Pemecatan tidak sah, Lokman rujuk peguam
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam mendakwa pemecatannya dari parti itu sebagai tidak sah.
Memetik laporan Awani, Lokman berkata, beliau hanya dimaklumkan berita pemecatan itu oleh seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang menghadiri mesyuarat parti itu baru-baru ini.
Tegasnya, beliau akan merujuk isu pemecatannya itu kepada peguamnya.
“Pemecatan saya tidak sah. Saya akan rujuk pada peguam,” katanya dipetik.
Difahamkan, Lokman yang berada di Jepun atas urusan peribadi menegaskan,
Sementara itu tambahnya, sekalipun dipecat dari UMNO, beliau tidak akan mengubah pendiriannya menentang Pakatan Harapan (HARAPAN) dan tali barut dalam UMNO sendiri.
Kata Lokman, beliau mahu terus setia bersama UMNO dan meneruskan perjuangannya menerusi badan bukan kerajaan, Laskar Siber Malaysia.
“Saya reda dengan tindakan (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid (Hamidi) ini, namun saya tetap setia kepada UMNO,” katanya dalam satu kenyataan.
Lokman menjadi tumpuan selepas mendedahkan rakaman audio Ahmad Zahid yang mencadangkan UMNO menyertai kerjasama Pakatan Nasional bersama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Cadangan Ahmad Zahid itu disuarakan susulan keputusan yang dibuat oleh parti Pas untuk memberi sokongan dalam bentuk kerjasama politik dengan Dr Mahathir.