JEMPUTAN MEDIA - ADUAN POLIS & ADUAN SKMM TERHADAP LAW YIAK KWANG (MCA JOHOR) KERANA HINA ISLAM, PERSENDA PERDANA MENTERI MALAYSIA & CUBAAN CETUS ISU PERKAUMAN AGAMA DAN ANTARA PARTI KOMPONEN KERAJAAN


 JEMPUTAN MEDIA -


ADUAN POLIS & ADUAN SKMM TERHADAP LAW YIAK KWANG (MCA JOHOR) KERANA HINA ISLAM, PERSENDA PERDANA MENTERI MALAYSIA & CUBAAN CETUS ISU PERKAUMAN AGAMA DAN ANTARA PARTI KOMPONEN KERAJAAN


Maka saya merujuk pada beberapa muat naik status muka buku (FB) yang telah dibuat oleh ahli MCA Johor Pasir Gudang (?) bernama Law Yiak Kwang (melalui dua buah akaun FB) yang dilakukan oleh beliau beberapa hari lalu termasuklah yang dikongsi sejak November 2024 (Status - gambar - video TikTok).


Ternyata semuanya adalah dengan jelas bertujuan menghina agama Islam, cubaan merosakkan imej Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan integriti Kabinet dengan pelabelan negatif terbuka terkini apabila mempertikaikan berhubung pengumuman Kerajaan Malaysia yang prihatin mahu turut serta memberi bantuan membina semula Gaza Palestin, serta berniat mahu mencetuskan provokasi antara kaum dan agama dengan melibatkan / memburukkan beberapa pimpinan utama parti DAP sebagai sasaran politik serangan sempit beliau dalam media sosial.


Kesemua bukti-bukti muat naik status beliau (lebih daripada 20) yang biadap dan keterlaluan termasuklah menggunakan kata-kata kesat akan dilampirkan dan dipaparkan setelah aduan polis dilakukan.


Oleh itu satu laporan polis akan dilakukan pada hari ini Jumaat 31 Januari jam 3 petang di IPD Sentul.


Dijemput semua media untuk hadir bersama membuat liputan.


Rozan Azen Mat Rasip

0162154728 / 01121326782

Naib Ketua KEADILAN

Cabang BATU WP


*Jumaat 31Januari 2025*



No comments: