Esok saya akan membahaskan dengan lebih lanjut Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat pada jam 11 pagi, InshaAllah.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 hari ini.
Melalui hantaran di media sosialnya, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata perbahasan di Dewan Rakyat itu dijadual bermula jam 11 pagi.
Kelmarin, Anwar mengkritik Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat sebagai tidak mempunyai impak lonjakan yang berkesan bagi memulihkan ekonomi negara.
Beliau berkata, selain itu unjuran angka yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, juga disifatkan membimbangkan.
Belanjawan itu juga, tegasnya, tidak menyelesaikan masalah pengangguran dan membantu golongan pekerja yang dibuang kerja kerana itu adalah perkara paling besar.