ISU PERALIHAN KUASA, BUKAN BICARA SOAL DEWAN RAKYAT


Bayangkan, sebaik sahaja kita menang di dalam PRU14 dahulu, Wan Azizah pun berkata

" Kita akan tunai janji untuk Tun M menjadi PM, tetapi terpulang kepada Agong". Agak-agak siapa PM sekarang?

Kita mahu ingatkan Tun, soal peralihan kuasa adalah soal perjanjian di dalam PH iaitu Tun jadi PM sementara sehingga Anwar bebas dari penjara, kemudian boleh berpolitik dan diangkat menjadi PM. Tempuh peralihan kuasa itu Tun M sendiri sebut iaitu tidak lebih dari dua tahun. Ertinya, Tun M wajib selesaikan ini dulu, iaitu letak jawatan PM dan serah kepada Anwar pada bulan Mei ini. Buat yang ini dulu agar Tun tidak lagi berhutang janji dengan PH.

Selesai tugas Tun, tugas Anwar pula adalah untuk mengangkat sumpah sebagai PM yang baru. Waktu ini, samada Anwar mendapat sokongan atau tidak yang boleh meyakinkan Agong, itu bab lain. Itu bukan lagi bidangkuasa Tun dan rakyat tidak lagi menyalahkan Tun kerana beliau telah menunaikan janjinya.

Tidak perlu Tun cakap berbelit-belit untuk melengahkan soal peralihan kuasa ini. Inilah puncanya negara ini kalut dan tidak dapat diuruskan dengan baik kerana soal peralihan kuasa itu tidak jelas. Jangan ambil kesempatan di atas kelembutan Anwar membiarkan Tun bercakap sesuka hati dalam soal penting ini.

Susah sangatkah untuk menunaikan janji sehingga mahu babitkan Dewan Rakyat? Bukankah sewaktu melantik Tun menjadi PM, ianya begitu lancar dan licin tanpa kerumitan kerana semua rakan di dalam PH setia dengan janji yang dibuat. Mengapa untuk melepaskannya nampak sukar dan berbelit?

Tun tidak perlu untuk memperbodohkan rakyat. Kita tidak minta Tun buat lebih dari apa yang telah PH janjikan. Soal Dewan Rakyat, biar PH yang akan uruskan setelah Tun tunaikan janjinya terlebih dahulu.

Melambat-lambatkan atau memberi berbagai alasan bukan boleh menunjukkan Tun ikhlas di dalam hal ini. Kami mendesak agar Tun kembali kepada PH bukannya cuba cari formula lain untuk terus berkuasa setelah plan
" Pakatan Nasional" gagal setelah dikantoikan.

WFAUZDIN NS

No comments: