Ahmad Hussein
Seperkara saya benar² syukur pada Allah iaitu saya berjaya keluar dari ketaksuban terhadap Firqah Rusila Hadi Awang.
Saya dulu orang mengaji Pondok, so puak² Hadi berdakyah bawa imej Lebai masuk ke pondok-pondok untuk cari pengaruh.
Maka dulu ketika di pondok memang saya terjebak dengan Firqah Hadi, namun Alhamdulillah sampai satu tahap Jemaah Tabligh menjadi asbab keselamatan saya, Allah SWT kurnia bimbingan asbab saya mencari, kerana memang saya dah rasa something wrong selama menjadi Wala'un, jiwa tak tenang dan ibadah tak khusyuk.
Alhamdulillah, saya kembali sedar keluar dari kebatilan Firqah Hadi yang merosakkan jiwa-jiwa manusia diatas nama agama.
Sebenarnya orang² PAS jauh dari sifat Mahmudah, mereka adalah ahli Mazmumah.
Malangnya, Mazmumah orang² PAS telah dihalalkan atas nama "Agama Politik", maka itu membuatkan mereka tak pernah rasa berdosa.
Adapun saya Alhamdulillah berjaya keluar dari kebatilan itu dek usaha Dakwah Tabligh yang menekankan aspek kemurnian jiwa mengusahakan ittiba' As-Sunnah.
Saya minta maaf kepada PM Anwar Ibrahim selama saya menjadi Wala'un dulu, adapun kini Alhamdulillah saya mahu tebus kesilapan silam terjebak dengan Firqah Hadi.

No comments:
Post a Comment