DANA POLITIK vs RASUAH



1. Dalam setiap kes jenayah, Pendakwa kena buktikan elemen jenayah. Apa itu elemen jenayah? Ia ialah syarat2 yang perlu dipenuhi oleh Pendakwa, sebelum seseorang itu boleh didapati bersalah. 


2. Contoh, elemen jenayah bagi kes bunuh ada 3:


(I) ada kematian: mayat si mati dijumpai 

(II) si mati meninggal disebabkan tindakan orang kena tuduh (OKT)

(III) OKT ada niat membunuh. 


3. Seperti kes Mona Fendi, Pendakwa berjaya buktikan semua elemen bunuh di atas. Oleh itu, Mona Fendi dihukum gantung sampai mati. 


4. Sama juga, dalam kes rasuah. Ada 2 elemen yang perlu dibuktikan oleh Pendakwa:


(I) duit rasuah diterima oleh OKT; dan 

(II) OKT ada kuasa atau pengaruh untuk beri apa2 yang pemberi rasuah mahukan. 


5. Contoh dalam kes DS Rosmah Mansur, ada bukti dan saksi dia terima duit RM6.5juta. Ada juga bukti yang dia campur tangan dan suruh Menteri MOE dan KSUnya untuk beri projek dan percepatkan bayaran kepada pemberi rasuah. 


6. Semua bukti dan saksi ni pada Mahkamah kredibel. Makanya dia didapati bersalah. 


7. Bagi kes DS Zahid Hamidi lain ceritanya. Mahkamah setuju yang beliau ada kuasa dan pengaruh untuk bagi pelanjutan kontrak kepada UKSB. Sudah penuhi elemen kedua. 


8. Cuma Mahkamah tidak percaya 3 saksi Pendakwa yang katakan ZH terima duit rasuah. Kerana itu saja bukti yang ada. Makanya, elemen pertama tak dipenuhi. Jadi, kes tak lekat jua. 


9. Ada orang tanya saya, bagaimana pula dengan orang lain yang terima sumbangan daripada pemberi rasuah. Cerita ni wujud dalam kes UKSB: KJ, Muhyiddin Yassin, anak sedara Tun M, Shafie Apdal, semua dikatakan terima rasuah dari UKSB.


10. Sama juga dalam kes Terowong, selain LGE dituduh terima rasuah, Pemberi Rasuah juga katakan dia beri rasuah kepada orang Najib Razak, Nazri Aziz dan beberapa pemimpin UMNO lain. 


11. Jawapan saya simple. Beza rasuah dan sumbangan politik ialah apa timbal baliknya kepada pemberian rasuah itu? Tengok balik elemen kedua jenayah rasuah itu tadi. 


12. Kalau yang menerima tiada kuasa atau pengaruh nak beri apa yang Pemberi Rasuah nak, itu tidak boleh dikatakan rasuah. Itu sumbangan politik semata. 


13. Sumbangan politik ni pun Mahkamah akan lihat juga. Seharusnya duit tak boleh lah masuk akaun sendiri. Perlu masuk akaun parti. Dan kena tunjukkan duit dibelanjakan untuk politik. Bukan untuk berjoli. 


13A. Macam duit derma Raja Arab hari tu. Mahkamah cakap hanya auta semata2. Tak diterima alasannya. Kenapa? Bila duit masuk akaun sendiri dan ada yang berjoli lagi. Tambah money trail tunjuk duit tu datang dari SRC. 


14. Itu sebab saya selalu tekankan Malaysia ni kena ada Akta Dana Politik. Supaya jelas nampak beza dana politik dan rasuah. Takde la geng politik boleh senang2 lepas. 


15. Bagi PRU akan datang kita kena tekankan kepada MP yang kita nak undi, suruh dia sokong Akta ini. Kalau ngelat2 nak sokong, undi janganlah diberi…


Salam hormat,

Liyana Marzuki