Salahkah meminta derma?
Tidak salah.
Aku dulu pun pernah minta derma untuk mohon bantuan kos guaman.
Sampaikan walaun tersakiti asyik ulang-ulang post aku minta derma tu.
Cuma yang bezanya.
Aku minta derma, kerana aku dizalimi.
Orang lain minta derma, kerana menzalimi (memfitnah dsb).
Aku dizalimi oleh kerajaan jahat PN 33 bulan.
Aku diheret ke mahkamah, disumbat ke dalam loka atas kesalahan yang tidak aku lakukan.
Semasa perbicaraan Mahkamah Sesyen KL, aku tidak pernah minta derma.
Aku guna wang simpanan sendiri.
Berpuluh ribu habis.
Ulang alik dari Kelantan ke Kuala Lumpur setiap bulan selama 3 tahun untuk hadir perbicaraan.
Akhirnya bila Mahkamah Sesyen KL putuskan aku tidak bersalah, TPR buat rayuan ke Mahkamah Tinggi KL pula.
Kat sini baru aku stuck
Aku memang sudah tiada wang untuk teruskan.
Bila perbicaraan Mahkamah Tinggi KL bermula, barulah aku mohon kutipan derma.
Alhamdulillah, ramai yang membantu aku melawan kerajaan jahat PN.
Natijahnya, aku juga menang di Mahkamah Tinggi KL, hakim memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen.
Terbukti bahawa aku dizalimi bertahun-tahun oleh kerajaan jahat PN.
Tidak sama dengan sesetengah orang yang lain.
Mereka menzalimi orang lain.
Mereka memfitnah, tapi mereka berlagak mangsa pula.
Sudahlah memfitnah, mereka minta derma untuk bantu fitnah mereka pula.
Fitnah pula dianggap perjuangan.
Fitnah pula dianggap jihad.
Pemfitnah pula dianggap wira.
Betapa umat dirosakkan.
Oleh parti jenama agama.
Buat jahat pun tak apa.
Asalkan tak lawan parti mereka.
Inilah yang merosakkan umat.


No comments:
Post a Comment