Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dilancarkan kerajaan hari ini bertujuan meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar dan B40 kepada sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
IPR akan melibatkan tiga segmen utama – Inisiatif Usahawan Tani (Intan), Inisiatif Usahawan Makanan (Insan) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (Ikhsan).
Ketiga-tiga segmen itu bertujuan untuk mengatasi masalah ekonomi harian rakyat seperti kekurangan hasil pertanian, harga makanan sedia untuk dimakan tinggi, bahan makanan dan kesukaran mendapatkan pekerja bagi sektor tertentu.
Sumber: https://www.facebook.com/rafiziramli....