PM MELALUI DEWAN RAKYAT? BILA MALAYSIA JADI REPUBLIK NI?





Dr. Mahathir bin Mohamad memang suka buat kenyataan drama bersiri, maksudnya kenyataan dia tak habis di situ, ada sambungan... tapi tu sentiasa ada.

Sejak bila di Malaysia ini Ketua Kerajaannya di pilih di dalam Dewan? Sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Negeri? Apakah kita lupa dalam kes klasik pertukaran Menteri Besar Perak selepas Pilihanraya Umum 2008, Mohammad Nizar Jamaluddin ditukar ke Zambry Abd. Kadir hanya melalui perjumpaan tertutup di istana? Dari segi undang-undang, khususnya di Malaysia, ia sudah menjadi "precedent," maksudnya perlantikan mana-mana Ketua Kerajaan selepas itu boleh juga dibuat dengan cara ini, sama ada perlantikan Perdana Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Ingin saya ingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa di Malaysia, yang melantik Ketua Kerajaan negara atau negeri adalah Yang DiPertuan Agong dan Sultan, bukan Dewan Rakyat atau Dewan Negeri. Cukup bagi seorang Yang DiPertuan Agong atau Sultan itu percaya bahawa yang mahu dilantik sebagai Ketua Kerajaan itu memperoleh sokongan majoriti Ahli Parlimen, melalui bukti yang ditunjukkan kepada Baginda, sekali lagi dengan merujuk kepada kes Negeri Perak.

Ingin juga saya mengingatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad, ketika zaman Tun bersama Umno dahulu, Umno pernah diharamkan, dan ketika tempoh itu Ling Liong Sik telah memangku jawatan Perdana Menteri. Saya ingin bertanya, apakah perlantikan itu dirujuk ke Dewan Rakyat terlebih dahulu?

Sistem pilihanraya kita berbeza dengan Indonesia contohnya. Sejak 1957, sistem pilihanraya pelbagai parti kita bukan sekadar mahu memilih wakil rakyat, tetapi juga untuk membentuk kerajaan, yang mana parti yang menang majoriti kerusi atau gabungan parti yang menang majoriti kerusi akan membentuk kerajaan. Parti atau gabungan parti inilah yang akan mencadangkan calon Perdana Menteri kepada YDPA/Sultan, bukan Dewan Rakyat. Ini kita sebut parti pemerintah, bukan Perdana Menteri pemerintah! Ini sistem yang kita pakai...

Jangan duk anggap kita seorang sahaja cerdik, rakyat ni bodoh belaka, boleh dipusing-pusing begitu sahaja!

Zukri Aksah

#keadilan20tahun
Anwar Ibrahim Parti Keadilan Rakyat
Pakatan Harapan