TAHNIAH SPRM






 Sekalung tahniah buat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersempena ulangtahun yang ke-56. 


Atas kesempatan ini, saya kekal tegas bahawa badan ini mesti bebas dari pengaruh eksekutif. Ia mesti tegak dengan prinsip yang bukan hanya menolak tetapi mesti memperteguh usaha mencegah gejala rasuah. 


Negara atau tatanan yang dicita tidak akan terbangun tanpa usaha menolak dan membenam keras budaya rasuah di semua peringkat masyarakat. 


Saya yakin akan kemampuan SPRM memaknai cita-cita luhur ini demi rakyat dan negara. 


#MalaysiaMADANI