Sah! Nik Nazmi Akui Ditahan JAIS Atas Dakwaan Khalwat

 



IMG_8369

Nik Nazmi bersama wanita berkenaan sedang mengadakan perbincangan berkaitan projek selepas memulakan pertemuan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Bekas ahli parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan dirinya merupakan salah seorang individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kes berdua-duaan dengan seorang wanita bukan mahram di sebuah tempat tertutup di daerah ini kelmarin.

Beliau berkata, ketika kejadian, dia bersama wanita berkenaan sedang mengadakan perbincangan berkaitan projek selepas memulakan pertemuan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur.

Menurutnya, mereka kemudian memutuskan untuk meneruskan perbincangan di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek berkenaan.

Kedua-dua individu berkenaan kemudian dibawa ke Pejabat JAIS di Shah Alam bagi tujuan proses dokumentasi dan diambil keterangan. Foto Malay Mail

“Pada masa pegawai JAIS tiba, sememangnya hanya saya dan wanita tersebut yang ada. Saya mengakui itu adalah suatu kesalahan.

“Seperti yang saya maklumkan juga kepada Pegawai JAIS, kami sememangnya tidak melakukan apa-apa tindakan sumbang yang menimbulkan syak wasangka.

“Saya ingin memohon maaf kepada isteri keluarga dan keluarga kami dan semua yang terkesan di atas kesilapan pertimbangan pada waktu kejadian yang tidak sewajarnya berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau akan memberikan kerjasama untuk sebarang proses perundangan selepas ini.

Kenyataan media Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang disiarkan pada 16 Oktober 2026. Foto JAIS

Pada masa sama, bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu turut memohon maaf kepada parti Bersama kerana mengecewakan ahli dan penyokong parti itu susulan isu berkenaan.

Tambahnya, dia akan menerima apa jua keputusan yang dibuat oleh parti berhubung perkara tersebut.

“Saya berharap semua pihak akan menghormati proses perundangan dan tidak memanjangkan perbicaraan menerusi media,”katanya.





No comments: