MASA PH ISU ROKOK DIJADIKAN SATU ISU YANG CUKUP BESAR- SEOLAH OLAH MELEPAK DAN MEROKOK DI KEDAI MAKAN SATU KEWAJIPAN..KINI....

 3,419 notis kesalahan merokok di tempat makan dikeluarkan sejak Januari hingga Oktober tahun ini, kata Khairy


3,419 notis kesalahan merokok di tempat makan dikeluarkan sejak Januari hingga Oktober tahun ini, kata Khairy


Sebanyak 3,419 notis kesalahan merokok di tempat makan telah dikeluarkan sejak Januari hingga 24 Okt tahun ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata Terengganu merupakan antara lima negeri yang merekodkan pengeluaran notis tertinggi dengan 652 notis diikuti Pahang (601), Sarawak (365), Perak (356) dan Kuala Lumpur (303).

Dia berkata notis berkenaan dikeluarkan mengikut Seksyen 32B Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

“Kementerian Kesihatan (KKM) telah mempergiat aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan khususnya selepas peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara dan kebenaran makan di tempat makan telah diberikan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Semua tempat makan termasuk restoran berhawa dingin dan tempat makan terbuka telah diwartakan sebagai tempat dilarang merokok di bawah Peraturan 11(1)(d) PPKHT 2004 pindaan 2018 berkuat kuasa 1 Jan 2019 di seluruh negara.

Khairy menegaskan larangan merokok bukan bertujuan untuk menghukum golongan perokok sebaliknya dilaksanakan bagi mengelakkan komplikasi akibat tabiat itu kepada golongan perokok serta perokok pasif iaitu mereka yang berada di sekeliling perokok.

Katanya, KKM komited membantu golongan berkenaan untuk berhenti merokok dan pendaftaran bagi perkhidmatan berhenti merokok mQuit boleh dibuat melalui laman sesawang www.jomquit.com.

No comments: