKAN LIDAH MAHATHIR YANG BERBELIT BELIT



Kenyataan Tun Mahathir Mohamad yang seolah-olah ingin menyerahkan kepada Parlimen menentukan kedudukan penggantinya adalah satu lagi percubaan beliau untuk bersifat munafik terhadap janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.
Sikap ini juga memperlihatkan ketidakjujurannya terhadap janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya dan dikonsensuskan oleh PH sejak 7 Januari 2018 lagi.
Kalau sebelum ini beliau sering mengubah-ubah ayat berhubung tempoh dua tahun sepatutnya memegang jawatan Perdana Menteri, kemudian memohon lanjutan sehingga selesai Sidang Apec pada November, seterusnya menyerahkan kepada Majlis Presiden membuat penentuan, tetapi dengan terbaru menyerahkan kepada Parlimen pula, jelas menunjukkan Tun Mahathir yang menuju usia 95 tahun adalah seorang manusia yang sentiasa lapar dengan kuasa.
Apakah Tun Mahathir sebenarnya tidak faham apabila ibunya pernah berpesan agar berhenti makan sebelum kenyang, ia sebenarnya bukanlah semata-mata dalam konteks makanan saja, tetapi juga dalam semua aspek kehidupan mestilah jangan berlebihan-lebihan?
Setelah pernah 22 tahun menjadi Perdana Menteri di era BN dan dua tahun mengetuai kerajaan di bawah BN, apakah jangka masa memegang kuasa hampir suku abad itu masih tidak mampu mengenyangkannya?
Hairan bin ajaib kita dibuatnya!!
Dalam kenyataannya semalam, di sebalik berkata akan menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar, tetapi kata Tun Mahathir, keputusan muktamad terletak kepada sokongan majoriti di Parlimen.
“Kita berjanji, kita berpegang kepada janji. Saya cuma jadi Perdana Menteri kerana dapat sokongan dari parti (gabungan PH) saya, terutama dari majoriti ahli Dewan Rakyat.
“Kalau saya tidak hendak letak jawatan tetapi majoriti dalam Dewan Rakyat tolak saya, saya jatuh. Yang berkuasa sebenarnya Dewan Rakyat dan ahli-ahlinya,” kata beliau.
Dalam hal ini, Tun Mahathir sebetulnya tidak perlu berbelit-belit berkaitan janji peralihan kuasa dan mengaitkannya dengan sokongan majoriti di Parlimen kerana PH sudah pun mempunyai majoriti itu sejak menang pada PRU14 lalu lagi.
Majoriti PH di Parlimen itu bukan saja membolehkan beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, tetapi seharusnya juga untuk Anwar sebagai penggantinya.
Kalau mahu dikaitkan dengan soal majoriti, dalam PH sendiri, Bersatu hanya memiliki 13 kerusi kemenangan di Parlimen berbanding PKR sebanyak 47 dan DAP pula 42 kerusi.
Tetapi, kenapa Tun Mahathir masih tetap dipilih sebagai Perdana Menteri?
Tentulah jawabnya kerana PH berpegang kepada janji dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail, sebaik PH menang PRU14 lalu tidak mahu bersikap munafik terhadao janji yang telah dkonsensuskan pada 7 Januari 2018 itu.
Oleh itu, apakah setelah PKR menunaikan janjinya, maka Tun Mahathir pula mahu mengkhianati janji peralihan kuasa kepada Anwar?
Di mana nilai kemanusiaan dan keimanan Tun Mahathir sebagai seorang muslim yang pada hakikatnya hanya menunggu detik kematian?
Soal sokongan majoriti di Parlimen tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melengah-lengah atau mengelak berlakunya peralihan kuasa kerana ia adalah perkara dalaman PH yang sudah dijanjikan serta bersandarkan kedudukan majoriti PH sedia ada di Dewan Rakyat.
Lebih-lebih lagi kedudukan majoriti PH tidak berkurangan sejak tertubuhnya kerajaan pada 10 Mei 2018.
ok
Lalu, majoriti apa lagi yang dimahukan?
Yang penting, Tun Mahathir mesti menunaikan terlebih dahulu janji serah kuasa kepada Anwar dan jika selepas serah kuasa itu ada pertikaian mengenai kedudukannya sebagai Perdana Menteri, mana-mana Ahli Parlimen boleh meminta ia ditentukan di dalam Parlimen.
Mahu tidak mahu, dalam hal ini dan sesuai dengan isu peralihan kuasa adalah soal dalaman PH yang boleh diselesaikan dengan baik secara dalaman, Majlis Presiden dalam mesyuaratnya akan datang mesti menetapkan tarikh serah kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar.
Pihak pembangkang, terutamanya Pas yang berhati hitam, tidak berhak sama sekali untuk campurtangan kerana mereka bukanlah komponen PH.
Selagi tarikh tidak ditetapkan, selagi itulah Tun Mahathir akan terus mencari helah, bukan saja untuk melanjutkan lagi tarikh penyerahan kuasa, malah mungkin dalam hatinya terselit niat untuk tidak menunaikan langsung janji tersebut.
Sekali lagi, hanya dengan Majlis Presiden PH menetapkan tarikh peralihan kuasa dengan segera saja dapat meluruskan lidah Tun Mahathir daripada terus berbelit-belit dalam berkata-kata. (ShahbudinHusin 09/02/2020)

PM MELALUI DEWAN RAKYAT? BILA MALAYSIA JADI REPUBLIK NI?





Dr. Mahathir bin Mohamad memang suka buat kenyataan drama bersiri, maksudnya kenyataan dia tak habis di situ, ada sambungan... tapi tu sentiasa ada.

Sejak bila di Malaysia ini Ketua Kerajaannya di pilih di dalam Dewan? Sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Negeri? Apakah kita lupa dalam kes klasik pertukaran Menteri Besar Perak selepas Pilihanraya Umum 2008, Mohammad Nizar Jamaluddin ditukar ke Zambry Abd. Kadir hanya melalui perjumpaan tertutup di istana? Dari segi undang-undang, khususnya di Malaysia, ia sudah menjadi "precedent," maksudnya perlantikan mana-mana Ketua Kerajaan selepas itu boleh juga dibuat dengan cara ini, sama ada perlantikan Perdana Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Ingin saya ingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa di Malaysia, yang melantik Ketua Kerajaan negara atau negeri adalah Yang DiPertuan Agong dan Sultan, bukan Dewan Rakyat atau Dewan Negeri. Cukup bagi seorang Yang DiPertuan Agong atau Sultan itu percaya bahawa yang mahu dilantik sebagai Ketua Kerajaan itu memperoleh sokongan majoriti Ahli Parlimen, melalui bukti yang ditunjukkan kepada Baginda, sekali lagi dengan merujuk kepada kes Negeri Perak.

Ingin juga saya mengingatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad, ketika zaman Tun bersama Umno dahulu, Umno pernah diharamkan, dan ketika tempoh itu Ling Liong Sik telah memangku jawatan Perdana Menteri. Saya ingin bertanya, apakah perlantikan itu dirujuk ke Dewan Rakyat terlebih dahulu?

Sistem pilihanraya kita berbeza dengan Indonesia contohnya. Sejak 1957, sistem pilihanraya pelbagai parti kita bukan sekadar mahu memilih wakil rakyat, tetapi juga untuk membentuk kerajaan, yang mana parti yang menang majoriti kerusi atau gabungan parti yang menang majoriti kerusi akan membentuk kerajaan. Parti atau gabungan parti inilah yang akan mencadangkan calon Perdana Menteri kepada YDPA/Sultan, bukan Dewan Rakyat. Ini kita sebut parti pemerintah, bukan Perdana Menteri pemerintah! Ini sistem yang kita pakai...

Jangan duk anggap kita seorang sahaja cerdik, rakyat ni bodoh belaka, boleh dipusing-pusing begitu sahaja!

Zukri Aksah

#keadilan20tahun
Anwar Ibrahim Parti Keadilan Rakyat
Pakatan Harapan


Janji tetap janji, kata Dr Wan Azizah*



Iron Lady sudah bunyi.

Janji tetap janji, kata Dr Wan Azizah*



Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) ketika menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia di ibu negara, hari ini.–

 Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 9 Februari, 2020.

DR Mahathir Mohamad perlu mengotakan janji menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan perdana menteri berkata, pelantikan ke jawatan perdana menteri sememangnya memerlukan sokongan ahli Dewan tetapi pada masa sama, Dr Mahathir perlu melunaskan janjinya itu.


JALAN NAK KENCING LAGI



Md Zulaimi Kazin



Masa Tun angkat sumpah Perdana Menteri hari tu Parlimen pun belum bersidang... apasal kata kena rujuk Parlimen? 

Tun dapat angkat sumpah hari tu bila Kak Wan mewakili PH mencadangakan nama Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai PM mewakili PH. Kenapa Kak Wan yang menghadap Agung? Sebab semua calon PH guna lambang PKR dan Kak Wan sebagai Presiden PKR yang menang dengan majoriti disokong oleh Warisan di Sabah.

Masa Tun M serah jawatan PM kepada Pak Lah dulu pun tak bawa ke parlimen. Begitu juga masa Allayarham Tun Razak meninggal, perlantikan Tun Husein Onn tak serah pada parlimen cukup dgn  TPM sebagai pemangku Pengerusi BN menyembah perkenan KBDYMM YDP Agung. 

Maknanya tidak perlu dibawa ke Parlimen untuk dapatkan undi majoriti MP bagi melantik DSAI sbg PM sbb PH sudah miliki majoriti melainkan ada pengkhianat dalam PH untuk menafikan majoriti PH? Kalau pengkhianat ini berani khianati PH, silakan kita nak kenal secara rasmi muka-muka pengkhianat ini senang kita humbankan mereka ke kerusi pembangkang.




PAKATAN NASIONAL MUSLIHAT PEMBANGKANG ‘GONCANG’ PH?

KALAU PAS SOKONG PM, SOKONG SEKALI KABINET

PEMECATAN TIDAK SAH, LOKMAN RUJUK PEGUAM

AKHIRNYA UMNO DAN PAS DIGAMBARKAN TERHEGEH HEGEH NAK GABUNG DENGAN MAHATHIR



Kenyataan terbaru Tun Mahathir Mohamad yang menafikan beliau pernah mempelawa UMNO dan Pas untuk bergabung dalam Pakatan Nasional adalah suatu berbentuk perlekehan terhadap kedua-dua parti pembangkang itu.
Ia dengan sendirinya menunjukkan Tun Mahathir mahu memperlihatkan bukan beliau yang mahu bersama UMNO dan Pas, sebaliknya kedua-dua parti itulah yang sebenarnya terhegeh-hegeh ingin bersamanya.
Dalam kenyataannya itu, Tun Mahathir berkata, adalah tidak benar beliau pernah mempelawa UMNO dan Pas untuk bergabung dalam Pakatan Nasional.
“Banyak cerita-cerita yang dibuat. Ini kerana saya terbuka, jumpa dengan semua orang (termasuk) parti lawan, NGO, badan agama dan kaum.
“Saya terbuka dengar pendapat mereka. Kalau saya tak tahu pendapat mereka, maka saya tak boleh tangani masalah yang timbul.
“Itu yang berlaku tapi ada orang tafsirkan perjumpaan saya dengan pemimpin parti lawan bermakna saya sedang berusaha untuk buat satu campuran (parti politik) baru.
“Ini tidak benar,” katanya lagi.
Persoalan yang timbul di sini mengapa baru sekarang Tun Mahathir menafikannya?
Mengapa beliau tidak membuat penafian sebelum MT UMNO bermesyuarat pada petang Jumaat lalu?
Kenapa ketika riuh rendah berhubung isu penubuhan Pakatan Nasional sejak kira-kira seminggu lalu, beliau hanya berdiam diri dan tidak berkata apa-apa, sedangkan namanya dikaitkan secara langsung dengan gabungan baru itu?
Bukankah Tun Mahathir sepatutnya boleh mengeluarkan kenyataan media untuk membuat penafian melalui laman Facebook dan Twitternya jika ia sesuatu yang tidak benar?
Apa guna media sosial kalau tidak dimanfaatkan untuk menafikan berita palsu?
Lebih daripada itu, mengapa dua tiga hari lalu ketika ditanya wartawan berhubung pembangkang yang mahu menyokongnya, Tun Mahathir berkata, beliau berasa gembira dan seolah-olah terapung dengan sokongan itu.
Kenapa ketika itu tidak terus menafikan isu Pakatan Nasional itu?
Kenapa baru sekarang menafikannya?
Adakah Tun Mahathir ingin “lepas tengkuk sendiri” dengan menunjukkan dirinya tidak terhegeh-hegeh dan sebaliknya hanya UMNO dan Pas yang beria-ia mahu bersama dengannya?
Dalam hal ini, bagaimana Pas boleh mengajak UMNO untuk bergabung dengan Tun Mahathir dalam Pakatan Nasional jika tiada pelawaan yang mereka terima?
Begitu juga, bagaimana Zahid Hamidi boleh begitu teruja untuk bergabung dengan Tun Mahathir dalam sebuah gabungan membentuk kerajaan baru kalau bukan ada pelawaan diberikan kepadanya?
Kalau pun pelawaan itu mungkin bukan secara langsung daripada Tun Mahathir, tetapi jika ia datang daripada orang-orang tertentu yang diketahui rapat dengannya, bukankah ia sama saja?
Apakah mungkin UMNO dan Pas tiba-tiba bercakap untuk bersama dengan Tun Mahathir jika tiada pelawaan atau usaha merisik dilakukan terlebih dahulu?
Tetapi, bagaimana agaknya pendirian Tun Mahathir jika mesyuarat MT UMNO Jumaat lalu membuat keputusan setuju untuk bergabung dengannya dan GPS di Sarawak tidak membuat kenyataan mahu berkecuali daripada menyertai Pakatan Nasional?
Apakah beliau tetap akan mengatakan tidak pernah membuat pelawaan juga? (ShahbudinHusin 09/02/2020)



KERAJAAN PINTU BELAKANG HERET TUN M MUNGKIR JANJI

KISAH UNDI PERCAYA PAS..


MOHD SHAH RIM

Pertama sekali, kita harus lihat apa yang dikatakan PERALIHAN KUASA.. antara Tun Mahathir dan DS Anwar Ibrahim.

Adakah ini ISU atau TIDAK ..??

Dalam wawancara dengan akhbar Jepun The Mainchi, pada sekitar Februari 2018, Tun telah menjelaskan beliau akan menjadi Perdana Menteri untuk tempoh dua tahun, paling lama sekiranya PH menang pada PRU ke 14..

Manakala pada Sesi Dialog anjuran Majlis Hubungan Luar di New York pada 28 Sept 2019, Tun menyatakan akan berundur sebelum PRU ke 15.

“Saya janji akan berundur sebelum PRU akan datang dan memberi laluan kepada calon lain. Jadi, saya mungkin ada lagi tiga tahun paling lama.

“Dalam tempoh tiga tahun itu, saya perlu menyelesaikan banyak perkara,” katanya yang dipetik portal Berita Harian Online"

Mengikut konsensus PH sebelum PRU14, Tun Mahathir akan dilantik sebagai perdana menteri dan kemudiannya menyerahkan teraju kepimpinan negara kepada DS Anwar Ibrahim..

Jadi, plan peralihan kuasa antara kedua pemimpin negara telah dipersetujui sebelum PRU ke 14 lagi..dan Majlis Presiden Parti Pakatan Harapan adalah badan yang di iktiraf bagi menentukan kedudukan Perdana Menteri..berdasarkan konsensus sebelum ini.

APA KENA MENGENA PAS DENGAN PERALIHAN KUASA..KERANA PRESIDEN PAS LLANGSUNG TIADA KAITAN DGN MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN..??

Sebenarnya PAS hanya menjadikan peralihan kuasa antara Tun dan Anwar, modal politik semata, mencetuskan konflik dan mahu plan peralihan kuasa gagal dan Pakatan Harapan dilihat sebuah kerajaan yang gagal menjaga kebajikan rakyat..

Jika Dajal itu jahat, jahat lagi PAS, cuma kelicikan pemimpin PAS, terselindung disebalik penampilan mereka..


MUZAMMIL DAN ABU HAFIZ TELAH GAGAL?


TENGKU SYAFIZRULLAH

1. Akhirnya secara rasmi team Angkatan Baru yang diketuai oleh Muzammil Ismail (MI) mengumumkan untuk bertanding merebut jawatan Ketua ARMADA Nasional yang kini disandang oleh Syed Saddiq.
2. Angkatan baru juga menawarkan Abu Hafiz (AH) untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua ARMADA.
3. Parti yang mengamalkan sistem demokrasi pastinya menganggap pertandingan ini sebagai norma dan ia perlu diraikan.
4. Tetapi pada hari ini, kami ada membaca kenyataan media yang dikeluarkan oleh MI. Dia mengkritik pimpinan ARMADA dengan mendakwa kekalahan di Tanjung Piai hasil daripada manifestasi penolakan anak muda secara total terhadap kepimpinan ARMADA.
5. Angkatan Baru juga dikhabarkan akan memberikan roh perjuangan yang lebih jelas berkaitan Melayu dan Islam jika menang pemilihan nanti.
6. Mungkin MI atau AH telah lupa. Mereka juga sebahagian daripada pimpinan ARMADA. MI menjawat jawatan Exco Perhubungan Antarabangsa, manakala AH pula menjawat jawatan Exco Agama.
7. Jika benar Syed Saddiq telah gagal menarik undi anak muda, maka seluruh pimpinan ARMADA juga patut sama dianggap gagal. Ini bermakna mereka juga gagal!
8. Untuk berlaku adil, kita boleh menilai secara objektif prestasi mereka ketika menjawat jawatan Exco ARMADA dengan bertanyakan beberapa soalan mudah.
a) Berapa ramaikah ahli KBR telah mendaftar menjadi ahli BERSATU? Adakah majoriti mereka masih lagi ahli UMNO?
b) Ada berapa banyak program agama yang telah dilaksanakan oleh AH untuk ARMADA seluruh Malaysia sepanjang menjawat jawatan Exco Agama?
9. Kami biarkan dua soalan mudah ini dihadam dan dijawab oleh mereka sebelum mengulas lebih panjang.
Oleh - Team KSA

KEGHAIRAHAN YANG BERBEZA


MOHD SHAH RIM

UMNO baru saja jadi pembangkang, PAS pula berpuluh tahun jadi pembangkang, keghairahan nya berbeza..

POLITIK HARU BIRU PAS


MIQDAD ZAKARIA


Politik hijau-biru yang diperkenalkan oleh PAS dan UMNO nampaknya telah retak menanti belah.. Itulah akibat dari kesilapan yang mereka sendiri buat..

Kesilapan PAS satu sahaja.. Mereka percayakan UMNO dari sahabat² seperjuangan mereka.. Mereka sanggup melebel golongan yang anti-UG sebagai Anwaninas.. Munafik haraki.. Jebon.. Barua.. Broker.. Pengkhianat..

Akhirnya sahabat² mereka ditendang sehingga luruh setandan.. Bersorak gembiralah mereka kerana tiada lagi yang akan menghalang untuk berasmara-DANA mengaut habuan dunia dari UMNO..

Namun perkara tersebut tidaklah seindah yang mereka rancang dan impikan.. Allah melaknat mereka dengan kekalahan UMNO-BN di Putrajaya.. Lalu hilanglah kuasa dan kemewahan hidup.. Terkapai² mencari tempat berpaut..

Dengan tidak menghiraukan lagi maruah dan nilai perjuangan.. Mereka sanggup menjadi KHADAM kepada sesiapa sahaja.. Janji mereka selamat dari diheret ke mahkamah untuk dibicarakan..

Dengarlah wahai sang lebai sekalian..
Kejahatan kamu pasti akan didedahkan suatu hari nanti.. Hanya menuggu masa dan peraturan sahaja.. Bila sampai sahaja masa itu.. Kami sebagai bekas sahabat² kamu hanya mampu bersimpati dan mengucapkan PADAN MUKA..!
Percayalah lagi kepada UMNO..!
Hi hi..