PMX BERTEMU RAKYAT PERAK HARI INI

 


Tengah hari tadi saya singgah sebentar ke Warung Pokok Belacan untuk bertemu orang ramai dan mendengar sendiri pandangan dan perkara-perkara yang menjadi kerisauan rakyat.



















Saya kemudian langsung ke Majlis Kenduri Rakyat di sebelah Masjid Al-Muttaqin di Taman Meru. Saya tegaskan bahawa Islam menekankan hubungan solat dan zakat, yang menunjukkan bahawa masjid bukan sekadar tempat ibadah tetapi pusat keprihatinan sosial dan keadilan ekonomi.


Al-Quran sentiasa mengaitkan solat dan zakat. Kupasan Sheikh Yusuf al-Qaradawi menjelaskan hubung kait ini mencerminkan peranan zakat sebagai institusi penting dalam sistem ekonomi Islam, terutama dalam membela golongan miskin dan terpinggir.


Dalam sejarah Islam, pertama kali peperangan diisytiharkan bukan kerana tanah, harta, atau kuasa, tetapi bagi memerangi kelompok yang enggan membayar zakat, sekali gus melemahkan sistem sokongan kepada rakyat miskin. Ini menandakan betapa Islam menjulang tinggi kepentingan menegakkan keadilan sosial.


Kerana itu Kerajaan MADANI menjadikan usaha membantu golongan miskin dan yang memerlukan sebagai keutamaan. Kita sanggup membelanjakan RM13 bilion untuk membantu M40 dan B40 menerusi STR dan SARA, bagi mengurangkan beban kos sara hidup.


Ya, ini bukan penyelesaian mutlak, tetapi langkah penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat tidak diabaikan. Usaha ini akan diteruskan dengan memperkukuh ekonomi, pendidikan serta membentuk rakyat dengan nilai dan akhlak yang mulia.


Saya kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Muttaqin dan menunaikan solat jenazah selepas itu. Khatib Ustaz Abdullah Muhammad Hanif hari ini menyampaikan teguran penting dalam khutbah Jumaat bertajuk “Keburukan Fitnah: Pengajaran Dari Peristiwa al-Ifki”. 


Umat Islam harus menekuni nasihat dan doa dibacakan Khatib, yang memohon kita semua dijauhkan daripada perbuatan memfitnah, menyebarkan fitnah atau menjadi orang upahan melakukan kerja-kerja fitnah.


Sabda Rasulullah SAW:


‏ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ ‏


Maksudnya: Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).


(Hadis Riwayat Bukhari)


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja



LAPORAN POLIS DIBUAT KERANA FITNAH RAZMAN ZAKARIA.


 

JUAI ARAK DI LANGKAWI TAK PA PULAK. DI MANJOI MCA TAK BAGI HENTI JUAI ARAK TAK KECOH LAK.


 

PENJELASAN KES AFDLIN... UNTUNG NO BARU MASUK DAH XSPAT KERJA DENGAN DBKL.


 

BANTUAN UNTUK RAKYAT SABAH DAN SARAWAK YANG DILANDAH BENCANA BANJIR


 Ketika berucap sewaktu Majlis Kenduri Rakyat di Ipoh tengah hari tadi, saya umumkan peruntukan kira-kira RM25 juta untuk memperbaiki segera infrastruktur yang rosak dan musnah akibat banjir, tanah runtuh dan kebakaran di Sabah dan Sarawak.




Peruntukan ini juga merangkumi bantuan segera berjumlah RM1,000 kepada semua keluarga yang terkesan dengan bencana- bencana ini.


Bersama kita doakan keselamatan dan perlindungan buat saudara-saudara kita di Sabah dan Sarawak. Semoga Allah segera mengangkat bencana ini dari bumi Borneo.


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja



Kenyataan Penjelasan Law Yiak Kwang 31.01.2025



 Kenyataan Penjelasan

Law Yiak Kwang

31.01.2025


Salam sejahtera, kawan-kawan semua yang saya hormati.


1. Saya merujuk kepada dua posting Facebook yang kedua-duanya bertarikh 30hb. Januari 2025 yang ditulis oleh pemegang akaun bernama "Liyana Marzuki" dan "Adrian Lim Chee En".






2. Dalam posting Puan Liyana Marzuki, beliau menuduh saya bahawa saya menggunakan perkataan "Melayu gila" dalam posting saya bertarikh 30hb. Januari 2025.


3. Dalam posting Encik Adrian Lim Chee En, beliau memandai-mandai menterjemahkan posting saya bertarikh 30hb. Januari 2025 yang sama tersebut dan menuduh saya bahawa saya menggunakan perkataan "Melayu gila" dalam posting saya.


4. Saya ingin memberi penjelasan kepada kawan-kawan semua bahawa :






4.1 Posting saya tersebut ditulis dalam Bahasa Cina dan dipostkan di akaun Facebook saya bernama "Law Yiak Kwang 刘凡". Saya memang sentiasa menggunakan Bahasa Cina dalam posting saya dalam akaun saya tersebut.


4.2 Perkataan "Melayu gila" tersebut adalah satu penterjemahan yang tidak mencerminkan maksud sebenar perkataan "癫马" yang saya gunakan.


4.3 Perkataan "癫马" tersebut telah diterjemahkan dengan cara bias oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dan cuba mengapi-apikan sentimen perkauman.


4.4 Perkataan "癫" boleh bermakna "gila". Kadang-kala, perkataan ini juga boleh digunakan untuk menyifatkan perangai seseorang yang bertindak tidak mengikut akal.


4.5 Perkataan "马" ada banyak makna. Jika ikut direct translation, Perkataan "马" bermaksud "kuda". Perkataan "马" juga merupakan singkatan kata (abbreviation) kepada nama negara kita yang dicintai kita semua "马来西亚" (Malaysia). Perkataan "马" juga merupakan salah satu nama keluarga bangsa Cina “马” (Mah), contohnya “马汉顺” (Mah Hang Soon).


4.6 Tetapi Perkataan "马" bukan semestinya merujuk kepada perkataan "马来人" (Orang Melayu) walaupun perkataan tersebut bermula dengan “马”。Perkataan "马" bukan singkatan kata (abbreviation) kepada perkataan "马来人" (Orang Melayu). Singkatan kata (abbreviation) kepada perkataan "马来人" (Orang Melayu) ialah “巫”. Contohnya jika kita ingin mengguna singkatan kata dalam Bahasa Cina untuk menyatakan tiga bangsa utama dalam negara kita, iaitu "Cina, Melayu dan India", kita mengguna perkataan “华巫印”, kita tidak akan mengguna perkataan “华马印”.


4.7 Dengan ini, penterjemahan perkataan "癫马" kepada perkataan "Melayu gila" tersebut memang tidak tepat dan tidak mencerminkan maksud sebenar perkataan "癫马" yang saya gunakan.


4.8 Sebenarnya, perkataan "癫马" yang saya gunakan adalah satu perkataan yang biasa digunakan oleh netizen kaum Cina untuk merujuk kepada Yang Berhormat Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, Ketua Pemuda UMNO.


4.9 Perkataan "Akmal" diterjemahkan dalan Bahasa Cina sebagai “阿克马” dengan perkataan “马” di hujungnya. Perkataan "癫马" membawa maksud "Akmal yang sentiasa bertindak tidak mengikut akal".


4.10 Kesimpulan, perkataan "癫马" BUKAN "Melayu gila".


5. Saya berharap kenyataan penjelasan saya yang panjang lebar ini dapat memberikan pencerahan yang terperinci kepada kawan-kawan saya dan seluruh rakyat Malaysia yang saya hormati. Saya berharap kawan-kawan tidak salah faham pendirian saya yang sentiasa menghormati semua kaum di Malaysia atas satu penterjemahan perkataan yang tidak tepat.


6. Saya berasa tidak adil jika pihak tertentu menuduh saya atas satu penterjemahan perkataan yang tidak tepat tanpa penyelidikan yang terperinci. Don't put words in my mouth.


7. Saya merasa geram kerana ada pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan posting saya tersebut untuk mengapi-apikan sentimen perkauman.


8. Saya membaca komen daripada En. Nasir Rahman di mana beliau memaparkan satu gambar yang mempunyai kandungan "penterjemahan" posting saya. Pada mulanya saya menganggap "penterjemahan" tersebut satu kesalahpahaman yang ditimbulkan kerana satu "penterjemahan" yang tidak tepat oleh seorang rakan Melayu yang baru belajar Bahasa Cina dan tidak dapat menguasai sepenuhnya Bahasa Cina.  Tetapi malangnya, saya mengetahui bahawa "penterjemahan" yang tidak tepat tersebut dituliskan oleh Encik Adrian Lim Chee En, seorang kaum Cina yang fasih dalam Bahasa Cina dan tidak mungkin salah faham perkataan "癫马" tersebut dalam Bahasa Cina. Adakah Encik Adrian Lim melakukan "penterjemahan" yang tidak tepat tersebut dengan sengaja? Siapa itu Encik Adrian Lim Chee En? Apakah niat beliau membuat demikian? Saya menyeru semua rakyat Malaysia yang bijaksana membuat penilaian sendiri.


9. Saya menyeru semua rakyat Malaysia agar meningkatkan kewaspadaan terhadap pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dan sentiasa mengapi-apikan sentimen perkauman.


10. Saya memohon maaf jika posting saya menimbulkan sebarang kegelisahan kepada anda semua.


Yang benar,

Law Yiak Kwang

31.01.2025

Pukul 5:10 pagi



WOIII... HANG DOK DALAM 5 BULAN.. BADAN HANG KENA COP NANTI.

 

RMS


Nak pertahankan Islam tapi ugut nak ro**l anak Harris.. Islam kepala hotak nko.





NUSI OH NUSI...

 


HA HA HA..


 

Keh keh keh MACAM TU SAJA.

 


FITNAH' BESAR PAS TERHADAP CITRA BAIK AGAMA ISLAM .


Ridzuan Abu Bakar




Ridzwan Abu Bakar 

PSU Amanah Nasional 


 Salah satu daripada makna 'fitnah' di dalam Al Quran adalah إشتباه الحق بالباطل - menserupakan kebenaran dengan kebatilan - (Imam Tabari) atau dengan makna yang lebih mudah difahami adalah "menjadikan yang batil itu sebagai hak" dengan 'berlakon' atas watak dan wajah agama. 


Saya senaraikan lima 'fitnah' besar terhadap agama yang dilakukan oleh PAS, bersandarkan takrifan Imam At Tabari di atas. 


1. Bermudah- mudahan memberikan gelaran Ulama kepada sesiapa sahaja asalkan berpakaian 'macam' ulama atau hanya kerana petah bercakap dan menyebutkan beberapa istilah agama. Fitnahnya akan berlaku apabila 'cakap' ulama celupan parti itu diyakini dan dipercayai sebagai mewakili agama. Alangkah besarnya fitnah kepada agama ini !


2. PAS 'memusing' tengkok 'nas' yang dihafal oleh mereka, dan digunakan mengikut 'selera' dan 'nafsu' mereka. Sebagai contoh apabila mereka 'berkawan' dengan DAP, maka ayat Mujadalah akan dibaca dan diulas sesuai selera dan nafsu Pas, apabila mereka memusuhi DAP, maka ayat tentang permusuhan pula mereka laungkan. DAP adalah DAP yang sama ketika 'berkawan' dengan PAS dan ketika 'dimusuhi' oleh PAS ! Bukankah 'agama' terfitnah dengan sikap 'sombong' dan 'jahat' PAS ! 


3. PAS adalah juara 'pecah belah' masyarakat, amalan politik 'orang kita' dan melabelkan pihak yang berbeza sebagai 'musuh' Allah, 'jatuh' aqidah dan dakwaan merepek yang lain. Bukankah 'agama' yang dicitrakan oleh PAS tidak bertepatan dengan 'agama' Islam versi Al Quran dan As-Sunnah? Dan inilah fitnah terbesar PAS atas salutan nama agama. 


4. Islam adalah agama yang 'teguh' hujahnya, sementara ia bersifat 'muhkamat' dan 'mutagayyirat', namun semua 'hujah'nya bersifat teguh dan dibincangkan berasaskan kepada kaedah yang telah dibina dan dibentuk !, namun PAS telah membina kaedah tersendiri dengan menjadikan 'maslahah' PAS sebagai 'sandaran' dalam menentukan hujah dan hukum. Ini bukan 'tuduhan', bahkan inilah amalan yang berlaku dalam PAS, contohnya dalam 'kes' saman LGE terhadap Mastura, lihat apa kata Mursyidul Am PAS, bukankah 'maslahah' PAS yang diutamakan ? 


5. Antara sendi Iman yang tertinggi adalah 'beriman' kepada ketentuan baik dan buruk yang ditentukan oleh Allah, adapun PAS - sebahagiannya - terlalu berani untuk menentukan 'tempat kembali' manusia bersandarkan pegangan politik semata-mata. Ini adalah 'fitnah' kepada citra agama yang dimainkan oleh PAS ! 


Ini bukan jawapan kepada dakwaan 'budak kayaiaq' PAS ! Namun, atas premis 'siapakah yang membawa fitnah kepada agama' kita bersedia untuk 'berdebat' bila-bila dan di mana-mana sahaja. 


Intaha !



NI SPESIS WALAUN TAPI DI INDON

 


Kira-kira 100 orang dari pelbagai kumpulan hak asasi manusia dan kesatuan pekerja bertindak agresif melemparkan telur di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta, pada Khamis.



Tindakan itu bagi membantah kes tembakan membabitkan warga Indonesia pada 24 Januari lalu di perairan Tanjung Rhu, dekat Banting, menyebabkan seorang terbunuh dan empat yang lain cedera. 


Dalam insiden itu, seorang pekerja asing Indonesia berumur 50 tahun ditembak mati manakala empat lagi cedera selepas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melepaskan tembakan ke atas bot mereka selepas didakwa menceroboh perairan Malaysia.


#SINARKongsi Sumber : @sinarharian / Kompas.com



PMX MEMULAKAN LAWATAN KERJA DI PERAK.

 


Memulakan lawatan kerja di Perak pagi ini dengan meraikan sambutan Tahun Baharu Cina di Majlis Rumah Terbuka Dewan Perniagaan dan Industri Cina Negeri Perak (PCCCI) di Ipoh.








Terima kasih atas sambutan begitu meriah dan keunikan persembahan muzik yang menggabungkan kesenian pelbagai kaum, menggambarkan semangat sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan oleh pelbagai kaum di Malaysia.


Ketika berucap, saya gesa seluruh rakyat ini mengutamakan kepentingan negara tanpa mengira kaum, agama, negeri dan wilayah dalam usaha meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan negara. Usaha ini tidak harus terikat dengan kepentingan kaum atau wilayah yang cuba dimainkan kelompok kecil untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat.


Isu-isu yang melingkari rakyat adalah masalah bersama. Kerana itu Kerajaan MADANI melancarkan inisiatif seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang dinaikkan kepada RM13 bilion tahun ini, kepada rakyat tanpa mengira kaum bagi meringankan beban peningkatan kos sara hidup yang melanda seluruh dunia.


Kerajaan juga putuskan untuk meningkatkan gaji penjawat awam bermula tahun ini kerana tiada kenaikan kepada mereka sejak 12 tahun lalu. Tatkala Kerajaan ini menuntut penjawat awam meningkatkan kecekapan, kepantasan dan kecekapan, pengiktirafan ini wajar diberikan kepada mereka.


Semua inisiatif ini hanya mampu dilaksanakan kerana ekonomi negara yang semakin kukuh hasil kestabilan politik dan perpaduan dalam kalangan rakyat. Negara ini punya potensi baik sekiranya kita berusaha memartabatkan negara dengan kepentingan yang sama, ketimbang mencetus pergaduhan yang merosakkan.


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja



BILA RAKYAT MALAYSIA PUNYA ADAB YANG BAIK


 Ahmad Norazlan. 


Sejak dahulu Malaysia 🇲🇾 dan Thailand 🇹🇭 silih berganti mengungguli kedudukan pertama dan kedua kerana sikap majoriti rakyatnya yang beradab.




TRUMP KATA PINDAH, ANWAR MATA KITA BINA SEMULA GAZA MELALUI WAKAF DAN DERMA.


 Trump kata..pindahkan semua rakyat Palestin ke tempat lain. 








PMX Anwar kata..kita bina Bandar Malaysia di Gaza.


Kenyataan PMX adalah penting sekaligus menolak gesaan untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.


PMX juga dilihat sebagai pemimpin utama Islam dalam soal Palestin, dan sebab itu Jepun minta untuk Malaysia ketuai bersama dana pembangunan Palestin dari ASIA TIMUR.


Maksudnya dana besar bukan dari Malaysia..tapi dari negara Asia Timur.


Bandar Malaysia pula bukan dana dari wang cukai rakyat Malaysia..


Tapi dari derma dan waqaf.


Nak sumbang...silakan..tak nak tak apa..


Jangan hanya tahu nak kecam..

Bersyukur lah dengan nikmat keamanan dan kemakmuran ekonomi yang Allah kurniakan kepada negara kita.


Fairul al Qasas



APA ITU MASYARAKAT MADANI- INI PENJELASANNYA.

 


NAMPAK.. PUNYA LA PURA PURA... NAK UNDI JA KOT. SAMPAI MERAPU CAM GINI.

 


JEMPUTAN MEDIA - ADUAN POLIS & ADUAN SKMM TERHADAP LAW YIAK KWANG (MCA JOHOR) KERANA HINA ISLAM, PERSENDA PERDANA MENTERI MALAYSIA & CUBAAN CETUS ISU PERKAUMAN AGAMA DAN ANTARA PARTI KOMPONEN KERAJAAN


 JEMPUTAN MEDIA -


ADUAN POLIS & ADUAN SKMM TERHADAP LAW YIAK KWANG (MCA JOHOR) KERANA HINA ISLAM, PERSENDA PERDANA MENTERI MALAYSIA & CUBAAN CETUS ISU PERKAUMAN AGAMA DAN ANTARA PARTI KOMPONEN KERAJAAN


Maka saya merujuk pada beberapa muat naik status muka buku (FB) yang telah dibuat oleh ahli MCA Johor Pasir Gudang (?) bernama Law Yiak Kwang (melalui dua buah akaun FB) yang dilakukan oleh beliau beberapa hari lalu termasuklah yang dikongsi sejak November 2024 (Status - gambar - video TikTok).


Ternyata semuanya adalah dengan jelas bertujuan menghina agama Islam, cubaan merosakkan imej Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan integriti Kabinet dengan pelabelan negatif terbuka terkini apabila mempertikaikan berhubung pengumuman Kerajaan Malaysia yang prihatin mahu turut serta memberi bantuan membina semula Gaza Palestin, serta berniat mahu mencetuskan provokasi antara kaum dan agama dengan melibatkan / memburukkan beberapa pimpinan utama parti DAP sebagai sasaran politik serangan sempit beliau dalam media sosial.


Kesemua bukti-bukti muat naik status beliau (lebih daripada 20) yang biadap dan keterlaluan termasuklah menggunakan kata-kata kesat akan dilampirkan dan dipaparkan setelah aduan polis dilakukan.


Oleh itu satu laporan polis akan dilakukan pada hari ini Jumaat 31 Januari jam 3 petang di IPD Sentul.


Dijemput semua media untuk hadir bersama membuat liputan.


Rozan Azen Mat Rasip

0162154728 / 01121326782

Naib Ketua KEADILAN

Cabang BATU WP


*Jumaat 31Januari 2025*



SEMOGA PBT IKUT LANGKAH DBKL DALAM ISU TAPAK BAZAAR RAMADHAN

 

Mohd Norazlan. 


Semoga diikuti oleh PBT lain di seluruh negara demi kebaikan pengurusan dan pengurangan kos kepada peniaga kecil.



Diharap ianya akan turut meliputi Pasar Malam dan Uptown serta lain-lain tapak niaga di tempat awam di seluruh negara.


Peniaga yang menjual tapak niaga diambil tindakan tegas kerana penyelewengan.


Fenomena peniaga payung terjun yang menyelit secara haram dibanteras.


Para peniaga yang berasa berlaku penyelewengan pengurusan oleh pihak PBT boleh sahaja melaporkan kepada pihak SPRM untuk siasatan, beserta bukti kukuh.


Budaya samseng di tapak niaga dihapuskan  secara tuntas oleh pihak PDRM.



HAAAAA.. PEMIMPIN MELAYU KENA PILIH YANG BODO, KAKI FITNAH, SEMBANG BABI PUN TERBANG... BARU MAJU MELAYU... CUBA PI BELAH GUNUNG SEMANGGOL.. BERAPA BANYAK KAWASAN TU JUTAWAN, RUMAH SEMUA BANGLO KAWASAN TU..


 

KENA PILIH ORANG MACAM NI... KERJA TAKUTKAN MELAYU. NI NAK HANTAR KE JORDAN BAGAI.

 


Mangsa Banjir Terus Meningkat, PM Anwar Arah Perkemas Koordinasi NADMA

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan ketika ini adalah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan terkesan. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus meningkat dengan keseluruhan 10,647 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu setakat 6 petang tadi.

Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 6,718 orang daripada 1,825 keluarga berbanding 5,385 orang pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, kesemua mereka ditempatkan di 49 PPS di negeri itu dengan Bintulu merekodkan jumlah mangsa teramai iaitu 1,888 orang, diikuti Serian (1,501) dan Tatau (1,045).

Sebuah pikap mengharungi banjir di Jalan Stabau-Durin yang merupakan antara jalan di pinggir Bandar Sibu ditenggelami banjir pada Khamis. Foto Bernama

Di SABAH, jumlah mangsa di negeri itu meningkat kepada 3,929 mangsa daripada 1,365 keluarga pada petang ini berbanding 2,240 mangsa pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan 29 PPS dibuka di 10 daerah dengan Kota Marudu menjadi daerah paling ramai mangsa banjir iaitu 2,355 orang.

Ia diikuti Pitas dengan 379 mangsa, Lahad Datu (316), Telupid (243), Beluran (177), Kota Belud (162), Sandakan (118), Beaufort (102), Tongod (54) dan Paitan merekodkan 23 penduduk terjejas.

Sehubungan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkaitan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkukuh jentera dan koordinasi berikutan situasi banjir di Sabah dan Sarawak yang semakin memburuk.

Beberapa rumah ditenggelami banjir dari limpahan air dari Sungai Labuk akibat hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu di Kampung Ganah Jati, Telupid, Sabah ketika tinjauan pada Khamis. Foto Bernama

Perdana Menteri berkata, keutamaan ketika ini adalah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan terkesan.

“Berdukacita menerima perkhabaran situasi banjir yang semakin buruk di Sabah dan Sarawak, saya zahirkan simpati pada ribuan saudara kita di sana yang terkesan dengan bencana ini.

“Saya juga mengarahkan NADMA memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi persekutuan dan negeri,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook rasminya, hari ini.

Anwar turut memaklumkan Jabatan Pendidikan Negeri di kedua-dua negeri terbabit turut diarah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas, dapat menjalani peperiksaan dengan selamat dan kondusif.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan ketika ini adalah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan terkesan.

Selain itu, Anwar turut mengarahkan Skuad Ihsan MADANI turun membantu mangsa banjir di PPS serta bersiap siaga bagi penugasan pasca banjir.

“Moga semua mangsa yang terkesan diberi kesabaran dan ketabahan sepanjang tempoh musibah ini melanda,” katanya.



TERKINI: Bantuan Awal Banjir RM1,000 Kepada KIR Berdaftar Di PPS

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan ketika ini adalah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan terkesan.

BINTULU, 30 Jan – Kerajaan hari ini mengumumkan bantuan awal berjumlah RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Bantuan itu adalah komitmen kerajaan Persekutuan dalam membantu meringankan beban mangsa yang berdepan situasi mencabar akibat bencana banjir.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai bantuan lain yang diperlukan setelah mendapat laporan penuh daripada bahagian jawatankuasa bencana daerah.

Beberapa rumah ditenggelami banjir dari limpahan air dari Sungai Labuk akibat hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu di Kampung Ganah Jati, Telupid, Sabah ketika tinjauan pada Khamis. Foto Bernama

Fadillah turut menasihatkan mangsa banjir supaya mematuhi segala arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan dan bantuan sewajarnya dapat disalurkan.

Mangsa banjir juga diminta mendaftar dengan pusat pemindahan dan menghubungi pejabat daerah ataupun pejabat residen untuk mendapatkan bantuan.


Patut semua orang ini saman dia ni. Rupanya ramai lagi kena kutuk dalam video penuh ucapan Razman




 

Video ucapan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang berdurasi lebih panjang sekitar enam minit tular di media sosial selepas beliau mendakwa ucapannya memfitnah Hannah Yeoh sebenarnya telah ‘dipotong’.


Dalam video itu, banyak perkara yang dibangkitkan Adun Gunung Semanggol itu termasuk memetik nama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri KPKT Nga Kor Ming.


Dalam ucapan itu, beliau mendakwa Kor Ming akan meneruskan dasar penjualan arak di kawasan majoriti Melayu.


“Hari ini menteri KPKT Nga Kor Ming telah menyatakan dia akan meneruskan dasar penjualan arak di kawasan majoriti Melayu. Apa tujuannya? Nak jual arak dekat orang Melayu ke? Dia tidak boleh membuat dasar itu kalau Zahid dengan Saarani tak sokong,” katanya.


Hasil semakan, Kor Ming hanya menyarankan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengekalkan ‘status quo’ berhubung jualan minuman keras di premis perniagaan tertentu atas tujuan keadilan.

Beliau berkata, ketetapan itu bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum selain mengelak dijadikan sentimen politik.


Sementara itu dalam ucapan sama, Razman juga didengar menempelak Kor Ming dalam isu sambutan Krismas di kementeriannya.


Untuk rekod, kakitangan KPKT yang terlibat menyanyikan lagu Krismas adalah pegawai dari Sabah dan Sarawak, yang majoritinya berketurunan Kadazan yang meraikannya.


Selain itu wakil rakyat Pas berkenaan turut menyentuh tentang isu bendera terbalik dan bendera China yang beberapa kali menjadi kontroversi.


“Selepas dia jadi menteri apa dia buat? Dia anjurkan Sambutan Hari Krismas, ajak orang Melayu kita menyanyi lagu hari Krismas sedangkan ini tidak boleh orang kita menyambut bersama-sama.

“Apabila mereka (DAP) jadi menteri, berlaku pula bendera terbalik. Apa tujuannya bendera Malaysia terbalik? Tak pernah berlaku.


 Sebaliknya mereka mengibarkan bendera China. Betul ke tak betul?


“Bendera kita terbalik, bendera China dikibar dengan meluas,” katanya.


Video itu kemudian disusuli dengan fitnah terhadap Hannah Yeoh.

Ia menarik perhatian ramai yang menganggap cubaan tindakan pemimpin Pas itu menanam jarum kebencian sudah berjaya.


Mereka juga menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap pemimpin Pas itu yang dianggap melampau menyebarkan sentimen perkauman dan kebencian.