BANGSA CINA CAKAP MENGENAI MINYAK SAWIT, MENTERI TAK BUAT APA APA KAH?

 

Teresa gesa kerajaan tambah peruntukan industri minyak sawit

Oleh Teresa Kok

(Ahli Parlimen Seputeh dan mantan Menteri Industri Utama)

Sebagai mantan Menteri Industri Utama, saya merasa gembira peruntukan kepada kementerian ini ditambahkan berbanding dengan tahun yang lepas, tetapi saya rasa amat kesal pertambahan peruntukan ini tidak disalurkan kepada sektor industri minyak sawit yang merupakan industri yang paling penting dan menghadapi paling banyak cabaran di dalam kementerian ini. Tetapi sebaliknya, peruntukan yang diberi kepada program menangani kempen anti-minyak sawit dalam Belanjawan 2021 dikurangkan daripada RM27 juta pada tahun 2020 kepada RM20 juta.

Pengurangan peruntukan bagi program menangani kempen anti minyak sawit antarabangsa ini menunjukkan kerajaan langsung tidak sedar tentang cabaran sengit yang dihadapi oleh industri minyak sawit Malaysia di pasaran antarabangsa, dan juga kurang faham tentang kepentingan industri minyak sawit kepada ekonomi Malaysia.

Saya ingin ingatkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN), minyak sawit adalah eksport yang sangat penting bagi Malaysia. Pada tahun 2019, eksport minyak sawit merupakan eksport yang ketiga besar bagi negara kita, ia menjana pendapatan sebanyak RM64.8 bilion kepada negara dan ia memberi sumbangan sebanyak 3.5% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara kita.

Semasa saya pegang jawatan Menteri Industri Utama, pegawai MPOB, MPOCC, MPOC, kementerian dan saya menggunakan banyak masa untuk merangka pelbagai strategi untuk menangani kempen anti minyak sawit antarabangsa demi melindungi industri sawit kita, demi memastikan produk sawit Malaysia ini diterima baik oleh pasaran antarabangsa.

Memandangkan industri minyak sawit melibatkan lebih setengah juta pekebun kecil dan ia merupakan eksport yang begitu penting, saya menyeru Kementerian Kewangan mengkaji semula peruntukan yang kurang bagi program menangani kempen anti minyak sawit tersebut, dan menambahkan sekurang-kurangnya dua kali ganda amaun tersebut, demi melindungi industri eksport negara yang begitu penting tersebut. 

No comments: