MEMANG BETUL PUN. BUKAN SEMUA TEMPAT TERJEJAS SAMPAI PERLU TUTUP
MASJID DI SELURUH NEGARA, HADKAN AKTIVITI EKONOMI DI HAMPIR SELURUH NEGARA
KECUALI 3 NEGERI?
INI AKAN MENYEBABKAN EKONOMI RAKYAT LUMPUH. TAPI SETIAP HARI KES
TETAP BERIBU JUGA. DI MANA KEWAJARANNYA? DI MANA SILAPNYA KAEDAH PENGAWALAN
PANDEMIC COVID-19 INI/KERAMITA MCM "CLUELESS" DAN SEDANG MENCUBA ITU
INI YG EKSTRIM DAN DRASTIK? Wallahualam.
- Zus Din
08 November 2020
+++++++++++++++++++++++++
Dari FB wall Prof. Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman
Profesor Kesihatan Awam, IMUKL
Mantan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM
sebelum besara pilihan pd 2017
Saya tak faham mengapa PKPB dilaksanakan seluruh negara kecuali
Kelantan, Pahang dan Perlis dan sehingga sebulan sekali gus. Atas pertimbangan
apa tindakan drastik ini diambil? Kecuali Sabah dan Labuan, saya tak nampak
sebarang perubahan ketara yang luar biasa dalam insiden kumulatif SAR-CoV-2
(Rajah 4).
Perubahan insiden mingguan SAR-CoV-12 di negeri-negeri yang
terlibat juga tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara (Rajah 5). Insiden
mingguan di Melaka, Sarawak, Johor, Perak dan Terenganu terlalu rendah sampai
tak nampak, menyamai rendahnya insiden di Pahang dan Kelantan. Namun tetap
dikenakan PKPB.
Sekalipun jika dikeluarkan negeri “outlier” (Sabah & Labuan)
seperti di Rajah 6, insiden di Melaka, Sarawak, Johor, Perak dan Terengganu
adalah rendah di bawah 5 per 100,000 penduduk seminggu. Bagi yang faham ilmu
epidemiologi, keputusan untuk melaksanakan PKPB berdasarkan angka sebegini
adalah terlalu drastik dan keterlaluan. Malah Kedah yang sudah menunjukkan tren
penurunan yang signifikan turut dikenakan tindakan yang sama.
Hatta bagi Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, apakah
PKPB menyeluruh seluruh negeri satu-satu jalan mengawal keadaan? Apakah PKPP
(dipertingkat) terhadap mukim atau kejiranan yang bermasalah tidak boleh
dilaksanakan, yang sudah tentu memberi impak ekonomi yang lebih sederhana
berbanding PKPB menyeluruh?
Timbul pertanyaan apakah sebenarnya “end game” yang ingin
dicapai melalui tindakan ini? Apakah kita mahu memutuskan langsung penularan
virus ini dalam masyarakat melalui PKP? Jika itu matlamatnya, saya katakan ia
ADALAH SESUATU YANG MUSTAHIL dicapai dalam tempoh 6 bulan sekalipun, tampa
adanya vaksin dan ubat yang berkesan. Jika dilaksanakan selama 6 bulan, saya
jamin ekonomi Malaysia akan lumpuh.
Jika sekadar untuk menurunkan insiden, apakah paras insiden yang
hendak dicapai? Jika insiden di Johor antara 0.2 hingga 1.5 per 100,000
penduduk seminggu sudah dianggap tinggi dan perlu melaksanakan PKPB, apakah
angka yang hendak dicapai sebelum PKPB boleh ditamatkan, 0.5 per 100,000 penduduk?
Penentuan “end game” ini amat penting bagi mengukur kejayaan sesuatu tindakan.
Rasional bagi penetapan angka ini mesti berasaskan bukti (evidence-based public
health intervention).
Mungkin ada bukti-bukti epidemiologi yang hanya kerajaan saja
yang tahu dan tidak boleh dikongsi dengan umum. Saya berharap ia benar-benar
bukti yang kukuh. Saya juga berharap, kerajaan mengambil kira keberkesanan kos
bagi setiap strategi yang dilakukan. Saya dan beberapa pakar kesihatan awam
lain telah berulang berulang kali mencadangkan agar dikaji semula kaedah
mengurus wabak ini. Keberkesanan kos wajar dijadikan landasan dalam membuat
keputusan. Kaedah yang lebih kos-efisien mengelakkan pembaziran bagi mencapai
hasil yang sama.
Lebih berat, jika rakyat sudah tekun melaksanakan SOP solat
berjemaah, apakah kewajarannya ditutup semua masjid termasuk di kawasan tidak
bermasalah? Sejak PKP yang lalu, dan selepas masjid Sri Petaling, di masjid
mana telah berlaku kluster Covid-19? Kita cukup sensitif, hanya satu kes di
kalangan jemaah, seluruh masjid ditutup sedangkan tiada cluster yang terjadi.
Dan kini berdasarkan SOP PkPB, seluruh negara kecuali di 3 negeri ini, aktiviti
ibadah berjemaah dihentikan untuk tempoh 1 bulan lagi (kami di Lembah Klang dah
nak masuk bulan ketiga). Allah menguji siapa sebenarnya? Saya terpanggil
membangkitkan isu ini kerana saya mempunyai sedikit ilmu dalam bidang
epidemiologi penyakit berjangkit dan saya mempunyai keraguan mengenai kewajaran
tindakan menutup masjid di negeri-negeri terlibat di bawah PKPB sekarang ini.
Saya dengan ini menyuara pandangan sayabdan berlepas tangan dari keputusan yang
diambil. Moga Allah mengampuni dan melindungi saya dan kita semua.
Sekadar memberi pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana
pihak.
- LHS08112020.