Pilihan Yidin: Letak jawatan atau Bersatu kalah PRU
Perjalanan Anwar menjadi PM masih berliku. Anwar perlu bertemu DYMM Agong. Kita jgn terlalu ghairah menghina pengkhianat2 tersebut tetapi fokus dlm penulisan kita mengajak rakyat berdoa. Kita merancang tetapi Allah sebaik baik perancang.
Mari kita berdoa semoga Tuanku menerima permintaan rakyat agar mandat rakyat diserahkan semula dgn cara yg mudah. Saya yakin jika Tuanku menasihat TS Muhyiddin meletakkan jawatan kerana hilang majoriti… Insyallah Tan Sri Muhyiddin akn lakukan.
Jika TS Muhyiddin menolak dan meminta membubarkan Parlimen ia lebih membawa risiko kpd kemusnahan Bersatu. Jika Parlimen dibubarkan Bersatu hanya akn tinggalkan 1 kerusi di Pagoh. Itu pun belum pasti jika PH bekerjasama dgn UMNO.
Jika UMNO bersama PKR, DAP dan Amanah membentuk kerajaan melalui rundingan pilihanraya ia akn memusnahkan semua kerusi Parlimen Bersatu. Itu yg perlu Muhyiddin ingat. Muhyiddin juga mesti ingat PAS bukanlah parti setiakawan seperti dijelaskan pemimpin mereka ‘buat masa ini’ mereka masih menyokong Muhyiddin.
Bukan itu sahaja kos PRU mencecah RM billion jika ia berlaku. Dlm keadaan negara ekonomi yg teruk ketika ini serta Covid 19… marilah rakyat memohon kpd TS Muhyiddin agar berjiwa besar demi utk negara dan keselamatan rakyat utk meletakkan jawatan sebagai PM.
Kita kenali Anwar berjiwa pemaaf sb itu mudah Tun menipu Anwar 2 kali. Belum membentuk kerajaan Anwar sudah menawarkan jawatan kpd TS Muhyiddin utk bersama kerajaan barunya.
Yg rakyat tolak adalah Azmin Ali, Zuraida dan team ‘kartel’nya kerana mereka ini pengkhianat yg menjadi punca Tun dan Muhyiddin terfikir dan berani utk memusnahkan mandat rakyat sebelum ini. Penghinaan Zuraida dan ‘geng’nya dlm video ‘ Bye2 Anwar, bye2 Kak Wan…’ tidak akn dpt dilupakan oleh rakyat yg merasa begitu terhina.
Sifat pemaaf Anwar sgt dibenci oleh ahli dan penyokong2 PKR mahupun keluarganya. Selepas diaibkan, dipenjarakan, dipukul, penderitaan mental dan fizikal oleh Tun Mahathir… sebaik keluar dari penjara ujar Anwar dlm ceramahnha, beliau sudah memaafkan Tun Mahathir. Mana mungkin jika berlaku kpd org lain. Kita baru kena tipu dgn kawan terus putus hubungan sampai mati.
Saya yakin pendirian Anwar itu membuktikan beliau ingin menjadi PM bukan utk membalas dendam tetapi fokus kpd membetulkan negara yg rosak. Anwar juga mahu membuktikan Malaysia Baru yg diimpikan bukan sahaja akn berlaku lonjakkan ekonomi tetapi sistem perundangan negara yg akn diperbetulkan.
Beri peluang kpd Anwar dlm tempoh 2 tahun ini. Kita lihat perubahannya. Saya yakin Anwar yg saya perjuangkan selama 22 tahun kerana ideolagi politiknya Insyallah mampu membuktikan beliau mampu meningkatkan ekonomi dan mengubati negara kita yg teruk dirosakkan oleh pemimpin2 sebelumnya…. doa, doa, doa sahabat sekalian.
Saya sayu melihat ramai yg sudah bernazar jika Anwar menjadi PM ke 9 ini ada yg mahu sedekah makanan di Tahfiz, mahu buat kenduri kesyukuran, mahu potong rambut, mahu botakkan rambut dan bermacam macam… tanda rakyat berharap Anwar mahu membawa perubahan dan akn muncul Erdogan Malaysia… Amiin