Sunday, February 9, 2020

MUZAMMIL DAN ABU HAFIZ TELAH GAGAL?


TENGKU SYAFIZRULLAH

1. Akhirnya secara rasmi team Angkatan Baru yang diketuai oleh Muzammil Ismail (MI) mengumumkan untuk bertanding merebut jawatan Ketua ARMADA Nasional yang kini disandang oleh Syed Saddiq.
2. Angkatan baru juga menawarkan Abu Hafiz (AH) untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua ARMADA.
3. Parti yang mengamalkan sistem demokrasi pastinya menganggap pertandingan ini sebagai norma dan ia perlu diraikan.
4. Tetapi pada hari ini, kami ada membaca kenyataan media yang dikeluarkan oleh MI. Dia mengkritik pimpinan ARMADA dengan mendakwa kekalahan di Tanjung Piai hasil daripada manifestasi penolakan anak muda secara total terhadap kepimpinan ARMADA.
5. Angkatan Baru juga dikhabarkan akan memberikan roh perjuangan yang lebih jelas berkaitan Melayu dan Islam jika menang pemilihan nanti.
6. Mungkin MI atau AH telah lupa. Mereka juga sebahagian daripada pimpinan ARMADA. MI menjawat jawatan Exco Perhubungan Antarabangsa, manakala AH pula menjawat jawatan Exco Agama.
7. Jika benar Syed Saddiq telah gagal menarik undi anak muda, maka seluruh pimpinan ARMADA juga patut sama dianggap gagal. Ini bermakna mereka juga gagal!
8. Untuk berlaku adil, kita boleh menilai secara objektif prestasi mereka ketika menjawat jawatan Exco ARMADA dengan bertanyakan beberapa soalan mudah.
a) Berapa ramaikah ahli KBR telah mendaftar menjadi ahli BERSATU? Adakah majoriti mereka masih lagi ahli UMNO?
b) Ada berapa banyak program agama yang telah dilaksanakan oleh AH untuk ARMADA seluruh Malaysia sepanjang menjawat jawatan Exco Agama?
9. Kami biarkan dua soalan mudah ini dihadam dan dijawab oleh mereka sebelum mengulas lebih panjang.
Oleh - Team KSA

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers