Usai menghadiri Sesi Pleno Pembukaan Persidangan WorldSkills Shanghai 2026, saya dan rombongan Malaysia menuju ke Hangzhou dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi.
Beberapa sesi pertemuan telah dijadualkan agar kami meneruskan misi untuk meneroka peluang pelaburan ke Malaysia terutamanya dalam bidang teknologi dan automotif.
Saya juga sempat bertanya khabar dan menyantuni rakan-rakan media delegasi Malaysia yang mengikuti lawatan kerja saya serta menegaskan pendirian Kerajaan MADANI berhubung pelbagai isu semasa dan nasional.
Mentadbir negara bukanlah suatu tugas yang mudah, namun memikul amanah yang sepenting ini menuntut kebijaksanaan serta iltizam.
Saya bertekad untuk mencurahkan segenap kudrat demi tanah air, menumpu pada usaha membaiki dan merombak sistem, amalan dan budaya lampau yang telah merosakkan dan melemahkan negara ini.
Kerajaan MADANI dan Pakatan Harapan kekal konsisten dalam memelihara dan menghormati kedudukan Raja-raja Melayu serta keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Pendirian ini jelas dan nyata.
#YakinMADANI








No comments:
Post a Comment