KES ZAHID HAMIDI -UKSB

 KES ZAHID HAMIDI -UKSB





i


Hari ni Mahkamah buat keputusan kes Zahid Hamidi. Ramai tak puas hati. Jangan la begitu. Kita kena paham penghakiman kes dulu.


Saya dah baca penghakiman kes tadi. Ini rumusan yang saya boleh bagi.


Tuduhan: 40 tuduhan rasuah oleh satu syarikat iaitu UKSB kepada Zahid Hamidi atas kapasiti sebagai Menteri Dalam Negeri. Berjumlah RM42juta kesemuanya. 


Projek: Rasuah dituduh dibayar bagi mendorong Menteri melanjutkan kontrak Visa Luar Negara (VLN) untuk syarikat UKSB.


Pihak Pendakwaan bawa masuk 18 saksi termasuk Pengarah UKSB untuk buktikan kes. Pihak Pembelaan mengatakan ZH tak boleh dipersalahkan kerana- 

* (i) wang yang diterima adalah wang sumbangan politik (political donation); dan

* (ii) kes yang dibuat ke atas ZH adalah “pendakwaan terpilih”. Maksudnya, kerana ZH orang politik dia kena, orang lain tak kena pula. Nak kata DPP pilih kasih.


KEPUTUSAN HAKIM


* (i) Hakim tidak bersetuju dan menolak wang yang diberi adalah sumbangan politik kerana tiada bukti ia digunakan untuk sumbangan politik. Untuk rekod, ZH mengaku menerima sejumlah RM200 ribu daripada UKSB.


* (ii) Hakim menolak adanya pendakwaan terpilih dalam kes ini. Kerana Pendakwa Raya bebas untuk mendakwa mana-mana pesalah di Mahkamah.


* (iii) Hakim juga mengatakan Pendakwaan GAGAL untuk buktikan duit rasuah diterima oleh ZH. Ini adalah kerana saksi2 daripada UKSB “tak boleh pakai” kenyataannya. Banyak percanggahan. 


* (iv) Makanya, Hakim bebaskan ZH daripada kesemua 40 pertuduhan.


ALASAN HAKIM


* (i) Hakim bebaskan ZH dalam kes UKSB ni alasannya simple. Hakim tak percaya cakap pemberi Rasuah. Sebab hanya mereka sajalah bukti yang ada untuk katakan Zahid terima rasuah.


* (ii) Hakim juga bezakan kes ZH ni dengan kes Rosmah. Dia cakap kes Rosmah boleh diterima buktinya kerana terdapat banyak bukti sokongan lain, seperti cek tunai RM5 juta daripada Bank dan ada saksi-saksi lain selain pemberi rasuah. Dalam kes ZH, ni nada! Tiada.


* (iii) Hakim juga kata dalam kes Rosmah, ada beg isi duit rasuah di bawa ke Mahkamah. Dalam kes Zahid Hamidi, pemberi rasuah cakap dia letak duit semua dalam sampul surat besar. Tapi tak bawa masukpun sebagai bukti. Makanya, dia tak boleh bayangkan macam mana duit punya banyak boleh masuk dalam sampul surat. Makanya kena lah reject.


ULASAN SAYA


(i) Saya boleh terima alasan hakim. Dia kata takde bukti kredibel ZH terima duit rasuah. Pemberi rasuah punya cakap tak boleh pakai. DPP pulak tak bawak saksi dan bukti lain. Makanya gone case.


(ii) Cuma satu yang saya kena highlight. Mungkin akan diangkat ke Mahkamah Rayuan. Dalam pembelaan Zahid Hamidi, dia mengaku terima wang daripada UKSB berjumlah RM200k, tapi dia cakap itu untuk sumbangan politik. Mahkamah tolak alasan sumbangan politik sebab takde bukti ia dibelanjakan untuk tujuan itu.


(iii) Namun, isunya, dalam kes ini ZH mengaku sendiri dia terima duit UKSB. Makanya, sedikit heran bila Mahkamah kata takde bukti kredibel duit rasuah diberi. Bilamana ZH sendiri pun mengaku dia terima. Mungkin isu ini akan diangkat semula oleh Pendakwaraya.


(iv) Mahkamah dah putuskan hukuman. Macam saya tak berapa setuju jumlah denda kes Rosmah, pada saya terlampau tinggi. Sama la juga sekarang, saya rasa elemen penerimaan duit rasuah tu boleh diperhalusi semula. Mungkin Mahkamah Rayuan akan lihat kembali nanti. Itupun sekiranya Pendakwa merayu lagi ke peringkat lagi tinggi.


(v) Apapun keputusan Mahkamah, kita kena buka minda dan terima. Banyak lagi peringkatnya selepas ini. Sekiranya DPP merayu nanti. Mereka ada 14 hari. 


(vi) Cuma bila dah sampai Mahkamah Persekutuan, dia dilepaskan, jangan pulak kita kata Mahkamah berat sebelah. 


(vii) Kalau kes Najib kita percaya Mahkamah dan raikan mereka buat kerja, kes ini patutnya sama juga. Kita kena berlapang dada. Jangan tohmah Mahkamah pula. Kita bukan mereka2 yang taksub belaka 😊


Salam hormat,

Liyana Marzuki


NB- ZH ada satu kes yang DPP dah berjaya buktikan kes prima facie. Kes Yayasan Akal Budi. Sekarang ZH kena bela diri. Kalau gamaknya tersangkut kes nanti, jangan pulak cakap Mahkamah kejam pula ya. Sekarang Mahkamah baik punya dipuji 😊



No comments: