TERKINI: Bantuan Awal Banjir RM1,000 Kepada KIR Berdaftar Di PPS

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan ketika ini adalah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan terkesan.

BINTULU, 30 Jan – Kerajaan hari ini mengumumkan bantuan awal berjumlah RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Bantuan itu adalah komitmen kerajaan Persekutuan dalam membantu meringankan beban mangsa yang berdepan situasi mencabar akibat bencana banjir.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai bantuan lain yang diperlukan setelah mendapat laporan penuh daripada bahagian jawatankuasa bencana daerah.

Beberapa rumah ditenggelami banjir dari limpahan air dari Sungai Labuk akibat hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu di Kampung Ganah Jati, Telupid, Sabah ketika tinjauan pada Khamis. Foto Bernama

Fadillah turut menasihatkan mangsa banjir supaya mematuhi segala arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan dan bantuan sewajarnya dapat disalurkan.

Mangsa banjir juga diminta mendaftar dengan pusat pemindahan dan menghubungi pejabat daerah ataupun pejabat residen untuk mendapatkan bantuan.


No comments: