Aziz Ishak – wartawan berani bangkit menghadap ‘Harimau Malaya’ Gerald Templer


Aziz Ishak - Photo: Wikipedia

Sejarawan tahu betapa tiap akhbar ada pendirian redaksi masing-masing, yang mencerminkan kecenderungan pemilik atau keberanian penulisnya sendiri. Veloo Saminathan mengarang.

Akhbar lama adalah sumber maklumat peristiwa lampau yang nostalgia, penuh dengan banyak pengajaran dan anekdot. 

George Santayana, seorang ahli falsafah Sepanyol, pernah berkata: “Mereka yang melupakan sejarah akan dihukum mengulanginya.” Pengamatan ringkas dan padat ini telah menemui padangnya sendiri dan sering dipetik mahu pun oleh penyokong politik dalam ucapan mereka.

Akhbar lama, kebanyakan dalam keadaan lapuknya, mengandungi rakaman peristiwa lalu. Penyelidik menelaahnya untuk pemahaman perkara yang mereka sedang kaji. Sang puritan dari kalangan mereka mungkin menganggap semua ini sebagai sumber “sekunder” dan justeru memerlukan pembenaran daripada apa yang mereka katakan sebagai “sumber primer”.

Wartawan bukanlah sejarawan – mahu pun ditawarkan peluang untuk menjadi sejarawan, sungguh pun jika mereka mahu – kerana mereka menulis atau melapor ketika saat kejadian sedang marak, selalunya mengejar tarikh akhir. Mereka tidak punya kemewahan waktu panjang untuk merenung dalam terhadap sebarang topik. Beberapa pakar percaya wartawan bersinar cemerlang apabila mereka perlu menulis di bawah tekanan melampau yang dibawa ke atas mereka dek tarikh akhir yang berat. 

Hadiah Pulitzer, anugerah tertinggi untuk kewartawanan Amerika Syarikat, bukan sahaja untuk mutu laporan malahan untuk ketepatan, keaslian, dan keberanian, pemasaan, kehandalan dalam penyiasatan. Dari ciri-ciri ini, beberapa wartawan telah menjadi tokoh ikonik dan berterusan sedemikian dalam tugasnya. Wartawan perang berdepan dengan risiko hidup mati yang lebih tinggi dan bertaruh nyawa di medan tempur. 

Sejarawan moden bukanlah sepenuhnya tak endahkan atau menjauhkan dari isi akhbar lama. Sementara fakta dari sumber primer terus menjadi titik labuh, bahan cetak berita juga dijalin terpilih masuk ke wacana itu, membentuk komponen asas kepada atur susun itu. 

Cendekiawan gunakan nota kaki atau nota hujung untuk mendedahkan sumber kepada maklumat mereka, menyerahkan wacana mereka boleh ditentusahkan. Makanya, maklumat dikutip dari sumber primer (dokumen asas) dan sumber sekunder (kebanyakannya akhbar) membentuk suatu adunan. Surat khabar oleh itu boleh memainkan peranan bernilai dalam membentuk wacana dan perkaitannya kepada wacana tersebut.

Kiriman keratan akhbar lama yang digunakan dalam beberapa kumpulan sembang WhatsApp barangkali boleh jadi amat berguna asalkan ia dilakukan dengan memilih dan menyediakan konteks untuk sesuatu peristiwa.

Tapi ingat, laporan berita takkan wujud tanpa kecenderungan tertentu, yang mana ia menjadikannya mustahak. Ini harus dikenal pasti dalam membaca sebarang petikan laporan berita. Misalannya, surat khabar era penjajahan tidak dapat lari dari kecenderungan tertentu yang memihak kepada rejim penjajah. Dalam hal akhbar Tamil, mereka ada kecenderungan tertentu yang berpihak kepada perjuangan kebangsaan pejuang pembebasan India sebelum India mencapai kemerdekaan.

Gerald Templer – Wikipedia

Dalam satu episod tersohor yang kini kian dilupakan, Pesuruhjaya Tinggi penjajah British ke Malaya Jeneral Gerald Templer telah memaki hamput wartawan Utusan Melayu Abdul Aziz Ishak kerana telah keluar dari batasan mengampu. (Aziz adalah adik kepada pengasas Utusan Melayu Yusoff Ishak, yang kemudiannya menjadi Presiden Singapura yang merdeka.)

Aziz telah dijemput untuk membuat liputan majlis pertabalan Permaisuri Elizabeth Kedua di London pada 1953, tapi kemudiannya telah membuat beberapa pemerhatian yang kurang positif tentang berbagai segi majlis itu dalam laporannya.

Templer memanggil Aziz mengadap ke kediaman rasminya di King’s House (kini dikenali Carcosa Seri Negara), yang mana dia telah mengecamnya sebagai “tikus, dan wartawan busuk yang namanya kemuruk di Asia Tenggara”, dan beberapa kata-kata carutan. 

Apabila Aziz membantah terhadap keberangannya dan bangkit untuk keluar dari laman itu, Templer mencabarnya untuk laporkan apa yang terjadi antara mereka. Inilah yang sewajarnya dan dengan beraninya telah penulis Utusan itu laksanakan.*

Akan sentiasa ada kecondongan wujud dalam dasar redaksi. Sebagai contoh, Singapore Tiger Standard (yang ketika itu akhbar seinduk Sin Chew Jit Po) pada dekad 1950an mencerminkan kecondongan pemiliknya, Aw Boon Haw, taikun yang terkenal kerana produk Tiger Balm.

Seorang tokoh yang terlibat dalam akhbar itu adalah S Rajaratnam (kemudiannya dilantik Menteri Luar Negeri di Singapura yang merdeka). Sebagai penyunting rencana dan ketua pengarang, dia menyumbang ruangan mingguan “I write as I please” (1953-54), yang nyata sekali condong ke arah anti-penjajah. Yang ini juga ada akibatnya, sekurang-kurangnya pernah sekali meletus lagi kemarahan Templer.

*Aziz kemudiannya berkhidmat sebagai Menteri Koperasi dan Pertanian dalam kabinet Tunku Abdul Rahman dari tahun 1955 hingga 1953, yang mana dia meletak jawatan disebabkan perbezaan pendapat. Dia kemudiannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang keras dari tahun 1965 hingga 1966. 

Veloo Saminathan ialah bekas penjawat awam yang senior dengan minat mendalam terhadap penulisan

Diterjemahkan oleh Shazni Bhai

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

No comments: