INNALILLAH ..BUAT PEJUANG REFORMASI

 


Rafizi Ramli


Saya terima berita duka tentang pemergian Saudara Ishak bin Abdul Rahman, atau lebih dikenali sebagai Sahak, dalam satu kemalangan motosikal semalam. 


Allahyarham adalah seorang aktivis reformasi yang bersama-sama saya sejak di awal penubuhan INVOKE. Semasa kempen PRU 2018, beliau merupakan Pengurus Kempen Lapangan INVOKE bagi Negeri Terengganu. Apabila saya menggerakkan Ayuh Malaysia, beliau juga aktivis yang konsisten membantu turun ke lapangan untuk gerak kerja kempen.


Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham dan menempatkan roh beliau dalam kalangan orang-orang yang soleh.


Takziah kepada keluarga Allahyarham.


Doa saya agar Abg Sahak diberikan kelapangan dan kesenangan di akhirat, seperti mana Allahyarham melapangkan dan menyenangkan rakan-rakan sepanjang beliau hidup.


Saya berdoa agar seluruh keluarga dan kenalan-kenalan Allahyarham tabah dengan ujian ini.


Al-Fatihah.



No comments: