NURUL IZZAH BANTU MANGSA KECURIAN MOTOSIKAL -Motor Hilang, Punca Rezeki Melayang.






Beberapa hari lepas, saya menerima mesej daripada seorang penduduk Seberang Jaya meminta bantuan. Katanya, 15 penduduk di Flat Tuna Seberang Jaya jatuh terduduk apabila motosikal yang mereka miliki hangus dalam suatu kebakaran. Katanya lagi, itu sajalah mod pengangkutan yang ada untuk pergi kerja, menghantar anak ke sekolah, membawa ahli keluarga sakit ke hospital, dan macam-macam lagi. πŸ˜”

 

Penduduk yang terjejas ni semuanya dari keluarga berpendapatan rendah, justeru sukar dan tidak mampu membeli 'kuda' baru.

 

Ya, saya bukan lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh, namun ramai penduduk yang datang memohon bantuan daripada saya. 

 

Mereka juga ada bertemu wakil rakyat kawasan, tetapi mereka datang kepada saya dengan permohonan ini kerana masih menantikan penyelesaian. Syukur Alhamdulillah - kadang-kadang rezeki datang daripada pelbagai sumber rezeki. Saya team up dengan YB Lee Khai Loon ζŽε‡―δΌ¦ dan cuba cari jalan untuk menyelesaikan isu rakyat di Seberang Jaya ini. 

 

Alhamdulillah, kami berdua berkat sumbangan juga hamba-hamba Allah SWT lainnya mampu meraih wang sebanyak RM30,000 untuk membantu meringankan beban mereka.

 

Kami pergi ke kedai motor dan membeli Modenas Kriss MR3. Asalnya, harga motor ni dalam RM4,000 sebijik, tetapi akhirnya dibeli pada harga RM3,500 seusai proses rundingan nego! πŸ˜…

 

Saya tersentuh. Owner kedai sangat baik dan prihatin - beliau bagi diskaun, bila tahu tentang usahasama demi membantu keluarga berpendapatan rendah di Seberang Jaya. Syabas! πŸ‘πŸ½

 

Berkat dokongan team dan sukarelawan, proses lesen, road tax, insuran, dan isi minyak full tank selesai! InshaaAllah, semoga token kecil ini dapat membantu mereka mencari pendapatan dan meneruskan kehidupan. 'Kuda' dah ada, bolehlah pergi mencari rezeki semula. πŸ€—πŸŽ

 

Saya sedar, saya bukan lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh, tapi Permatang Pauh sentiasa di hati saya, selama-lamanya.

 

 


No comments: