PM ANWAR IBRAHIM MELANCARKAN MINGGU SAHAM AMANAH MALAYSIA

 









Hari ini saya telah merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia 2023 yang pada tahun ini diadakan di Bertam, Pulau Pinang tatkala diapit oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda. 


Setelah 45 tahun penubuhannya, PNB telah berjaya mengumpul dan mengembangkan aset di bawah pengurusannya kepada lebih RM341 bilion. Sehingga Disember 2022, PNB telah membayar dividen kumulatif berjumlah RM235.8 bilion kepada para pemegang unitnya.


Bagi menggalakkan budaya menabung dan pelaburan dalam kalangan rakyat Malaysia, di bawah inisiatif tambahan Belanjawan 2023, saya telah mengumumkan peningkatan had pelaburan individu untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dari RM200,000 dinaikkan kepada RM300,000.  Saiz dana Amanah Saham Malaysia (ASM) pula ditingkatkan sebanyak RM5 bilion. 


Di dalam ucapan, saya singgung agar penduduk Pulau Pinang dan sekitarnya mengambil manfaat daripada program-program pendidikan pelaburan yang disediakan oleh MSAM. Usaha ini perlu dipanjangkan kepada kempen pengajaran pendidikan serta pengetahuan kewangan kepada guru-guru di sekolah untuk dipupuk budaya menabung dan melabur dikalangan pelajar.


Saya juga tegaskan supaya pengurusan syarikat-syairkat berkaitan kerajaan perlu ingat kepada matlamat asal penubuhan dan cekap melaksanakan tugas masing-masing. Ini penting kerana dana berbilion ringgit yang diuruskan adalah amanah daripada rakyat dan Kerajaan.


#MalaysiaMADANI



MELANCARKAN MADANI AFIAT













 Dalam kunjungan ke Ipoh, Perak hari ini, saya melancarkan Skim Perubatan Madani dan Program Madani Afiat Peringkat Kebangsaan bersama-sama Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. Turut hadir Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamed.


Saya pertegaskan komitmen kerajaan untuk terus menggendong amanah dan tanggungjawab menyelesaikan isu-isu kesihatan yang merundung sekian lama, khususnya kemudahan di institusi kesihatan dan kesesakan di hospital.


Kerana itu saya beri jaminan Kementerian Kesihatan akan terus mendapat peruntukan besar dalam Belanjawan MADANI 2024 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 13 Oktober nanti.


Dalam ucapan juga saya singgung mengenai pemberian subsidi yang tidak munasabah ketika ini kerana ia turut dinikmati golongan maha kaya, justeru rasionalisasi diperlukan bagi melindungi hak mereka yang benar-benar memerlukan.


Insya-Allah, nantikan pengumuman penting berkaitan hal ehwal kesihatan dan lain-lain dalam Belanjawan MADANI 2024 yang dirangka bagi memastikan rakyat beroleh aafiyah - kesihatan, kesejahteraan, kewarasan dan kebahagiaan.


#MalaysiaMADANI



BAGI YANG TAK DAK DUIT BAIK KE KAUNTER.




Ibrahim Mat Isa


 Menurut aku, orang yang berurusan dengan perkhidmatan duitnow itu orang yang banyak duit. Yang duk bising pasal kena caj perkhidmatan ni hanya orang tak berduit pun.


Kalau tak mau guna perkhidmatan itu sebab kena caj lima kupang, pergi berurusan di kaunter atau mesin ATM.



PALESU- ADA YANG KENA LAGI.





 [ADMIN] Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ingin menarik perhatian semua bahawa poster yang sedang diviralkan ini adalah fitnah dan tidak betul. 


Pihak SKMM telah dilaporkan berhubung perkara ini untuk tindakan selanjutnya. 


Orang ramai adalah dinasihatkan supaya menyemak dahulu kesahihan semua kandungan yang diviralkan supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang sengaja direka.


30 September 2023

Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan




Taktik sakau lebai:*


Mai Sargeant


👉🏽1. Cari 'pelabur' @ 'syarikat swasta'.

👉🏽2. 'Offer' tanah rizab Melayu kepada syarikat swasta untuk buat projek.

👉🏽3. 'syarikat swasta' setuju, lebai keluarkan surat kelulusan.

👉🏽4. 'syarikat swasta' bawa surat kepada bank, minta loan berjuta / berbilion ringgit.

👉🏽5. Tanah rizab yang dioffer tu, dipajak kepada bank.

👉🏽6. Bank lulus loan. 'syarikat swasta' dapat duit 'free' berbilion ringgit.

👉🏽7. Sudah pasti lebai ada bahagian, 'syarikat swssta' akan salur 'duit balasan' masuk akaun 'proxy' atas nama "sumbangan" parti atau NGO mesra parti.

👉🏽8. Lebai depan walaun dengan bangga umum, "kami berjaya bawa pelaburan berpuluh juta ringgit untuk negeri ini. Ini ialah game changer!!!"

👉🏽9. Walaun bertakbir tak tahu apa.

👉🏽10. Selepas 1-2 tahun, projek akhirnya gagal, jadi gajah putih. Lebai lepas tangan kata 'itu projek swasta, kerajaan sedia tanah sahaja'

👉🏽11. Akhirnya bank tuntut hutang tapi lebai takde duit nak bayar, akhirnya apa jadi?

👉🏽12. Bank lelong kesemua tanah-tanah rizab Melayu.

👉🏽13. Apa Melayu dapat?

 Satu sen tak dapat apa.

Apa lebai dapat? 

Dapat tukar mercedes dan tambah bini baru.

Walaun dapat apa?

Dapat bodo ketok.


Parti isle ??



RASUAH TAK ROSAK? RASANYA OTAK KOT YANG ROSAK







Mohd Mukhlis.


 Siapa kata rasuah tidak merosakkan? Betul kerosakan akibat rasuah tak akan jadi secara terus tapi akan membusuk macam pesakit barah tahap ke 4.


Pilihan ada di tangan anda, nak pilih yang acah2 cakna melayu Isley tapi senyap2 menyamun atau pun yang mengajak islah dan sudah terbukti kompeten?



TUAN IBRAHIM, JANGANLAH BUAT LAWAK MINTA JAWATAN SENDIRI SAJA DITANDINGI…



Sama seperti nada suara pimpinan yang lain, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man turut menafikan tuduhan parti itu mengeluarkan arahan agar lima jawatan tertinggi tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.


Menurutnya, PAS tidak pernah menghalang mana-mana kawasan untuk mencalonkan sesiapa sahaja bagi mana-mana jawatan.


“Bahkan, saya sewaktu merasmikan mesyuarat agung beberapa kawasan, memohon agar mereka mencalonkan orang lain untuk jawatan timbalan presiden,” katanya.


Dalam Muktamar Pas yang akan berlangsung pada 20-22 Oktober depan, jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden tidak dipertandingkan.


Ini bermakna penyandang sedia ada – Presiden (Hadi Awang), Timbalan Presiden (Tuan Ibrahim) dan tiga penyandang Naib Presiden (Ahmad Shamsuri Mokhtar, Idris Ahmad dan Mohd Amar Nik Abdullah) kekal memegang jawatan untuk sepenggal lagi.


Dalam hal ini, kenyataan Tuan Ibrahim bahawa beliau sendiri meminta orang lain dicalonkan bagi mencabar jawatannya, walaupun bertujuan untuk menampakkan tiada larangan dikenakan kepada sesiapa untuk mencabar tiga jawatan tertinggi itu, ia lebih kelihatan seperti lawak jenaka saja bunyinya.


Ini kerana bila Timbalan Presiden sendiri meminta orang lain mencabar kedudukan yang sedang disandangnya, tentulah tiada sesiapa yang sudi atau berani menyahutnya.


Malah, mungkin ramai yang jadi malu alah pula kerana kata-katanya itu.


Cuba Tuan Ibrahim secara terbuka minta jawatan Presiden Pas atau tiga jawatan Naib Presiden parti itu dipertandingkan, mungkin lain jadi pada muktamar kali ini?


Itu baru betul kalau beliau benar-benar nak lihat ada berlaku pertandingan.


Kemudian apabila jawatan Presiden dan Naib Presiden ada pertandingan, barulah jawatan Timbalan Presiden juga ada yang masuk bertanding.


Soalnya, kenapa Tuan Ibrahim tak pernah bersuara meminta jawatan tertinggi lain dicabar juga?


Mengapa hanya minta jawatannya saja ditandingi?


Tuan Ibrahim, lain kali janganlah buat lawak macam ini!! – ShahbudinHusin 01/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/



MASIH RELEVANKAH PERJUANGAN HUDUD?






Che Ibrahim


Qazaf adalah salah satu dari kesalahan hudud. Kesalahan ini disebut dengan jelas dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (2015) Kelantan dan juga dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002.


Apabila tuduhan qazaf sudah dinormalisasi, semua pihak di semua peringkat dengan berani melemparkan tuduhan qazaf secara terbuka dan berulang ulang, setiap percakapan diselangi dengan sindiran, ejekan atau seumpamanya berkaitan liwat seolah olah ianya sudah menjadi satu amalan terbuka seperti kaum Lut....


Di ketika itu ambo terasa di mana hudud? di mana perjuangan hudud kerana puak yang sama yang menjuarai tuduhan liwat adalah puak yang dikatakan nak melaksanakan hukum hudud???..


Maknanya Allah telah menguji perjuangan hudud dengan memunculkan pesalah pesalah hudud dari kalangan kamu sendiri, mereka yang ada disekeliling kamu setiap hari melakukan kesalahan hudud di depan kamu, tapi kamu tidak berbuat apa apa, mulut kamu kelu untuk menegur, apalagi menghukum, maka sahlah perjuangan hudud kamu hanya satu pembohongan!!!!



TAHNIAH SPRM






 Sekalung tahniah buat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersempena ulangtahun yang ke-56. 


Atas kesempatan ini, saya kekal tegas bahawa badan ini mesti bebas dari pengaruh eksekutif. Ia mesti tegak dengan prinsip yang bukan hanya menolak tetapi mesti memperteguh usaha mencegah gejala rasuah. 


Negara atau tatanan yang dicita tidak akan terbangun tanpa usaha menolak dan membenam keras budaya rasuah di semua peringkat masyarakat. 


Saya yakin akan kemampuan SPRM memaknai cita-cita luhur ini demi rakyat dan negara. 


#MalaysiaMADANI



KERAJAAN DAN DBKL PERLU PROAKTIF

 Dataran Merdeka aset pelancongan org Melayu




Kelmarin saya berjanji utk menulis aset2 pelancongan yg terlepas pandang utk dibangunkan atau ditambah nilaikan sebagai aset pelancongan negara.


Semalam pula PMX berjanji akn memberi fokus utk tingkatkan pelancongan negara sebagai pendapatan negara. Kita bernasib baik ada Batu Caves dan Genting Highland yg saya lihat menjadi tumpuan pelancong luar negara di Youtube.


Bagaimanapun kita hanya melepaskan tanggungjawab itu kpd pihak swasta. Jika mendiang Tan Sri Lim Goh Tong tidak mencetuskan idea yg dianggap gila ketika itu, kita hanya mengharapkan pelancongan ‘dingin’ peninggalan Inggeris iaitu Bukit Fraser.


Apa yg boleh kerajaan lakukan? Saya mulakan dgn di Kuala Lumpur.


Umum masyarakat mengetahui beberapa tarikan pelancong di ibukota adalah di China Town ( Petaling Street ), Little India ( Brickfields ), Bukit Bintang dan KLCC yg juga merupakan ikonik Malaysia.


Tapi persoalannya di manakah lokasi yg menjadi tempat org Melayu menumpang rezeki? Saya hairan ratusan ribu setahun warga Indonesia menuju ke Jalan Alor utk makan atau di Bukit Bintang yg dipenuhi restoran Cina dan Arab.


Ia bukan rasis tetapi negara majoriti masyarakat Melayu tetapi pelancong luar tidak dpt lihat dimanakah lokasi utk mereka melihat identiti Melayu. Nak harap pembangunan Kampung Baru entah bila boleh dibangunkan.


———————————————————————————-


Jadi saya melihat Dataran Merdeka adalah tempat yg paling sesuai. Pertama ia adalah kawasan strategi dan bersejarah yg juga telah menjadi peta pelancongan negara. Malah sekian lama menjadi tempat ‘lepak’ org Melayu.


Bukan tiada aktiviti tetapi belum cukup sebagai tarikan pelancong luar negara terutama aktiviti di waktu malam.


Apa yg perlu dilakukan?

1) Bangunan mahkamah yg sudah tidak digunakan boleh disewakan kpd Starbuck, KFC, Mc Donald, Secret Recipe dan restoran2 Melayu di tingkat aras bawah dan atas.


Yg penting struktur bangunan tersebut tidak diganggu. Ia seperti di London, Paris atu bandar di Eropah yg mengekalkan struktur bangunan lama tetapi moden di dalamnya.


Daripada bangunan itu terbiar sahaja atau sekadar tontonan sejarah adalah lebih baik ia digunakan atau disewakan sebagai produk pelancongan yg berkonsepkan 2 in 1 ( restoran & bangunan sejarah ).


2) Jalan di belakang mahkamah Sultan Abdul Samad  pula berikan 100 peniaga Food Truck berniaga di situ.


Dengan adanya River of Life, sungai dlm bandaraya KL yg dulunya kotor, sudah mula berwajah baru dgn warna warni. Kawasan sekitar Masjid Jamek sudah ada landskap, mural dan juga lampu biru bila waktu malam.


Kawasan yang dulunya cuma tempat pejalan kaki sekarang sudah berpokok hijau. Landscape kawasan ini sekarang sudah ceria. 


Ia sesuai utk menjadi tempat lepak2 makan malam warga KL atau pelancong ke situ sambil makan menikmati pemandangan indah dan dihiburkan dgn persembahan busking.


Saya percaya jika ia boleh dilakukan ia akn menjadi aset terbaru pelancongan negara. Saya juga sarankan Kementerian Pelancongan mensajikan persembahan kebudayaan saban malam dari seluruh negeri di Malaysia di pentas utama Dataran Merdeka sebagai salah satu tarikan utama di situ. 


Ia bukan sekadar identiti Melayu tetapi identiti Malaysia apabila ada persembahan kebudayan dari pelbagai bangsa dan negeri. Mat Saleh bukan nak tgk bangunan sgt tapi mahu lihat kebudayaan sesuatu negara.


Kita sudah ada tarikan di situ cuma tingkatkan lagi ia sebagai tarikan lokasi pelancong luar negara yg bukannya seperti skg hanya 90% dikunjungi pelancong Melayu sekadar lebih kpd ‘melepak’ kerana kekurangan aktiviti di situ.


——————————————————————————


PARKING


Yg penting DBKL kena fikirkan parking di Dataran tersebut mencukupi atau tidak. Cadangan saya benarkan kereta parking mulai jam 8 mlm di sekitar Central Market dan kawasan sekitarnya yg sunyi bermula jam 8 mlm.


Saya yakin jika kerajaan serius utk bangunkan Dataran Merdeka seperti cadangan ini… Dataran Merdeka akn menjadi sehebat Bukit Bintang dgn caranya tersendiri.


Next saya akan ceritakan lokasi terbaik pelancongan negara yg perlukan dibangunkan oleh kerajaan dgn kerjasama pihak swasta. Ia akn menjadi lebih menarik dari Genting Highland.



FUHHH...PUNYA BAIK ...

 



Ni real wey. Ni bukan zaman dia dalam pengkhianat lagi. Zaman dia dalam UMNO dulu ni. Tahun 2017. Harga barang naik ni memang setiap masa ada.


Tapi apa Hamzah jawab masa tu? Sejak zaman Nabi saw pun dah ada. Pergh. Hebat betul jawapan dia bagi. Dari dulu dah ada bakat tunggang agama.


Hari ni, duduk di kerusi pembangkang, acah-acah ambil tahu pulak ye kebaikan harga barang? Kenapa tak cakap kat diri sendiri sejak zaman nabi lagi dah ada? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


WOIII...BAIK HANG CERMIN DIRI.

 



Pencetak Duit ni faham ke tidak maksud munafik tu aku pun tak pasti. Tapi munafik tu ada tiga cirinya. 


Pertama, apabila berkata, dia berdusta. Nak bagi contoh paling senang untuk berdusta ni adalah buat fitnah. Sebab fitnah tu memperkatakan sesuatu perkara yang tak betul.


Contoh kata DS Anwar sokong LGBT, tuduh beliau gay, cakap TH jual aset kepada bukan Islam, hasut konon DAP nak rampas negara serta banyak lagi. Sekarang, siapa yang paling banyak kalah saman fitnah, merekalah kaki fitnah.


Kedua, apabila dia berjanji, dia mungkir. Kalau bab ni walaun bangkitkan isu turun harga mintak. Tapi janji tu tahun 2008 dulu. Situasi lain dan janji setiap PRU (manifesto) tu berbeza sebab ikut situasi. PRU tahun tu DS Anwar tak jadi PM pun. Jadi tak valid.


Tapi tahun 2018, PRU14, PAS janji akan hapuskan hutang PTPTN kalau memerintah. Ditakdirkan pada 2020 PAS jadi sebahagian daripada kerajaan. Tapi PTPTN masih tak hapuskan. Jadi jelaslah yang PAS dah mungkir janji mereka.


Itu tak cerita janji nak buat hudud sampai sanggup lepaskan jawatan MB, janji nak pinda RUU355, tak termasuk janji dalam manifesto macam buat rumah mampu milik, selesai masalah air dan sebagainya. PAS dah biasa mungkir janji.


Dan ketiga, apabila diberi amanah, dia khianat. Satu contoh agong, dipilih oleh rakyat atas logo parti Keadilan. Tapi bila dah menang, dia lari tinggalkan parti itu, tubuhkan pula kerajaan dengan pihak lain hingga runtuh kerajaan yang dipilih rakyat. Itu satu contoh jelas khianat.


Contoh lain, diberi amanah untuk jaga negara, dia hentam buat projek yang diberikan kepada kroni, kemudian dia kutip komisen dari projek tersebut. Itu juga contoh khianat yang nyata. Nak senang cerita, semua kes rasuah dan sakau adalah khianat.


Panjang nak tulis satu persatu. Tapi motif tulisan aku di sini, sebenarnya siapa yang munafik? Siapa yang menepati tiga ciri munafik ini?


Gabungan PH-BN atau PN sendiri? Pencetak Duit ni kena balik dan cermin diri sendiri dulu. Tak payah sibuk tegur tahi lalat di muka orang sampai terlupa muka sendiri penuh dengan contengan arang dan najis. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


ALHAMDULILLAH- MAKA KERAJAAN TAK PERLU BERTANGGUNGJAWAB ...

 Alhamdulillah... selesai.


Kalau masih ada MP PN yang dok minta peruntukkan dgn Kerajaan, mereka sebenarnya telah menghina Haji Hadi.





PARTI BEBAS RASUAH atau PARTI BERASUAH?



Posted by Admin

Cartoon by Haili





UNTUNG LA MAKAN BERAS SEKILO RM 7


 

TAK INGAT AKHIRAT KA ...


 

KEH KEH...UNTUNG WOIII....BALAK MAI DEPAN UMAH..


 

KENANGAN LUCU KERAJAAN TEBUK ATAP

 



Ada sesiapa masih ingat cerita ini....? Antara sejarah, peristiwa dan episod paling lucu dalam Kerajaan Tebuk Atap.

👉 Dia peroleh ijazah bidang apa hingga dilantik Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar 

👉Dia ponteng persidangan menteri Alam Sekitar sedunia anjuran PBB sebab forum dlm Bahasa Inggeris



CURI VS CURI




 

MACAM MACAM LEBAI NI


 

BERSIMPATI DENGAN WAN JI


Che Ibrahim


 Ambo amat bersimpati dan rasa amat sedih atas apa yang berlaku ke atas sahabat ambo Ust Wan Ji, namun seperti kata Hakim Bicara, kebebasan bersuara tidak memberi hak untuk kita berkata apa saja, ianya tidak bermaksud kita boleh bercakap sesuka hati.


Kalau kita tidak berdepan dengan hukuman dunia, yakinlah hukuman akhirat tidak akan terlepas.....Ambo tunggu giliran Sanusi pula.





𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗞𝗘 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙




SEBELUM ini saya dah Tabayyun dgn Menteri Agama dan tulis mesej ini di group Whatsapp. Skrg Menteri Agama sendiri buat kenyataan.


Tolg sebarkan mesej di bawah ini agar ramai tolg buat laporan ke atas 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗿𝗴𝗼𝗻, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗧, 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗨𝗡𝗔 𝘆𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗲𝘀𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗸𝗮𝗿𝗶𝗮 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗺𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗽𝗮𝗸 𝗱𝗲𝗽𝗮 𝗱𝗼𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 dgn sebar fitnah liwat terhadap PMX.


Laporkan shj kpd pihak berkuasa agama jika anda mampu buat. Silakan. Setakat tolg tular, lebih baik elakkan sbb kita nak kurgkan publisiti bg mereka. 


Wallahualam.


Zus Din 

01102023

*********

Mesej saya di whatsapp group sebelum ni 👇👇


𝗣𝗘𝗥𝗛𝗔𝗧𝗜𝗔𝗡 - 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 :


*Selepas Tabayyun dgn Menteri Agama, saya dimaklum dan difahamkan bila ada aduan atau laporan kpd pihak berkuasa Agama negeri masing2 tentang apa2 kesalahan termasuk Qazaf, pihak berkenaan MESTI buat siasatan*.


*Skrg kita tahu, jika jenayah QAZAF dilakukan oleh walaun & untit BANGSAT di SocMed, meskipun secara berkias, kurg jelas, ia dianggap "KINAYAH" dan perlukan siasatan. Kita boleh laporkan jenayah QAZAF walaun & untit kpd pihak berkuasa Agama biar puak ni terpaksa hadap Mahkamah Syariah. Berat hukumannya. Melapor perkara ini kpd SKMM tiada tindakan pun, so ANDA boleh cuba lapor ke pihak Berkuasa Agama pula.*


Wallahualam.


- Zus Din 

25092023



INI KISAHNYA.


 

ORANG BALING. HANGPA CARI SANUSI DAN YB HANGPA NI. DEPA KATA HILANG


 

DOK KERIAU KE MAMAK RAHIM NI BUAT APA ?


 

BANTUAN DARI ANAK MUDA MADANI


 

NAK KOMEN BERPADAN PADAN LAH.

 




Perempuan yang buat komen jelek di FB terhadap YAB DS Anwar sudah dipanggil oleh pihak polis. Dia merupakan seorang sukarelawan polis.


Ini satu peringatan untuk semua. Berpada-padalah dalam berkomentar. Kebebasan bersuara bukanlah bermakna bebas gunakan perkataan jelek.


Apa yang dia dapat dengan buat komentar begitu? Dapat jemputan khas ke balai. Lain-lain? Tak dapat apa pun. Tapi pemimpin yang dia sokong boleh la dapat gaji dan bermacam elaun.


Bukan tak boleh nak sokong. Tapi tak perlu sampai buat perkara begini. Perbuatan begini memang dari dulu lagi salah. Tapi buat juga kenapa?


Itu yang aku kesian dengan walaun. Otak dah kena brainwash. Korbankan segalanya dan bodohkan diri. Tapi yang susah dia sendiri. Pemimpinnya yang senang lenang. Cerdik la sikit. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

PMX DEDAHKAN ASET SAKIT TH KEKAL DENGAN KERAJAAN SELAMA INI



1. Ketika saya diamanahkan sebagai Menteri bertanggungjawab ke atas TH April 2018, kedudukan kewangan TH dalam keadaan defisit RM4 Bilion antara aset dan tanggungan seperti dilaporkan oleh laporan audit 2017. Pada Disember tahun sama setelah dibuat nilai rosot sebenar (impairment) oleh pengurusan baharu jurang defisit meningkat kepada RM10 Bilion. 


2. Masalah pertama saya ialah bagaimana saya akan keluarkan Hibah (dividen) tahun itu dalam keadaan tanggungan (liability) melebihi aset. Isu kepatuhan akta perlu dipenuhi kerana syarat keluar hibah ditetapkan ialah aset perlu melebihi tanggungan dan perlu ada keuntungan (Seksyen 22(3)(a) Akta Lembaga Tabung Haji 1995). 


3. Kepatuhan kepada akta adalah keutamaan saya kerana saya perlu lunaskan tanggungjawab kepada seluruh 9 juta pendeposit ketika itu supaya TH patuh undang2. Sejak 2015 pematuhan kepada Seksyen 22(3)(a) tidak diikuti dan pernah ditegur oleh Bank Negara dan laporan Audit. 


4. Setelah membuat penilian semula semua aset TH maka dikenal pasti nilai semasa aset sakit antara boleh alih (saham) dan tetap adalah hampir RM1O Bilion. Kerajaan melalui syarikat SPV  (Special Purpose Vehicle) di bawah Kem. Kewangan diPerbadankan telah menilai harta sakit dengan harga premium RM20 Bilion sebagai nilai perpindahan dari TH ke SPV melalui pemberian sukuk. Keputusan untuk selamatkan TH dari terus dalam keadaan defisit saya bentangkan kepada kabinet pada tahun 2018 dalam kertas jamaah menteri bawah pelan penstrukturan semula. Pelan ini antara lain memohon aset sakit/rugi (underperforming assets) TH dipindahkan kepada SPV bawah MoF (Inc) bagi mengelak terjejasnya aset lain yang menguntungkan. 


5. SPV menerima aset RM20 Bilion dengan menerbitkan sukuk kepada TH dan dengan itu jurang aset dan tanggungan berjaya ditutup dengan lebihan 1 Bilion. Bagi tahun 2018 hibah patuh undang-undang bernilai 1.25% berjaya diagihkan sejak ia dilanggar pada tahun  2015. Tohmahan aset dijual dan dilelong kepada Cina menjadi mainan politik jijik dari tahun  2018-2022. Kes Mahkamah Dasuki vs Mujahid dalam isu aset TH dijual kepada Cina berjaya dipatahkan dengan penghakiman peringkat Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi berpihak kepada Mujahid dan ternyata jual aset ke Cina satu kenyataan fitnah sekaligus mematikan serangan jahat dan keji pihak tertentu untuk tujuan  politik sempit perkauman dan agama. 


6. Alhamdulillah pada 29hb Sept. 2023 PMX telah menjelaskan apa yang saya sebut dan pertahankan selama ini bahawa tujuan perpindahan aset ke SPV atas nama Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) adalah usaha menyelamatkan kewangan TH yang gawat ketika itu dan kerana tindakan tersebut aset berdayamaju yang lain dapat dijana dan pada tahun berikutnya hibah patuh undang2 dikeluarkan lebih baik iaitu 3.05% dan seterusnya 3.10%. 


