BEKAS KETUA PENGARAH JASA PUN TAK SETUJU PERUNTUKAN RM85.5 JUTA


Saifuddin Abdullah tidak perlu defensif bahawa JASA tidak ada kaitan politik kepada kerajaan.
Dalam kenyataannya, JASA akan bertindak sebagai agensi penyebaran maklumat dan komunikasi kerajaan secara strategik. Itu memang tujuan JASA. Ia tetap dikaitkan dengan politik. Jangan apologatik.
Isunya ialah peruntukan sebanyak RM85.5 Juta kepada JASA terlalu besar. Bajet itu tidak sensitif kepada “Keutamaan” tatkala negara dilanda gelombang tiga COVID-19.
Sememangnya “Government of the day” memerlukan beberapa agensi sebagai lidah penyampai dasar dan inisiatif kerajaan. Apa salahnya?
DAP paling takut dengan JASA. Mereka tidak takut dengan SB, BTN dan KEMAS. Agensi itu tidak fokus seperti JASA yang memiliki team Stratcom yang efektif.
Sebab itu DAP tutup JASA sebagai balas dendam kerana JASA paling aktif menjawab pembohongan DAP melalui media sosial.
Ada dakwaan, Dr Afif Bahardin bakal menjadi KP JASA. Dia pentaksub Azmin. Sebab itu Azmin dituduh di belakang tabir JASA dapat 85.5 Juta.
Lagi pun Saiffuddin Abdullah selaku Menteri KKMM adalah pematuh Azmin tahap dewa. A kata Azmin, maka A juga kata Saifuddin.
Justeru JASA tidak perlu peruntukan sebesar RM85.5 Juta kecuali kalau ada tujuan lain. Yang penting keberkesanan. PM kena jawab secara terperinci di Parlimen.
Saifuddin mengakui dengan jumlah besar itu JASA akan mengambil staf lebih ramai. Apakah mereka akan menjadi jentera PPBM di setiap DUN yang berhadapan masalah kekurangan cawangan dan ahli di akar umbi untuk menghadapi PRU ke 15?
Saifuddin juga mengaku peruntukan 4 kali ganda itu akan digunakan untuk membangun Stratcom yang kuat. Apakah tidak mungkin ia juga akan digunakan oleh PPBM untuk PRU 15. Atau menaja portal politik tertentu?
Apatah lagi SPR akan menggunakan SOP baru di PRU akan datang. Antaranya tidak membenarkan kempen rumah ke rumah dan ceramah terbuka. Sudah tentu media sosial akan menjadi alat kempen yang utama.
Justeru elok kerajaan buat pindaan sebelum Bajet itu diluluskan. Ikut syiling tahun 2018 atau dikurangkan sikit.
DR. PUAD ZARKASHI
Ahli MT UMNO/Bekas Ketua Pengarah Jasa.



No comments: