Versi teks untuk Kenyataan Media Majlis SU PH:
KENYATAAN MEDIA
MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN
13 April 2020
PERTIMBANG SEMULA KEPUTUSAN TIADA PENANGGUHAN BAYARAN BALIK LPPSA
Majlis Setiausaha Pakatan Harapan mengambil maklum bahawa Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) telah mengumumkan 8 April lalu yang ia tidak akan memberi sebarang penangguhan (moratorium) pembayaran balik ansuran bulanan pembiayaan perumahan.
Antara sebab-sebab yang diberi termasuk kerana dana LPPSA disubsidi pada kadar faedah 4% yang lebih rendah berbanding kadar faedah mana-mana bank tempatan lain, kerana moratorium akan melibatkan pinjaman tambahan melebihi RM2 bilion, dan kerana penjawat awam telah banyak menerima bantuan Kerajaan.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan ekonomi negara yang semakin suram akibat penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, semua golongan pekerja tidak terkecuali dari terkesan, termasuk 800,000 penjawat awam yang menerima pembiayaan pembelian rumah melalui LPPSA.
Ramai di kalangan penjawat awam kini menjadi sumber sokongan kewangan buat ahli-ahli keluarga dan sanak saudara yang tiada pendapatan pada waktu PKP ini, lebih-lebih lagi kerana wujudnya persepsi bahawa “penjawat awam banyak terima bantuan Kerajaan”.
Sebagai contoh, laporan ‘Malaysia Economic Monitor’ oleh Bank Dunia menyatakan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mendapati 28% rakyat yang bekerja terpaksa meminjam dari ahli keluarga untuk membeli barang keperluan asas. Dalam keadaan sekarang, sudah pasti jumlah peminjam seperti ini bertambah dengan mendadak, dan kebiasaannya ahli keluarga yang akan dicari pada waktu ini adalah dari kalangan penjawat awam.
Maka kesan ketiadaan moratorium ini terhadap kewangan para penjawat awam tidak boleh dipandang ringan, terutama bagi kumpulan Gred 56 ke bawah.
Oleh itu, Majlis Setiausaha berpandangan bahawa Kerajaan perlu pertimbang semula pendirian LPPSA ini, dan mencadangkan moratorium pembayaran selama enam bulan diberikan kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah bermula 1 April 2020.
Majlis Setiausaha percaya langkah ini akan dapat membantu bukan sahaja penjawat awam malah juga keluarga-keluarga mereka menempuh keadaan ekonomi mencabar pada waktu ini.
YB Fahmi Fadzil
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
YB Dr. Ong Kian Ming - 王建民
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
YB Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli
Parti Amanah Negara (AMANAH)