SIAPA RIZAL MANSOR= TEKS PERBICARAAN BELIAU SIRI2

 

SIRI 2

 


[56,57] Rizal dah sediakan 2 pegawai UTK untuk iring duit tersebut dan Rizal bisik pada Ahmed yang duit tersebut untuk Mem.

[58] Rizal suruh orang gaji Rosmah ambil duit tersebut dan masuk dalam rumah. Rizal jumpa Rosmah dan Rosmah tanya berapa? Rizal kata lima.

[59] Berberapa hari selepas itu Rizal minta bahagian dia naik ke 25 juta dan Saidi bersetuju. Saidi bagi Rizal 500 ribu tunai.

[77] Rizal menggambarkan Rosmah sebagai orang yang sangat cerdik dan bijak serta pandai merangka strategi untuk dapat apa yang dia hendak. Rosmah suruh Rizal buat team cyber troper ( RBA - Rosmah Birkin Army Description: 🙂) dengan bayaran sebanyak 100K ringgit sebulan.

=======================================

Tugas Mahkamah untuk kes ini

[79,80] Untuk memastikan yang kes pihak pendakwaan mencapai prima facie dan beban pertuduhan terletak pada pihak pendakwaan untuk membuktikan semua dakwaan adalah melampaui keraguan munasabah.

=======================================

Tentang kredibiliti Saksi-Saksi

[86] Dari 23 saksi 3 adalah saksi penting Rizal, Saidi dan Rayyan. Mahkamah juga sedar yang bukti dari ketiga saksi tersebut perlu di teliti dengan berhati-hati sebab mereka juga bersubahat sama dengan tertuduh. Adalah penting semua bukti mereka ini kena lulus ujian kredibiliti dahulu.

=======================================

Mahkamah menjawap persoalan peguambela tertuduh

[96, 97] Pembelaan kata ini adalah derma politik yang di tawarkan oleh Saidi dan Rayyan dan Rosmah tak pernah meminta Rasuah dari mereka. Hakim kata isu yang paling penting adalah jika testimoni Rizal yang tertuduh meminta 15% rasuah dari Saidi melalui Rizal.

[102] Pembelaan mengadu yang pihak pendakwaan gagal untuk dakwa Rizal, Saidi, Aazmey dan Mahdzir; pembelaan menggunakan kes Pendakwaan melepas dan membebas Rizal sebagai satu Mala Fide terhadap tertuduh; mereka siap petik dari kes Mahkamah Tinggi Kanada. Hakim jawap dia tak bersetuju dengan duluan tersebut sebab kita tak pakai undang-undang Kanada dan di bawah Pelembagaan Persekutuan Artikel 145(3) sebut Peguam Negara ada kuasa hendak tarik balik mana-mana kes.

[105] Hakim berpendapat yang Rizal tak berani hendak buat tawaran untuk menaikkan jumlah rasuah dari 10% ke 15% tanpa persetujuan Rosmah. Tuduhan pembelaan yang kata Rizal buat ini semua sebab kepentingan peribadi juga tak releven sebab Rizal telah menjadi Pegawai Khas Rosmah dari 2009 dan sangat di percayai oleh Rosmah. Rizal juga tak mungkin boleh aturkan mesyuarat dengan Rosmah kalau dia tak ada hubungan dengan Rosmah.

[106] Rizal telah di soal siasat dengan soalan-soalan yang keras dari peguambela Rosmah dan dia tetap yakin yang Rosmah meminta 15% dari kedua Saidi dan Rayyan. Saidi juga membenarkan testimoni Rizal yang Rosmah meminta dia 15%.

[107] Hakim kata Rizal dalam kes ini adalah saksi terpenting, dia tak dapat apa-apa ganjaran bila memberi keterangan terhadap tertuduh sebab dia telah dia lepas dan bebas dari pertuduhan jenayah ini. Hakim kata kalau Rizal di lepas tapi tak di bebas (DNAA), mungkin hakim boleh kata dia akan ada bias terhadap tertuduh sebab ada ganjaran. Hakim juga petik duluan kes Khir Toyo yang mana saksi pendakwaan penting juga rakan subahat tertuduh.

[116,118] Pembelaan kata tak ada saksi yang nampak tertuduh terima RM5 juta secara tunai. Pembelaan kata yang pendakwa gagal panggil saksi orang gaji dan juga pegawai UTK, dan juga ada perbezaan pendapat antara jenis kenderaan yang di gunakan oleh Rizal sama ada Alphard atau Vellfire.

[119] Hakim jawap tak ada keperluan nak panggil orang haji sebab Rizal sendiri dah bagi keterangan yang dia arahkan orang gaji tersebut bawa masuk duit dalam kediaman Rosmah. Tertuduh juga tahu yang Rizal bawa 2 beg dan berapa nilai dalam beg. Yang penting testimoni Ahmed membenarkan cerita Rizal yang nampak 2 orang gaji mengambil beg tersebut.

[122] Hakim juga mengatakan yang Rizal tak mungkin ambil 5 juta itu untuk dirinya sendiri tanpa orang lain tahu. Saidi dan Rayyan lambat laun boleh periksa dengan Rosmah kalau Rosmah tak dapat duit tersebut dan sebaliknya.

No comments: