TIADA KENAIKAN KADAR OPR ‘ANG POW KECIL’ BUAT PEMINJAM


 DAP mengalu-alukan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini untuk mengekalkan kadar OPR pada 2.75%, menawarkan perniagaan dan peminjam bank penangguhan yang amat diperlukan daripada kenaikan kadar faedah untuk menangani jangkaan kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat.

Seterusnya pembentukan kerajaan perpaduan baharu di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim sejak 24 November juga telah mengukuhkan keyakinan pelabur dan pasaran, terbukti dengan peningkatan ketara nilai ringgit berbanding dolar AS daripada RM4.75 di bawah kerajaan terdahulu kepada RM 4.32 hari ini.

Sebab utama kenaikan kadar faedah berpunca daripada keperluan Bank Negara untuk membendung inflasi dan juga mengekang penurunan nilai ringgit yang mendadak, yang jatuh ke paras terendah berbanding kedua-dua dolar Singapura dan AS di bawah kerajaan terdahulu.

Jelas sekali, kebimbangan terhadap inflasi dan kejatuhan nilai ringgit yang semakin meruncing telah surut di bawah kerajaan perpaduan baharu yang dilihat sebagai pertaruhan yang lebih selamat untuk pelabur, yang ngeri dengan prospek kerajaan alternatif yang tidak cekap, ekstremis dan perkauman.

Bank Negara telah melaksanakan beberapa siri kenaikan kadar faedah atau OPR tahun lepas sebanyak 1% berikutan kegagalan sebelum ini untuk mengawal kedua-dua inflasi dan kejatuhan mendadak nilai ringgit.

Walaupun hampir RM 600 bilion disalurkan oleh pentadbiran Muhyiddin, pertumbuhan ekonomi kekal suram, menimbulkan keraguan tentang keberkesanan dana awam yang dibelanjakan.

Dengan menghentikan kenaikan kadar faedah, kerajaan akan mempunyai peluang untuk menangani pertumbuhan yang lebih perlahan akibat kemelesetan AS.

Mengekang kos pinjaman akan membantu mengurangkan tekanan kos ke atas peminjam individu dan bank serta meningkatkan perbelanjaan penggunaan yang lebih tinggi.

Pemberhentian kenaikan kadar faedah adalah ang pow kecil Tahun Baharu Cina kepada peminjam dan diharapkan akan membolehkan kerajaan perpaduan baharu memberikan tumpuan penuh untuk mengurangkan kos perniagaan di samping menjana lebih banyak peluang perniagaan.

LIM GUAN ENG

Pengerusi DAP.



No comments: