Perbezaan parti politik adalah perbezaan wadah bukannya perbezaan akidah.

 Perbezaan parti politik adalah perbezaan wadah bukannya perbezaan akidah. 



Pemuda AMANAH menjawab kenyataan Presiden Pas tentang kemungkaran akidah yang sedang diselamatkan Pas.

-------------------------------------------


Dalam kerangka politik semasa, setiap parti politik punya hak yang sama untuk dipilih dan hak berlainan ideologi.


2. Malah sebarang ideologi yang dimiliki oleh sesuatu parti politik adalah dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia - JPPM  kerana merekalah yang menyemak perlembagaan sesebuah parti politik sebelum ia diluluskan.


3. Kenyataan Presiden Pas yang menyatakan bahawa Pas sedang berjuang menyelamatkan umat Islam daripada kemungkaran akidah memperlihatkan seolah-olah terdapat parti politik di Malaysia yang telah merosakkan akidah umat Islam.


4. Malah ini memperlihat Presiden Pas seolah-olah secara sembrono tidak menghormati fungsi Majlis Raja-Raja sebagai payung agama di Malaysia dalam memelihara akidah umat Islam.


5. Pandangan ini sangat bahaya dan memperlihat bibit-bibit takfiri mula disemai oleh Presiden Pas itu.


6. Janganlah kerana perbezaan ideologi parti politik maka Presiden Pas tergamak untuk mengheret akidah umat Islam sekali dalam perseturuan politik ini.


7. Sebagai umat Islam yang tinggal di Malaysia yang mana menjunjung Islam sebagai agama rasmi, perbezaan parti politik adalah perbezaan wadah bukannya perbezaan akidah.


Yob Mal 

(Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar) 

Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Negeri Perak.

22 September 2022.


#PemudaAmanahNegeriPerak



No comments: