Zaman PN ke masjid didenda, jumpa menteri tak apa?
Semakin banyak netizen mengecam pengikut dan pembesar kerajaan ultra Melayu Perikatan Nasional yang menghukum denda rakyat bersolat di Masjid. Tetapi dalam masa sama tidak mengambil tindakan ke atas menteri, timbalan menteri atau penyokong mereka yang berjumpa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Menurut netizen zaman PN rakyat pening kerana pergi masjid kena denda. Penyokong jumpa menteri agama relaks sahaja tidak diambil tindakan. Siap ada yang boleh promote produk sambal lagi. Nampak sangat taraf menteri lagi tinggi dari rumah Allah di zaman PN.
Ingat, dulu jemaah ruwaibidhah selalu meratib Islam terancam (di zaman PH) lalu Tuhan yang Maha Kuasa murka dan tunjukkan apa erti sebenar Islam terancam yang selalu mereka doakan dahulu
Inilah hasil tuaian yang kita semua tanggung akibat dari hasad dengki mereka.