7. Kenyataan PMX itu menandakan 2 perkara iaitu kewangan TH dan pengurusannya berjaya diperbetulkan dan dibaiki melalui pelan penstrukturan semula 2018-2020. Apa yang diumumkan oleh PMX ialah kini TH berada dilandasannya yang betul semula setelah fasa kritikal 2018-2020 berjaya dilaksanakan di sebalik fitnah dan tohmahan jahat pembangkang ketika itu. 


8. Seperkara lagi terbenamlah sudah segala fitnah aset TH dijual dan dilelong sedangkan selama ini ia berada dalam jaminan selamat kerajaan dan dipegang penuh amanah memeliharanya sebagaimana didedahkan oleh PMX dalam majlis sambutan 60 tahun TH. 


Alhamdulillah, kita diuji dengan kesabaran untuk mempertahankan kebenaran. Firman Allah, 


"Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan" (Al Nahlu : 127)


Yb Datuk Seri Sen. Dr. Mujahid Yusof Rawa

Ahli Dewan Negara

Naib Presiden Amanah 


30hb Sept 2023



PEMBANGKANG SUARA SAJA MENIPU


Norman Radzuan


Auntie Anne’s dari zaman saya duduk KL dulu dah ada. Itu bukan tutup bingung itu renovation kasi upgrade… kalau tutup dah tak letak lagi gambar Auntie Anne’s… dia letak letak gambar ‘Kuih Cakoi Suraya’. Opening Soon tu akn dibuka bukan ditutup. Yg walaun pun jgn la jadi lebih lurus dari pembaris.




SENDIRI ADA KES DNAA....


 Chewah. Nampak macam baik. Tapi sebenarnya dia baru tersedar. Nak main isu DNAA macamana kalau dia sendiri pun ada kes yang DNAA. Guane boh?



 

Raja Gelap II 


.

LAIN KALI JANGAN MAKAN KALAU RASA MAHAL. KITA ADA PILIHAN.


Wang Xiang.


 DAH tau mahal, lain kali pi ikut pak mentua mencandat sotong kat Marang.






FITNAH WALAUN ...

 


Apa nak jadi dengan walaun? Fitnah jadi santapan harian. Benda tak ada pun diada-adakan. Sanggup reka cerita demi nak timbulkan kebencian.


Tak pernah sekali pun, dari sesiapa pun, menyebut yang Madani itu agama. Bahkan DS Anwar sendiri pun tak pernah kaitkan ia dengan ibadah.


Kalau nak kata agama, lebih mudah untuk katakan PAS dah jadi agama. Sebab PAS kaitkan segalanya dengan dosa dan neraka, pahala dan syurga.


Kalau tak sokong, jadi kafir, jadi munafik. Namun DS Anwar tak pernah pula tuduh begitu kepada pihak yang meremehkan konsep Madani ini.


Judi dan arak tetap haram. Bahkan kerajaan Madani ini telah mengurangkan bilangan cabutan khas judi kepada 8 selepas PAS/PN naikkan jadi 22.


Tak pernah DS Anwar menyatakan semua agama adalah sama. Bahkan DS Anwar tampak lebihkan dakwah hingga kediaman rasmi PM pun jadi pusat dakwah.


Semua kaum mendapat hak sama rata pula adalah ajaran Islam. Nabi saw tak ajar kita untuk menjadi assobiyah. Memang itulah ajaran Islam sebenar.


Institusi penghakiman memang 2. Bahkan semasa PAS dan PN dalam kerajaan pun, tiada rancangan untuk jadikan mahkamah syariah sebagai sistem tunggal.


Berhentilah buat fitnah. Orang yang beriman pasti tahu pembalasan kepada pemfitnah di hari akhirat kelak. Jangan korbankan iman demi politik.


Lihat sendiri post ini di https://tinyurl.com/ys4v56kt tapi jangan like. Komen je tak apa. Sebab aku tak mahu dia syok tengok komen banyak jadi dia buat fitnah lain lagi selepas ni.


Kalau nak report pun digalakkan. Posting sebegini menimbulkan kegentaran awam dan tindakan mesti diambil segera. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.