LIHAT BAGAIMANA BANGSA CINA BERFKIR- JANGAN SALAHKAN MEREKA JIKA MEREKA LEBIH BERJAYA


Sebenarnnya bukan aku nak bercerita tetang kaum Tionghua dalam melakukan sesuatu. Tapi oleh kerana aku dibesarkan di Pulau Piang bersekolah di sekolah manderin swasta , aku ada sedikit pengalaman tentang mereka.

Di sekolah dulu, aku bersekolah di sekolah swasta Han Chiang High School..sekolah elit dimana masa itu  tahun 80an sekolah yang ada stadium tertutup, satu satunya sekolah persendirian yang mempunyai stadium tertutup dan adakalanya untuk acara sukan kerajaan negeri pun digunakan.sekolah kerajaan juah lah kecuali sekolah asrama penuh. 

Lupakan bab itu, tetapi kaum cina dalam pendidikan mereka memang berusaha dengan begitu tekun Jika mereka lihat kita mampu dalam sesuatu bidang mereka suka berkongsi makna kata bagi dan terima.

Lihat Baaimana At Takiri memperlekehkan usaha penanaman buloh. Fikiran dia di Terengganu hanya ada kopok lekor dan kismis serta air dia yang dijual. lebih dari itu dia tak boleh nak fikir dah. sebab tu kena hentam sebagai menteri paling bebal. antara azmin, muhyiddin, dia antara salah soeorang yang dibenci..kalau letak sebaris..dia no 3.



RM85.55 juta peruntukan JASA boleh diguna untuk laksanakan kempen celik media

Oleh Wong Shu Qi

(Ahli Parlimen Kluang)

Selepas isu penghidupan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mengakibatkan huru-hara selama dua hari di sosial media, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengeluarkan kenyataan semalam menjelaskan bahawa JASA ditubuh kembali untuk melawan berita palsu. Alasan separuh masak ini seakan-akan menganggap rakyat tidak cerdik. Saya berharap KKMM menjawablah secara jujur dan bukan mencari alasan separuh masak yang langsung tidak diyakini dan dipercayai oleh rakyat Malaysia yang marah dengan tindakan menghidupkan semula JASA.

Pertama, sekiranya objektif KKMM adalah untuk membanteras berita palsu, menteri tidak seharusnya mengguna sebuah agensi yang namanya sudah terlampau buruk kerana melaksanakan kerja propaganda dan telah terpalit dengan gelaran agensi “Dr Spin” untuk rejim BN dahulu. JASA yang bakal diberi peruntukan gergasi oleh Perikatan Nasional ini tidak akan dapat membantu KKMM mencapai objektifnya melawan berita palsu, kalaulah betul itu objektif utama.

Kedua, KKMM sudahpun mempunyai banyak saluran untuk melawan berita palsu. Contohnya, RTM dan Bernama ada rangkaian berita dan informasi masing-masing sama ada media tradisional ataupun media sosial. Jabatan Penerangan sendiri mempunyai mekanisme penyebaran maklumat. Semua agensi di bawah KKMM ini seharusnya diperkasakan untuk melaksana kempen celik media agar orang ramai memahami maklumat yang mereka perolehi. Beginilah caranya untuk melawan berita palsu.

Malangnya, belanjawan mengurus untuk RTM dan Bernama telah dipotong sebanyak RM94.85 juta dan RM12 juta dalam Belanjawan 2021. Adakah ini menunjuk bahawa menteri dan timbalan menteri lebih yakin pada kemampuan JASA, yang sebenarnya telah ditutup, daripada menyakini penggiat media professional?

Saya menyokong secara penuh semangat KKMM untuk melawan penyebaran maklumat tidak tepat (disinformation) dan berita palsu. Pun begitu, kita mesti menggunakan cara yang betul kalau kita mahu mencapai matlamat tersebut.

Sebenarnya, saya telah banyak kali membangkitkan dalam Dewan Rakyat bahawa pendidikan celik digital atau celik media adalah penyelesaian yang paling tepat dan sesuai untuk kita melawan fenomena berita palsu. Jalan ini mungkin mengambil masa yang lebih lama, namun ia akan mendatangkan impak yang paling positif dan besar dalam masyarakat majmuk kita.

Saya mencadangkan bahawa KKMM memansuhkan hasrat menghidupkan semula JASA dan menggunakan sejumlah peruntukan yang sesuai untuk pelaksanaan kempen celik media seluruh negara. Semasa pentadbiran Pakatan Harapan, Ahli Parlimen Iskandar Puteri Sdr Lim Kit Siang pernah menjalankan kempen tersebut dengan kerjasama institusi pendidikan. Dengan model yang sama, dan jika peruntukan JASA itu disalurkan, maka seramai 855 ribu orang boleh ambil bahagian dalam kempen celik media tersebut. Ini akan melahirkan masyarakat yang cerdik dan celik meneliti maklumat setiap hari.

Jika KKMM betul-betul berhasrat melawan berita palsu, maka saya sarankan agar Menteri mengambil tindakan ini dan mengembalikan keyakinan kepada rakyat Malaysia. —