APA GUNA DUIT KWSP

 Salam. 

Duit KWSP tu, tujuannya untuk apa?...untuk pelaburan masa depan @ persediaan kewangan selepas persaraan.

Tetapi, lebih kurang 40% pencarum yang tidak pernah sempat menggunakan wang tersebut kerana mereka 'PERGI' sebelum usia  50 dan 55 tahun. Jika dia letak penama, mungkin dapat pada ahli keluarganya. Jika dia tiada waris? @ pencarum itu tidak meletakkan penama.... AMANAH RAYA akan menguruskannya pula. Jika ada tuntutan (dari ahli keluarga) mungkin urusan yang paling cepat di proses oleh AR lebih kurang 3-4 tahun. Kebiasaanya, urusan akan selesai lebih daripada 5 tahun. Dalam tempuh 3-5 tahun tersebut sahaja pun...banyak sebenarnya AR dan KWSP mendapat keuntungan hasil pelaburan (biasa @ tetap) dan juga faedah simpanan bank dari duit para pencarum-pencarum tersebut. 

Kita semua tahu bahawa simpanan KWSP yang terkini adalah berjumlah RM932 billion. Sebelum Covid-19 melanda, lebih kurang RM700 juta sebulan berjaya di kutip oleh KWSP. Mungkin sekarang dah berkurangan kerana ramai pekerja-pekerja tersebut telah hilang pekerjaan. Di anggarkan lebih 4 juta rakyat Malaysia telah menjadi 'penganggur segera' sejak dari bulan MARCH 2020. 

Adakah 'penganggur-penganggur' itu semua akan menyangka bahawa hari ini mereka sudah kehilangan kerja?. Adakah rakyat Malaysia juga meminta keadaan sebegini?. Orang yang bekerja pun, ramai jugak yang telah di potong gaji dan elaun. OT pun dah tiada. Dulu boleh jugaklah dapat RM 2,000-RM2500. Bila dah di potong gaji, elaun atau OT..dapatlah RM1,200-RM1,500 sebulan. Dah beli motor untuk bekerja. Bayaran rumah, bil air dan eletrik masih nak kena bayar juga. Bahan dan barang-barang makanan sesisi rumah dan sebagainya pun nak kena ada. Dah berapa semua tu?

Jika PM @ Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi ada akal yang waras..tak mungkin mereka suka memperlakukan @ melihat rakyat-rakyat yang dalam kesusahan seperti hari ini. 

Jadi, setelah mereka bersusah payah bekerja dan segala titik-titik peluh mereka ketika mengerah tenaga bagi membantu keluarga dan Negara..kini mereka perlukan sedikit ikhsan KERAJAAN dengan melonggarkan syarat-syarat pengeluaran wang KWSP. Duit dari susah payah mereka sebenarnya itu. 

Mungkin bagi orang-orang KERAJAAN terutama Menteri-menteri mereka tidak begitu terkesan dengan masalah ini. Mungkin bukan saat dan hari ini lah, kan?. Tetapi, mereka yg bekerja swasta...amat-amat memerlukan bantuan dengan mengeluarkan wang simpanan mereka sendiri. Sekurang-kurangnya, dapatlah mereka berfikir dan berusaha untuk berniaga dan sebagainya. Dalam keadaan ekonomi yg buruk dan teruk seperti sekarang...mampukah mereka mendapatkan pekerjaan lain?. Tak mungkin lah...kan?. Jadi, PM dan penasihat2 KERAJAAN jgn terlalu sombong, biadap dan angkuh terhadap rakyat2 yg kini menderita di tahap sengsara. 


Jika KERAJAAN tidak berbuat sesuatu...saya yakin lebih banyak kes-kes atau kejadian-kejadian seperti di bawah akan berlaku:

1. Kes jenayah....rompak, curi, rogol, bunuh dan sebagainya.

2. Kes perceraian yang akan melambak-lambak.

3. Kes-kes penderaan fizikal dan mental semakin bertambah dan semakin tetuk. 

4. Peningkat kes pesakit-pesakit mental.

5. Kehidupan dan tahap sosial masyarakat akan berubah 360 darjah, dan..


Banyak lagi sebenarnya. Muhyiddin, rakyat tidak akan menyalahkan pandemik covid-19...tetapi mereka akan tetap menyalahkan kamu dan KERAJAAN kamu ini. 

Cukup-cukuplah kamu bermain dengan politik yang turut mengheret rakyat ke lembah kehinaan dan penderitaan. Buangkanlah segala ego kamu itu. Tak kemana pun kamu boleh pergi. Jgn cuba nak menongkat langit. Ingat...kamu pun akan MATI sikit masa nanti.!!!. "Kullu nafsin dzaa iqotul mauut!!!"


Tq. 

Ikhlas, jujur dan benar,

Mohd Asri Bakar.