EBIET LIEW
Sayu sebak rasa jumpa orang Malaysia di Jakarta. Berat ujian
seorang ayah ini dan anaknya yang terkandas di sini. Saya terbaca di komen fb
saya. Keluarganya di Malaysia buat pelbagai usaha. Anaknya belajar di madrasah
di Indonesia. Takdir Allah anaknya sakit. Kena bawa balik. Sampai di airport
tak boleh balik kerana visa dah tamat. Tak boleh nak balik Malaysia sebab
masalah visa ada denda.
Kuat ayah ni seorang diri kerja guard di Malaysa datang ke sini
seorang diri untuk bawa anak pulang. 20hari menguruskan urusan nak bawa anaknya
balik. Ke sana sini. Tidur di airport, di masjid dan di jalan. Tiket balik
terlepas kerana hal visa.Sedih rasa. Duit semua habis. Hp habis bateri. Tak
dapat nak keluarkan duit. Duit habis langsung. Dengan ubat jantung habis.
Allahuakbar. Cinta seorang ayah buat anaknya yang semangat nak menuntut ilmu.
Masa sampai tadi abang ni gembira sangat dan sebak wajahnya. Ucap terima kasih.
Kagum cinta seorang ayah. Demi ilmu. Demi anak. Kerana Allah.
Syukur tadi selesai dibantu kedutaan Malaysia di Jakarta. Terima
kasih kedutaan Malaysia di Jakarta. Kami ambil abang ini di Imegresen Indonesia
dan bawa abang ni ke hotel dan esok insyaAllah belikan tiket balik ke Malaysia.
Saya tidur dimana-mana pun takper ustaz. Tak nak susahkan ustaz. Ya Allah abang
ni. Allah bagi semua. Jom. Abang jangan risau apa-apa dah. Semuanya dah
selesai. Semoga Allah bantu dan mudahkan urusan abang sekeluarga. Katanya
gembira sangat jumpa saya di sini. Dah lama teringin nak jumpa. Selalu tengok
ustaz membantu sana sini. Rupanya hikmah semua ini juga Allah temukan kita.