HUJAH-HUJAH ANWAR MEMBAHAS BAJET 2021

 

Hari ini saya selaku Ketua Pembangkang telah membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat.

Saya memulakan perbahasan dalam kerangka atau konteks kebijaksanaan keputusan Raja-Raja Melayu untuk tidak membenarkan pengisytiharan darurat oleh kerajaan dan kabinet.

Apa yang diputuskan oleh Raja-Raja Melayu ini penting kerana ia melindungi Perlembagaan dan demokrasi kita dari diinjak oleh beberapa watak yang tidak bertanggungjawab.

Justeru keabsahan kerajaan ini akan terus dipersoal dan disanggah melalui Parlimen. Meski saya puji kesungguhan kerajaan dan Menteri Kewangan dalam membina muafakat yang ampuh bagi kita mendepani serangan dan dampak wabak COVID-19, Menteri Kewangan tidak langsung menyebut atau mengangkat enam syor dari Pakatan Harapan semasa pembentangan Belanjawan 2021.

Kejujuran dan niat kerajaan dan kementerian kini dipersoal apakah ia benar-benar serius mahu merangkul kekuatan untuk membendung wabak COVID-19.

Saya teruskan perbahasan dengan mempersoal bagaimana mungkin Kementerian Kewangan dapat meramalkan pertumbuhan KDNK sebanyak 8.6-9.6% bagi tahun 2021 dan pertambahan hasil yang tinggi sedangkan unjuran pertumbuhan yang rendah telah dibuat oleh badan-badan antarabangsa seperti World Bank dan IMF, dan juga Bank Negara sendiri.

Justeru dari mana angka ini diperolehi oleh Kementerian Kewangan? Atas pertimbangan apa?

Saya turut mempersoalkan unjuran yang tidak munasabah melibatkan cukai korporat dan cukai individu. Tindakan Kementerian untuk menggunakan dana dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) sebanyak RM10 bilion bagi tahun 2020 dan 2021 adalah tidak wajar bagi mengelabui angka sebenar hasil negara.

Kerajaan juga dilaporkan akan menerima hasil bukan cukai bernilai sebanyak RM14.046 bilion. Apakah ini melibatkan aset negara? Atau ia akan dijual kepada kroni? Apakah ia akan dijalankan dengan secara tender terbuka atau kembali pada amalan lama?

Sebelum mengakhiri perbahasan, saya berikan mesej yang jelas bahawa belanjawan kali ini dicanang sebagai ‘Belanjawan COVID-19’. Namun angka dan unjuran pendapatan menimbulkan pelbagai persoalan serta keraguan. Jumlah perbelanjaan tidak menunjukkan tekad yang serius bagi menangani pandemik ini.

Saya juga mencadangkan peruntukan wang bagi Kumpulan Wang COVID-19 ditambah melalui peruntukan perbelanjaan pembangunan.

Dengan adanya peruntukan yang mencukupi di dalam Kumpulan Wang COVID-19, barulah kita akan mampu menangani kesan wabak COVID 19 pada ekonomi negara.

Kita perlu memperuntukan wang bagi memastikan aliran tunai kepada rakyat dan syarikat, bukannya projek mega kroni.

Saya turut mengingatkan kerajaan untuk mengkaji semula belanjawan ini. Kita diminta untuk menyokong dengan andaian ini belanjawan COVID-19, maka pandangan saya kita akan hanya menyokong jikalau benar kerajaan serius menangani dampak wabak.

ANWAR IBRAHIM/9 NOVEMBER 2020.


Anwar: No guarantee Budget 2021 will be easily passed unless demands met

TAK LANTIK DIA SEMULA JADI KP JASA, BERBUNYILAH..KAH......

 Peruntukan lumayan JASA untuk taja portal berita?

malaysiadateline.com
Peruntukan lumayan JASA untuk taja portal berita?
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KMM) tidak seharusnya bersikap defensif dengan menafikan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) tiada kaitan politik dengan kerajaan. Menerusi hantaran Facebooknya, beliau mempersoalkan sekiranya Datu...


TAK LANTIK DIA SEMULA JADI KP JASA, BERBUNYILAH..kah kah

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KMM) tidak seharusnya bersikap defensif dengan menafikan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) tiada kaitan politik dengan kerajaan.

Menerusi hantaran Facebooknya, beliau mempersoalkan sekiranya Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan menggunakan JASA sebagai jentera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 kelak.

Menurutnya juga, ada kemungkinan Menteri KMM itu akan menggunakan peruntukan besar sebanyak RM85.5 juta untuk menaja portal politik tertentu.

 

YB KALAU NAK JADI MODEL KENA TEGUR

 Image may contain: 5 people, people sitting, table, child and outdoor, text that says "young.syefura Avani Sepang Goldcoast Resort"


IBRAHIM MAT ISA

Semoga akan menjadi iktibar kepada YB yang lainnya. Aku cukup tak gemar nak tularkan sahabat sendiri tapi sebab beliau wakil rakyat, aku wajib tegur juga.

Memang riuh rendah sudah di Twitter dan Instagram.

Antara ayat yang kelakar seram dari komen warga sosmed ialah:

"Aku tinggal di Batam. Hari-hari aku berulang alik ke Haadyai di mana aku kerja dan bermastautin. Sebab itu anda sering nampak aku berkeliaran di Haadyai"

Nampak kan bagaimana warga sosmed yang otak cerdas lakukan troll dengan selamba? Kebetulan ini lagi pandemik dan ramai kita kena lockdown.

Jadi tolonglah waibi jangan bingai sangat. Kita maki waibi atau menteri PAS tapi dalam masa sama waibi sekutu kita pun nak glamer bingai macam waibi PAS.

Tak rugged lah!

Abg Baim say Please ya... 


INIKAH SENARAI YANG DAPAT PERUNTUKAN DARI JASA???

 

NIZAM AKA

Inilah senarai nama AJK NGO Pengerak Komuniti yang mendapat peruntukan bajet 2021 sebanyak Rm8.1 juta..Rata-rata adalah bekas-bekas ahli PKR yang mengekori Jemin Semburit..Malah ada di kalangan AJK NGO itu yang pernah tewas dalam merebut jawatan Ketua Cabang Pasir Puteh dalam pemilihan Keadilan 2018 lalu..Ini semua adalah tentera-tentera politik Jemin Semburit dan Mak Lampir..Jangan khianati bajet 2021 dengan mengagih-agihkan kepada pemain-pemain politik kepartian..Rakyat Menderita,Tapi Kamu Masih Nak Bergembira?
#bajetsampah
#bajetmerapu
#bajetmengarut
#bajethuruhara 

See less

 



APA GUNA DUIT KWSP

 Salam. 

Duit KWSP tu, tujuannya untuk apa?...untuk pelaburan masa depan @ persediaan kewangan selepas persaraan.

Tetapi, lebih kurang 40% pencarum yang tidak pernah sempat menggunakan wang tersebut kerana mereka 'PERGI' sebelum usia  50 dan 55 tahun. Jika dia letak penama, mungkin dapat pada ahli keluarganya. Jika dia tiada waris? @ pencarum itu tidak meletakkan penama.... AMANAH RAYA akan menguruskannya pula. Jika ada tuntutan (dari ahli keluarga) mungkin urusan yang paling cepat di proses oleh AR lebih kurang 3-4 tahun. Kebiasaanya, urusan akan selesai lebih daripada 5 tahun. Dalam tempuh 3-5 tahun tersebut sahaja pun...banyak sebenarnya AR dan KWSP mendapat keuntungan hasil pelaburan (biasa @ tetap) dan juga faedah simpanan bank dari duit para pencarum-pencarum tersebut. 

Kita semua tahu bahawa simpanan KWSP yang terkini adalah berjumlah RM932 billion. Sebelum Covid-19 melanda, lebih kurang RM700 juta sebulan berjaya di kutip oleh KWSP. Mungkin sekarang dah berkurangan kerana ramai pekerja-pekerja tersebut telah hilang pekerjaan. Di anggarkan lebih 4 juta rakyat Malaysia telah menjadi 'penganggur segera' sejak dari bulan MARCH 2020. 

Adakah 'penganggur-penganggur' itu semua akan menyangka bahawa hari ini mereka sudah kehilangan kerja?. Adakah rakyat Malaysia juga meminta keadaan sebegini?. Orang yang bekerja pun, ramai jugak yang telah di potong gaji dan elaun. OT pun dah tiada. Dulu boleh jugaklah dapat RM 2,000-RM2500. Bila dah di potong gaji, elaun atau OT..dapatlah RM1,200-RM1,500 sebulan. Dah beli motor untuk bekerja. Bayaran rumah, bil air dan eletrik masih nak kena bayar juga. Bahan dan barang-barang makanan sesisi rumah dan sebagainya pun nak kena ada. Dah berapa semua tu?

Jika PM @ Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi ada akal yang waras..tak mungkin mereka suka memperlakukan @ melihat rakyat-rakyat yang dalam kesusahan seperti hari ini. 

Jadi, setelah mereka bersusah payah bekerja dan segala titik-titik peluh mereka ketika mengerah tenaga bagi membantu keluarga dan Negara..kini mereka perlukan sedikit ikhsan KERAJAAN dengan melonggarkan syarat-syarat pengeluaran wang KWSP. Duit dari susah payah mereka sebenarnya itu. 

Mungkin bagi orang-orang KERAJAAN terutama Menteri-menteri mereka tidak begitu terkesan dengan masalah ini. Mungkin bukan saat dan hari ini lah, kan?. Tetapi, mereka yg bekerja swasta...amat-amat memerlukan bantuan dengan mengeluarkan wang simpanan mereka sendiri. Sekurang-kurangnya, dapatlah mereka berfikir dan berusaha untuk berniaga dan sebagainya. Dalam keadaan ekonomi yg buruk dan teruk seperti sekarang...mampukah mereka mendapatkan pekerjaan lain?. Tak mungkin lah...kan?. Jadi, PM dan penasihat2 KERAJAAN jgn terlalu sombong, biadap dan angkuh terhadap rakyat2 yg kini menderita di tahap sengsara. 


Jika KERAJAAN tidak berbuat sesuatu...saya yakin lebih banyak kes-kes atau kejadian-kejadian seperti di bawah akan berlaku:

1. Kes jenayah....rompak, curi, rogol, bunuh dan sebagainya.

2. Kes perceraian yang akan melambak-lambak.

3. Kes-kes penderaan fizikal dan mental semakin bertambah dan semakin tetuk. 

4. Peningkat kes pesakit-pesakit mental.

5. Kehidupan dan tahap sosial masyarakat akan berubah 360 darjah, dan..


Banyak lagi sebenarnya. Muhyiddin, rakyat tidak akan menyalahkan pandemik covid-19...tetapi mereka akan tetap menyalahkan kamu dan KERAJAAN kamu ini. 

Cukup-cukuplah kamu bermain dengan politik yang turut mengheret rakyat ke lembah kehinaan dan penderitaan. Buangkanlah segala ego kamu itu. Tak kemana pun kamu boleh pergi. Jgn cuba nak menongkat langit. Ingat...kamu pun akan MATI sikit masa nanti.!!!. "Kullu nafsin dzaa iqotul mauut!!!"


Tq. 

Ikhlas, jujur dan benar,

Mohd Asri Bakar.



BAJET 2021-SELAMATKAN DEMOKRASI ATAU NYAWA POLITIK

 

1. Seluruh negara tertumpu Jumaat lalu (6hb Nov) untuk mendengar Bajet 2021. Ini pertama kali Bajet Negara tahunan dibuat semasa era norma baharu dan dalam keadaan kerajaan yang tidak bermandat. Isu demokrasi dan keabsahan perundangan kerajaan PN telah membawa kepada krisis politik tidak bersudahan.

2. Era pendemik sebenarnya adalah peluang untuk menangani krisis politik. Sedari awal, saya menyatakan bajet ini perlu menjadi bajet dwi krisis. Pembentangan bajet adalah ruang untuk mencipta peluang berganjak dari keadaan politik sedia ada kepada cara baru dan pemikiran baru urusan pemerintahan pasca covid.

3. Sebelum ini ketika PH memerintah, hasrat anjakan kepada politik baharu cuba diperkenalkan dari sudut undang-undang dan kebebasan instituisi parlimen serta hak bermaklumat. Ini termasuk hasrat memaknai Islam dalam konteks negara yang penuh kerahmatan jauh dari unsur kebencian. Hasrat tersebut diterjemahkan dalam polisi ‘menggantung akta hasutan’, menolak ‘akta berita-palsu’ dan memperkenalkan dasar Islam Rahmah dengan peruntukan 10juta dalam perbelanjaan 2020.

4. Instituisi propa seperti JASA yang melibatkan bajet untuk ‘mensolekkan’ kecurangan pentadbiran kerajaan dihapuskan oleh PH dan telah menjimatkan purata RM23juta (tahunan) yang dianggap hanya untuk kepentingan propaganda destruktif. Usaha anjakan oleh PH merupakan aspirasi rakyat yang mahukan demokrasi yang lebih segar supaya negara dapat memacu kehadapan. Malangnya hanya 22 bulan berusaha semuanya terbantut angkara pembelotan yang terancang melibatkan pelanggaran demokrasi yang kini tercedera dan remok.

5. Saya mengharapkan peruntukkan yang menyuntik kesegaran demokrasi tetapi langsung tidak disentuh. Walhal demokrasi adalah jaminan utama terhadap kejayaan teras untuk selamatkan nyawa dan kelangsungan kehidupan (saving life and livelihood). Kita tidak boleh selamatkan nyawa tetapi pada waktu yang sama menyekat kebebasan dan hak bermaklumat melalui peruntukan undang-undang yang masih mengengkang kebebasan ini seperti akta hasutan dll.

6. Kita menjangkakan dalam menangani krisis politik, satu peruntukan secara dasarnya yang saya namakan sebagai Inisiatif Konsolidasi Demokrasi (IKD) perlu diwujudkan. Segala ketidaktentuan dan kerapuhan suasana politik akibat pelanggaran pasca Feb 2020 perlu dipulihkan dan diperbaiki sebelum kita bercakap tentang perpaduan nasional atau rekonsiliasi. Terimalah hakikat bahawa krisis politik yang menjadi pendemik masih menular dengan simptom kemorosotan kepercayaan (trust deficit) terhadap kerajaan hari ini menjadi semakin meruncing.

7. Inisiatif Konsolidasi Demokrasi diperlukan sebagai vaksin (penawar) pendemik politik supaya demokrasi baru yang lebih matang dapat berkembang dan bagi memastikan tidak lagi berlaku pelanggaran. Proses konsolidasi atau mempertemukan segala jurang demokrasi antara prinsip dan pelanggaran adalah langkah awal menguruskan krisis politik yang kita hadapi hari ini. Kalau gencatan politik adalah langkah awalnya maka konsolidasi demokrasi adalah perinciannya. Sekadar seruan gencatan tanpa apa-apa langkah seterusnya ialah slogan kosong yang tidak menjaminkan krisis akan berulang.

8. Satu Suruhanjaya Konsolidasi Demokrasi rentas semua parti perlu diwujudkan untuk perincian mengenal pasti pelanggaran prinsip demokrasi termasuk perundangan yang terdedah kepada salah guna untuk sekatan hak bersuara. Ini termasuk dalam mempertahankan pilihanraya bebas, kehakiman yang bebas dan mengupayakan masyarakat sivil yang lebih mantap. Begitu juga konsultasi rakyat supaya keterlibatan mereka didengari untuk memperkukuhkan pilihan demokrasi sebagai landasan negara. Kebencian antara kaum dan agama yang berpotensi menjadi alat kebencian dan menjejaskan usaha perpaduan perlu ditangani dengan perundangan khusus menjenayahkan kebencian.

9. Tiba masanya peruntukan satu Mahkamah Perlembagaan yang bebas secara khusus yang akan memuktamadkan berbagai intepretasi perlembagaan dalam krisis politik. Memelihara mandat rakyat adalah yang terutama dalam prinsip demokrasi maka satu peruntukan akta pemeliharaan mandat perlu wujud supaya rakyat lebih yakin wakil sah mereka tidak membelot dari mandat yang diberikan. Namakanlah apa sahaja seperti ‘anti-lompat’ namun pada terasnya ia adalah untuk menghormati mandat rakyat.

10. Malangnya bajet 2021 bukan untuk konsolidasi demokrasi tetapi bajet ini ambil kesempatan untuk konsolidasi kuasa PN yang dipertikaikan melalui peruntukan besar 81juta JASA yang hanya akan melumpuhkan lagi kecederaan demokrasi negara kita. Kita akan menjangkakan JASA menjadi alat pembelotan demokrasi dipertahankan dan suara membantah akan didiamkan melalui akta hasutan, kanun kesiksaan dan akta skmm.

Sementara saya bersetuju tujuan selamatkan nyawa dan kelangsungan kehidupan diperlukan tetapi saya akan menolak jika pemulihan demokrasi yang teruk dilanggar diabaikan oleh kerajaan dalam bajet ini!

DS Dr Mujahid Yusof Rawa, Naib Presiden AMANAH/Ahli Parlimen Parit Buntar.

9/11/2020.




YANG INI MELAYU PANDAI-LEBONG , GUNA AGAMA, JUAL MINYAK

 

RINA HAMZAH


Tahniah rakyat Kelate. Pembangunan sengaja dilambatkan kerana nak percepatkan gaji YB Adun korang naik..

JANGAN DENGKI !!!.. Pembangunan Kelantan dilambatkan sebab Allah yang tentukan..

SR


Image may contain: 2 people, text that says "UNTUK RAKYAT UNTUK POLITIKUS BERITA 17 Shares A+ A- BERITA 141 Shares A- Pembangunan Kelantan sengaja dilambatkan DUN Kelantan lulus kenaikan gaji Adun, exco Diterbitkan 20 Dec 2017, 12:25 pm SENGAJA LAMBATKAN Diterbitkan Hari ini 9:40 am SR uara.rakyet CEPAT LULUSKAN"


 

BANGSA CINA CAKAP MENGENAI MINYAK SAWIT, MENTERI TAK BUAT APA APA KAH?

 

Teresa gesa kerajaan tambah peruntukan industri minyak sawit

Oleh Teresa Kok

(Ahli Parlimen Seputeh dan mantan Menteri Industri Utama)

Sebagai mantan Menteri Industri Utama, saya merasa gembira peruntukan kepada kementerian ini ditambahkan berbanding dengan tahun yang lepas, tetapi saya rasa amat kesal pertambahan peruntukan ini tidak disalurkan kepada sektor industri minyak sawit yang merupakan industri yang paling penting dan menghadapi paling banyak cabaran di dalam kementerian ini. Tetapi sebaliknya, peruntukan yang diberi kepada program menangani kempen anti-minyak sawit dalam Belanjawan 2021 dikurangkan daripada RM27 juta pada tahun 2020 kepada RM20 juta.

Pengurangan peruntukan bagi program menangani kempen anti minyak sawit antarabangsa ini menunjukkan kerajaan langsung tidak sedar tentang cabaran sengit yang dihadapi oleh industri minyak sawit Malaysia di pasaran antarabangsa, dan juga kurang faham tentang kepentingan industri minyak sawit kepada ekonomi Malaysia.

Saya ingin ingatkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN), minyak sawit adalah eksport yang sangat penting bagi Malaysia. Pada tahun 2019, eksport minyak sawit merupakan eksport yang ketiga besar bagi negara kita, ia menjana pendapatan sebanyak RM64.8 bilion kepada negara dan ia memberi sumbangan sebanyak 3.5% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara kita.

Semasa saya pegang jawatan Menteri Industri Utama, pegawai MPOB, MPOCC, MPOC, kementerian dan saya menggunakan banyak masa untuk merangka pelbagai strategi untuk menangani kempen anti minyak sawit antarabangsa demi melindungi industri sawit kita, demi memastikan produk sawit Malaysia ini diterima baik oleh pasaran antarabangsa.

Memandangkan industri minyak sawit melibatkan lebih setengah juta pekebun kecil dan ia merupakan eksport yang begitu penting, saya menyeru Kementerian Kewangan mengkaji semula peruntukan yang kurang bagi program menangani kempen anti minyak sawit tersebut, dan menambahkan sekurang-kurangnya dua kali ganda amaun tersebut, demi melindungi industri eksport negara yang begitu penting tersebut. 

LIHAT BAGAIMANA BANGSA CINA BERFKIR- JANGAN SALAHKAN MEREKA JIKA MEREKA LEBIH BERJAYA


Sebenarnnya bukan aku nak bercerita tetang kaum Tionghua dalam melakukan sesuatu. Tapi oleh kerana aku dibesarkan di Pulau Piang bersekolah di sekolah manderin swasta , aku ada sedikit pengalaman tentang mereka.

Di sekolah dulu, aku bersekolah di sekolah swasta Han Chiang High School..sekolah elit dimana masa itu  tahun 80an sekolah yang ada stadium tertutup, satu satunya sekolah persendirian yang mempunyai stadium tertutup dan adakalanya untuk acara sukan kerajaan negeri pun digunakan.sekolah kerajaan juah lah kecuali sekolah asrama penuh. 

Lupakan bab itu, tetapi kaum cina dalam pendidikan mereka memang berusaha dengan begitu tekun Jika mereka lihat kita mampu dalam sesuatu bidang mereka suka berkongsi makna kata bagi dan terima.

Lihat Baaimana At Takiri memperlekehkan usaha penanaman buloh. Fikiran dia di Terengganu hanya ada kopok lekor dan kismis serta air dia yang dijual. lebih dari itu dia tak boleh nak fikir dah. sebab tu kena hentam sebagai menteri paling bebal. antara azmin, muhyiddin, dia antara salah soeorang yang dibenci..kalau letak sebaris..dia no 3.



RM85.55 juta peruntukan JASA boleh diguna untuk laksanakan kempen celik media

Oleh Wong Shu Qi

(Ahli Parlimen Kluang)

Selepas isu penghidupan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mengakibatkan huru-hara selama dua hari di sosial media, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengeluarkan kenyataan semalam menjelaskan bahawa JASA ditubuh kembali untuk melawan berita palsu. Alasan separuh masak ini seakan-akan menganggap rakyat tidak cerdik. Saya berharap KKMM menjawablah secara jujur dan bukan mencari alasan separuh masak yang langsung tidak diyakini dan dipercayai oleh rakyat Malaysia yang marah dengan tindakan menghidupkan semula JASA.

Pertama, sekiranya objektif KKMM adalah untuk membanteras berita palsu, menteri tidak seharusnya mengguna sebuah agensi yang namanya sudah terlampau buruk kerana melaksanakan kerja propaganda dan telah terpalit dengan gelaran agensi “Dr Spin” untuk rejim BN dahulu. JASA yang bakal diberi peruntukan gergasi oleh Perikatan Nasional ini tidak akan dapat membantu KKMM mencapai objektifnya melawan berita palsu, kalaulah betul itu objektif utama.

Kedua, KKMM sudahpun mempunyai banyak saluran untuk melawan berita palsu. Contohnya, RTM dan Bernama ada rangkaian berita dan informasi masing-masing sama ada media tradisional ataupun media sosial. Jabatan Penerangan sendiri mempunyai mekanisme penyebaran maklumat. Semua agensi di bawah KKMM ini seharusnya diperkasakan untuk melaksana kempen celik media agar orang ramai memahami maklumat yang mereka perolehi. Beginilah caranya untuk melawan berita palsu.

Malangnya, belanjawan mengurus untuk RTM dan Bernama telah dipotong sebanyak RM94.85 juta dan RM12 juta dalam Belanjawan 2021. Adakah ini menunjuk bahawa menteri dan timbalan menteri lebih yakin pada kemampuan JASA, yang sebenarnya telah ditutup, daripada menyakini penggiat media professional?

Saya menyokong secara penuh semangat KKMM untuk melawan penyebaran maklumat tidak tepat (disinformation) dan berita palsu. Pun begitu, kita mesti menggunakan cara yang betul kalau kita mahu mencapai matlamat tersebut.

Sebenarnya, saya telah banyak kali membangkitkan dalam Dewan Rakyat bahawa pendidikan celik digital atau celik media adalah penyelesaian yang paling tepat dan sesuai untuk kita melawan fenomena berita palsu. Jalan ini mungkin mengambil masa yang lebih lama, namun ia akan mendatangkan impak yang paling positif dan besar dalam masyarakat majmuk kita.

Saya mencadangkan bahawa KKMM memansuhkan hasrat menghidupkan semula JASA dan menggunakan sejumlah peruntukan yang sesuai untuk pelaksanaan kempen celik media seluruh negara. Semasa pentadbiran Pakatan Harapan, Ahli Parlimen Iskandar Puteri Sdr Lim Kit Siang pernah menjalankan kempen tersebut dengan kerjasama institusi pendidikan. Dengan model yang sama, dan jika peruntukan JASA itu disalurkan, maka seramai 855 ribu orang boleh ambil bahagian dalam kempen celik media tersebut. Ini akan melahirkan masyarakat yang cerdik dan celik meneliti maklumat setiap hari.

Jika KKMM betul-betul berhasrat melawan berita palsu, maka saya sarankan agar Menteri mengambil tindakan ini dan mengembalikan keyakinan kepada rakyat Malaysia. —

USTAZ AKU KATA DULU SETAN KENCIN MASUK MULUT

 Image may contain: 1 person

TIPU GRAF UNTUK SIMPATI?

 

RINA HAMZAH

Image may contain: text that says "USTAZ PAS SANGGUP MENIPU DEMI MEMPERTAHANKAN KEBOBROKAN PEMIMPIN PAS Fadhli Ibrahim 23h 15000 15000 12000 Kenapa tunjuk graf angka 4,600? 10000 2ORA 11250 11000 11500 7950 8000 11000 6000 11000 4000 000 johor Sabah Perak Sarawak Selangor Terengganu Kelantan P.Pinang NASIONAL Pahang Melaka Kedah Elaun wakil rakyat Kelantan dinaikkan RM8,000 sebulan November 2015 @ 1:49pm KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan usul menaikkan elaun wakil rakyat daripada RM4,600 kepada RM8,000 sebulan, berkuat kuasa Januari depan. SR suara akyat"


Image may contain: 1 person, text that says "Metro Menangis lihat nenek tinggal di 'kandang kambing' BY SITI ROHANA IDRIS 8 NOVEMBER 2020 AT 19:21 Tumpat: Tinggal di bangsal menyerupai kandang kambing. Itu nasib warga emas Rabiah Jusoh, 70, yang menghuni kediaman dibina dari kayu terbuang di Kampung Pauh Seratus, Pantai Geting di sini, sejak 12 tahun lalu. Bangsal yang kelihatan amat uzur dan mempunyai ruang kecil itu dijadikan tempat olehnya untuk tidur, memasak dan solat."




RINA HAMZAH


Demi nak tunjuk gaji Adun Kelantan rendah terpaksa puak tunggang agama PAS sanggup menipu dengan tunjuk graf tahun bila ntah... ataupun edit.

HAKIKATNYA.. Hari ini wakil rakyat Kelantan telah menerima RM8,000 sebulan apabila semakan elaun dan saraan mereka dibuat pada tahun 2015, daripada RM4,600 kepada RM8,000.
Jika gaji Adun Kelantan dinaikkan bermula RM3,000.. ini bermakna gaji mereka setaraf dgn gaji Adun negeri Selangor (RM11,250), Terengganu (RM11,000), Pahang (RM11,000) & Kedah (RM11,000)..
Tetapi jika dinaikkan sehingga RM5,000 bermakna gaji Adun Kelantan (RM13,000) adalah KEDUA TERTINGGI SELEPAS Sarawak (RM15,000)..
Lumayan juga jadi wakil rakyat. SEBAB itulah mereka berebut nak jadi wakil rakyat.
SR

SENYUM SANTAI SEBELUM BERITA LEBIH SERIUS

 Image may contain: text that says "danial. @dnlxarf Saya sedang makan Nasi di Kedai Kak Wok tiba-tiba datang orang buta minta sedekah. Saya pun bagi RM5. Masa dia pergi, dia nak lintas jalan, dia buka kacamata dan tengok kiri kanan. Alhamdulilah, buta dia sembuh. Itulah keajaiban bersedekah."

24 POSTING HINGGA KINI. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 

Image may contain: 1 person, text that says "6 Batalkan peruntukan untuk KJASA dan NGO Penggerak Komuniti zalim ambil wang rakyat untuk kepentingan kelompok politik. ANWAR IBRAHIM Presidenadila Parlimen Port Dickson @anwaribrahim_keadilan @anwaribrahim_ @anwaribrahim"


TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI WRLR. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL. SILA TEKAN   >    UNTUK MEMBACA BEITA AWAL PAGI


No photo description available.

BEKAS KETUA PENGARAH JASA PUN TAK SETUJU PERUNTUKAN RM85.5 JUTA


Saifuddin Abdullah tidak perlu defensif bahawa JASA tidak ada kaitan politik kepada kerajaan.
Dalam kenyataannya, JASA akan bertindak sebagai agensi penyebaran maklumat dan komunikasi kerajaan secara strategik. Itu memang tujuan JASA. Ia tetap dikaitkan dengan politik. Jangan apologatik.
Isunya ialah peruntukan sebanyak RM85.5 Juta kepada JASA terlalu besar. Bajet itu tidak sensitif kepada “Keutamaan” tatkala negara dilanda gelombang tiga COVID-19.
Sememangnya “Government of the day” memerlukan beberapa agensi sebagai lidah penyampai dasar dan inisiatif kerajaan. Apa salahnya?
DAP paling takut dengan JASA. Mereka tidak takut dengan SB, BTN dan KEMAS. Agensi itu tidak fokus seperti JASA yang memiliki team Stratcom yang efektif.
Sebab itu DAP tutup JASA sebagai balas dendam kerana JASA paling aktif menjawab pembohongan DAP melalui media sosial.
Ada dakwaan, Dr Afif Bahardin bakal menjadi KP JASA. Dia pentaksub Azmin. Sebab itu Azmin dituduh di belakang tabir JASA dapat 85.5 Juta.
Lagi pun Saiffuddin Abdullah selaku Menteri KKMM adalah pematuh Azmin tahap dewa. A kata Azmin, maka A juga kata Saifuddin.
Justeru JASA tidak perlu peruntukan sebesar RM85.5 Juta kecuali kalau ada tujuan lain. Yang penting keberkesanan. PM kena jawab secara terperinci di Parlimen.
Saifuddin mengakui dengan jumlah besar itu JASA akan mengambil staf lebih ramai. Apakah mereka akan menjadi jentera PPBM di setiap DUN yang berhadapan masalah kekurangan cawangan dan ahli di akar umbi untuk menghadapi PRU ke 15?
Saifuddin juga mengaku peruntukan 4 kali ganda itu akan digunakan untuk membangun Stratcom yang kuat. Apakah tidak mungkin ia juga akan digunakan oleh PPBM untuk PRU 15. Atau menaja portal politik tertentu?
Apatah lagi SPR akan menggunakan SOP baru di PRU akan datang. Antaranya tidak membenarkan kempen rumah ke rumah dan ceramah terbuka. Sudah tentu media sosial akan menjadi alat kempen yang utama.
Justeru elok kerajaan buat pindaan sebelum Bajet itu diluluskan. Ikut syiling tahun 2018 atau dikurangkan sikit.
DR. PUAD ZARKASHI
Ahli MT UMNO/Bekas Ketua Pengarah Jasa.



BERSATU PUNCA COVID ?

 

Akan tercatatlah dalam sejarah nanti bahawa Bersatu menjadi antara penyebab Covid19

Image may contain: 1 person, text that says "Sinar TELUS&TULUS snarhariar.com.my Harian Isnin 9 November 2020 cari Bersatu kemuka calon PRK Batu Sapi ASYIKIN ASMIN November 2020 SPR PRK P.185 BATU SAPI DUN Gambar kiri: Khairul Firdaus Akbar" terus merebak.....

(Live) 09/11/20 Sidang Media KKM Perkembangan Terkini Bersama Ketua Peng...

Mengapa peruntukan untuk Covid 19 hanya 5.3% daripada keseluruhan belanjawan?

 

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan blok pembangkang hanya akan menyokong Belanjawan 2021 khusus kepada peruntukan yang disalurkan untuk menangani Covid-19.

Ini kerana beliau menganggap peruntukan untuk Covid-19 adalah terlalu kecil berbanding yang dijangkakan sebelum ini.

"Belanjawan ini sepatutnya adalah untuk menangani Covid-19, tetapi kumpulan wang Covid-19 hanya 5.3 peratus dari keseluruhan belanjawan iaitu RM322.5 bilion," katanya ketika membahaskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mempersoalkan mengapa peruntukan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak ditunjukkan dengan jelas dalam Belanjawan 2021.

"Menteri Kewangan ada jelaskan peruntukan Covid-19 tidak ada dalam Belanjawan sebab ia ada dalam bahagian perbelanjaan pembanguna, ini saya tak faham betul.

"Mana boleh guna peruntukan KKM kemudian sorok pula belah sana, nak buat apa. Peruntukan harus beri penjelasan, ini untuk pastikan supaya tidak ada defisit yang bertambah dan ia tidak boleh dalam bentuk penipuan angka atau mengelirukan.

Anwar juga mempersoalkan peruntukan vaksin Covid-19 dalam Belanjawan 2021.

"Peruntukan vaksin tidak termasuk dalam Belanjawan, saya teliti tapi tidak ada, tapi Menteri Kewangan kata ada, tapi dekat mana?

"Kementerian Sains dah seronok dapat RM3 bilion, tapi dari mana duit ini, tidak disebut langsung.

"Kita sokong kalau betul ada dapat vaksin, siapkan peruntukan dengan jangkaan peroleh vaksin dan tidak ada sebab mengapa kita harus bantah, tetapi tak boleh kata dapat RM3 bilion itu dapat atas langit.

"Saya bimbang ada manipulasi angka dalam bajet, ini tidak boleh diizinkan lagi-lagi dalam keadaan sekarang," katanya.

Justeru, Anwar meminta kerajaan mempertimbangkan semula supaya menambah lagi peruntukan untuk Covid-19.

"Walaupun kita cenderung mahu meluluskan bajet ini dan tidak mahu tolak ansur soal emolumen, gaji pekerja, nasib frontliners, sama ada lulus atau tidak, kita akan pastikan ada rencana segera supaya tidak membebankan rakyat khususnya frontliners.

"Saya tidak mahu ada andaian mudah, keadaan sekarang berbeza, kerajaan tahu bahawa belum ada penentuan dan kepastian Belanjawan dalam bentuk sekarang kalau tidak dipinda, belum pasti dilulus dengan cara mudah.

"Saya menyeru dengan tegas supaya menteri kewangan meneliti usaha menangani Covid-19 dari segi belanjawan, penekanan aspek kesihatan dan lonjakan ekonomi," katanya.

 

PH hanya sokong belanjawan tangani Covid 19, tidak yang lain - Anwar

 



Pembentangan Belanjawan 2021 yang tersasar daripada halatuju mengawal pandemik Covid 19 diselar oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, belanjawan yang sebelum ini dipersembahkan kepada Yang di-Partuan Agong bertujuan membantu rakyat telah tidak menepati sasarannya dalam banyak segi.

Beliau mengusulkan, misalnya peruntukan sebanyak RM19 bilion yang dimasukkan ke dalam dana pembangunan perlu dipindahkan kepada perbelanjaan operasi Covid 19 supaya dapat menyelesaikan masalah pengangguran, bayaran untuk beberapa kegiatan kecil-kecillan termasuk pelancongan, kemudahan pendidikan, kemudahan komputer atau kemudahan pendidikan.

"Yang ini saya rasa kami tidak akan bertolak ansur. Kerana jika tidak maka apa yang diwar-warkan sebagai peruntukan untuk belanjawan Covid 19 tidak menepati, kerana tidak menyelesaikan masalah petani, nelayan dan sejumlah besar yang menganggur.

"Atau mereka yang minta kerja di rumah tetapi ditekan, potong elaun dan tidak diberi ganjaran bil elektrik, bil internet yang mesti dilakukan mereka jika bekerja di rumah," katanya dalam sesi perbahasan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Anwar turut mempertikaikan pengumuman Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang mahu mewujudkan setengah juta peluang pekerjaan di tengah-tengah kemerosotan ekonomi dan pandemik Covid yang belum selesai.

Katanya, kesukaran pelabur luar untuk masuk perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum jangkaan peluang pekerjaan dibuat.

"Untuk jangkaan jumlah peluang pekerjaan 500,000 itu mestilah dicerakin dengan teliti. Saya cadangkan umpamanya kelonggaran pelancongan domestik dan antarabangsa dengan syarat yang sangat ketat.

"Pelabur asing mesti dibenarkan masuk kalau tidak mana nak cari 500,000 (peluang pekerjaan). Bila disebut 500,000 tanpa cerakin saya percaya ia tidak realistik seperti mana unjuran pertumbuhan ekonomi untuk tahun hadapan. Juga unjuran untuk tahun ini. Dalam keadaan ekonomi begini (Kementerian Kewangan anggarkan) pendapatan boleh meningkat," sinisnya.

Ketua Pembangkang itu juga membidas pemotongan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung penyakit-penyakit kritikal selain Covid 19.

Menurut Anwar, dengan pemotongan itu maka pesakit-pesakit kronik lain akan lebih menderita dan sukar mendapatkan rawatan yang sesuai.

"Kalau Menteri Kewangan dengar perbahasan kita, kita bukan sebut hanya Covid 19 tetapi juga penyakit berjangkit yang lain. Umpamanya kanser. Orang terpaksa tunggu 6 bulan untuk rawatan. Sebahagian peruntukan dipindahkan kepada perbelanjaan pembangunan. Tidak ada rasional mengapa peruntukan dipindahkan. Adakah kita mati dengan Covid saja, tidak dengan penyakit lain?

"Kalau tak ditangani beban itu serius, (pesakit kronik) jumlahnya ratusan ribu. Ahli-ahli Yang Berhormat tahu hospital di kawasan mereka. kemudahan tidak cukup. Jadi ini kalau tidak dimanfaatkan program kesihatan, kita akan menghadapi masalah yang serius," katanya lagi.

Justeru, Anwar memberi amaran agar Menteri Kewangan menambah baik Belanjawan 2021 dan menyahkan pembaziran peruntukan untuk mendapatkan sokongan mudah pihak Pakatan Harapan.

"Saya tegaskan sekali lagi bahawa kita diminta menyokong dengan andaian ini belanjawan Covid 19. Maka pandangan saya ialah kita akan hanya menyokong kalau benar ini belanjawan Covid 19. Dalam keadaan sekarang terlalu banyak persoalan, bermula dengan unjuran, kemudian peruntukan untuk Covid 19 dan ketiga soal pemindahan wang dan peruntukan pembangunan.

"Maka saya usulkan Menteri Kewangan teliti betul-betul dan dengar hujah-hujah yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang lain supaya hal Covid 19 ini diberi keutamaan.

"Kita diberitahu, digesa, diminta dan dinasihat supaya menyokong belanjawan Covid 19. Kita hanya menyokong belanjawan Covid 19 dan tidak yang lain," tegasnya disambut tepukan gemuruh dari sebelah tempat duduk Ahli Parlimen pembangkang.



Anwar gesa batalkan peruntukan Jasa, Penggerak Komuniti

 


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz supaya membatalkan peruntukan RM81.5 juta untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) seperti yang tertakluk dalam Belanjawan 2021.

Beliau berkata, peruntukan itu lebih sesuai digunakan untuk petugas barisan hadapan COVID-19, bukannya untuk propaganda politik.

"Jumlahnya besar sangat, kalau bagi RM8,000 okay lagi, tapi rakyat tengah susah, zalim ambil wang sampai RM80 juta, ini unprecedented," katanya di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Port Dickson juga meluahkan rasa simpati kepada Tengku Zafrul yang terpaksa tunduk kepada desakan dari kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Saya simpati dengan menteri kewangan, dia bukan orang politik, ada orang masukkan dalam bajet pun dia tulis sahaja.

"Bila terdedah, yang kena jawab dia, jadi sebagai sahabat yang simpati, batalkan sajalah peruntukan itu.

"Menteri kewangan jadi mangsa politik, bagilah hujah macam mana karut pun orang dah tak boleh terima, orang tengah susah, cakap simpati kepada frontliners, tapi untuk kroni politik untuk meneruskan propaganda kotor, RM81 juta diberikan," katanya.

Anwar juga menggesa supaya membatalkan peruntukan RM8.6 juta untuk sebuah NGO iaitu Penggerak Komuniti Negara yang beroperasi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Batalkan peruntukan juga untuk NGO Penggerak Komuniti, ini geran one-off untuk kesenangan menteri KPKT, mana boleh begini. Menteri Kewangan kena jaga integriti dan kredibiliti, jangan main masukkan sahaja peruntukan

"Geran ini tidak ada perincian, hanya untuk jaga keperluan menteri dan kelompok politik mereka. Mereka guna ini untuk sebar propaganda kepada raja-raja, rakyat dan parlimen, padahal ini wang COVID-19," katanya.

 

SURUH HANG JAGA PTPTN HANG MENGGAGAU ..LA NI HANG DOK KALUT BAB JASA PULAK

 

Hang ingat rakyat ni bodoh macam walaun dan PNyamunkah...



Nak dengar rintihan rakyat pun telan kos RM85.5 juta??? Rintihan rakyat disalurkan melalui wakil rakyat BUKAN melalui pegawai JASA. JASA adalah unit haram! dihidupkan kembali kerajaan PNkhianat dengan cara salahguna kuasa dan salahguna wang rakyat!

Adakah wakil-wakil rakyat dan ahli-ahli parlimen masih tak boleh mendengar rintihan dan melihat kesusahan rakyat?

Apa punya celaka kerajaan PN... kat frontliners cuma bagi seorang RM500... sedangkan JASA yang ada 52 orang kakitangan saja dapat sampai RM82 juta...

Sekirannya pimpinan kerajaan memerlukan jentera 80 juta setahun untuk dengar rintihan rakyat, lebih baik bersara sahaja... 


- Dr.Hakim