AKU PERCAYA DSAI AKAN TUNAIKAN JANJI- BIAR LAPANG LAPANG SIKIT.....DAH DAPAT 100 KENAIKAN MELIBATKAN PENCEN KAN, MAKA ITU YANG DIBERI ISMAIL SABRI

 

Sabar, Anwar beritahu Cuepacs berkait naik gaji penjawat awam

Perdana menteri berkata kedudukan kewangan kerajaan juga perlu diambil kira.

Anwar Ibrahim berkata penambahan gaji penjawat awam menjurus kadar defisit negara meningkat 6.5%.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim merayu kepada penjawat awam supaya bersabar susulan kekecewaan disuarakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

“Kalau kita tambah gaji, defisit jadi 6.5%,” katanya sambil menambah kesan itu menjejaskan keyakinan pelabur kerana memberi gambaran kerajaan tiada tekad politik mengurus negara.

“Jadi, sabar la sekejap,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Antarabangsa Tentang Islamofobia: Libatserta Bermakna Melalui Wacana Madani.

Anwar berkata, secara prinsipnya beliau bersetuju gaji penjawat awam ditambah.

Bagaimanapun, kata Anwar, penjawat awam juga perlu mempertimbangkan kedudukan kewangan kerajaan dan kesejahteraan rakyat

Beliau berkata, hutang negara sudah melonjak kepada RM1.5 trilion dengan kerajaan berdepan defisit tinggi belanjawan.

Pada Jumaat, Presiden Cuepacs Adnan Mat, berkata belanjawan tidak mengandungi sebarang komitmen menaikkan gaji penjawat awam bagi membantu mereka menyerap tekanan kos sara hidup.

Adnan berkata, penjawat awam berharap penilaian semula sistem saraan baharu perkhidmatan awam, melalui model gaji dan upah yang mampu meningkatkan pendapatan penjawat awam.

Anwar yang juga perdana menteri, pada Jumaat, membentang Belanjawan 2023 berjumlah RM388.1 bilion.

Ads by Kiosked

Antara kelebihan diumumkan kepada penjawat awam melibatkan pemberian bantuan khas Aidilfitri RM700 bagi gred 56 dan ke bawah; penembusan awal gantian cuti rehat (GCR) sehingga 50% iaitu maksimum 90 hari; dan penjawat awam isi rumah berpendapatan RM7,000 ke bawah mendapat subsidi yuran taska RM180 sebulan.


No comments: