Kita hampir mengetahui bila tarikh PRU15


NORMAN RADZUAN



May be an image of 4 people, including Amani Zafran, people standing and indoor



PH, UMNO dan Bersatu mendesak..siapa terdesak?

UMNO DESAK DAN TERDESAK

PH desak kerajaan buka Parlimen, UMNO desak MPnya letak jawatan, Bersatu desak UMNO bersama PN dan Menteri UMNO desak pemilihan parti. Dalam desakan ini siapa sebenarnya terdesak?

Pastinya PH kini fokus kpd PRU15... itu adalah arahan terbaru DS Anwar utk tidak mengharap lagi pada SD. Maksudnya PH hanya mendesak dan bukan terdesak dlm situasi skg.

Kini UMNO yg dilihat terdesak. Siapa sangka parti ulung yg bertahan lebih 60 tahun ini kini mendesak tak terdesak. UMNO mendesak Menteri dari MPnya meletakkan jawatan manakala Menteri MPnya desak UMNO diadakan segera pemilihan parti.

Ini kali ketiga saya menulis bahawa PRU15 hanya akn berlaku selepas UMNO 'dihijack'. Muhyiddin dan Azmin tidak sebodoh itu mengadakan PRU tanpa melakukan sesuatu utk merampas UMNO menerusi Hishamuddin & Co.

Muhyiddin dan Azmin tahu tanpa grassroot dan penyokong UMNO mereka tidak mampu membentuk kerajaan sekali lagi. Muhyiddin dan Azmin tahu pembentukkan kerajaan PN ini adalah kerajaan 'palsu'. Hanya 18 Parlimen dari PAS yg dianggap tulen dan yg lainnya adalah mencuri dari pengundi PH dan BN.

Kita tidak menyangka UMNO yg dianggap unsinkable kini menjadi sebuah parti yg lemah. UMNO sendiri tidak yakin utk bertanding sendirian atas nama BN bersama MCA & MIC jika tidak bersama PAS. Disebabkan itu walaupun PAS telah mengistiharkan parti itu bersama PN... UMNO tetap menjadi seperti peminta sedekah utk bersama PAS.

UMNO juga seperti sudah tidak dipeduli lagi oleh parti2 dari Sabah dan Sarawak. Lebih mengejutkan MIC sendiri sudah berani mengugut UMNO. UMNO bila hilang kuasa parti2 komponennya meninggalkan mereka. Lebih mengaibkan apabila MP mereka sendiri tidak pedulikan arahan Presiden mereka sendiri.

Pada firasat saya... Zahid dan Najib akn dipadamkan karier politik mereka utk memudahkan UMNO dihijack. Apabila jawatan Presiden hilang kerana kes mahkamahnya dijatuhkan hukum... maka modus operandi meng'hijack' UMNO lebih mudah.

Bergemarlah kembali slogan 'Perpaduan Melayu' utk menghalalkan kerjasama Bersatu/PAS/UMNO. Bersatu akn terus menjadi Tuan kpd UMNO utk tempoh seterusnya. Namun ada beberapa persoalan jika ia berlaku...

a) Jika UMNO berjaya dihijack ada dua kemungkinan berlaku....

Pertama kerajaan yg ada akn terus kekal sehingga berakhir tempoh PRU14 iaitu 2023. Kedua...PRU akn paling awal penghujung tahun ini.

b) Persoalannya apa jadi jika Nov baru berlaku pemilihan parti ( UMNO ) sdgkan Darurat akn berakhir pada Ogos ?

Tidak mustahil Darurat akn bersambung sehingga pemilihan parti UMNO berlaku. Bagaimana dgn Belanjawan 2022... saya tidak pasti dari sudut undang2 Darurat bagaimana.

Jadi tidak perlu lagi kita berteka teki bila tarikh PRU15. Selagi UMNO tidak di'hijack' jgn bermimpi ia berlaku. PN tidak akn mampu menang tanpa UMNO.

c) Persoalannya pula adakah PN sukar ditewaskan jika ada gabungan 3 parti tersebut?

Sememangnya sukar tetapi tidak mustahil berlaku undi sabotaj dari akar umbi UMNO yg merasakan parti itu telah menjadi 'hamba' kpd Bersatu. PN boleh menghijack UMNO tetapi belum tentu mereka boleh hijack pengundi UMNO.

Sebab itu saya katakan PRU jika berlaku paling awal Dis atau tahun hadapan. Ini kerana PN perlu penjenamaan 'Perpaduan Melayu' itu benar dpt didoktrinkan ke pemikiran Melayu UMNO di kampung2 utk bersama mereka.

Tapi hati kecil saya berkata jika dpt dihijack kemungkinan besar Muhyiddin akn pertahankan kerajaan PN sehingga 2023. Atas alasan Muhyiddin dan Azmin tidak mempercayai PAS dan UMNO walaupun jawatan dan kuasa telah diberi.

Rentetan dari situasi politik terkini... yg mendesak dan terdesak adalah UMNO sendiri. Yg tenang PH dan yg akn senang lenang parti lebai dan Sarawak.