KENAPA KERAJAAN TAK SEKAT JUDI DALAM TALIAN SEPERTI WEB LUCAH DISEKAT – PRESIDEN UMNO

 

Syarikat judi online sekarang ini nampaknya semakin galak mempromosikan aktiviti judi atas talian. Wah, siap undang pelakon dan penyanyi Melayu bagi mempromosikan perniagaan mereka.

Tak ada wang untuk berhari raya boleh cuba di company mereka. GDBET333. Mana tahu untung sabut timbul untung batu tenggelam. Bak kata netizen masuk RM10 cuci RM30. Begitulah gamaknya.

Sebenarnya konsep itu salah. Yang sebenar-benarnya beri taukeh RM2,000 mereka beri balik RM20. Habis semua harta Ismeth Ulam Raja di luar negara jika terjebak judi atas talian.

Judi online ini bukanlah baharu tetapi sudah lama bertapak di negara ini. Jika dahulu mereka beroperasi di premis tetapi ketika saya menjawat Menteri Dalam Negeri pada 2016, aktiviti itu berjaya dilumpuhkan.

Sejak daripada itu taukeh judi mengubah operasi dengan menggunakan telefon bimbit. Kaki judi tidak lagi perlu pergi ke premis sebaliknya hanya memuatnaik aplikasi di telefon pintar. Mereka akan memasukkan wang ke akaun syarikat sebelum diberikan kredit untuk bertaruh. Bahkan ada pelajar sekolah turut terjebak. Katanya ketagih dengan game Great Blue.

Sebelum ini syarikat mempromosikan aktiviti itu dengan mengiklankan di media sosial selain menghantar mesej kepada pengguna telefon pintar. Terbaharu siap buat iklan lagu hari raya. Nampaknya Petronas dan TNB yang selalu buat iklan raya pun boleh kalah.

https://www.facebook.com/100059392257037/posts/167390028584071/?sfnsn=wa



Apa yang saya mahu tekankan kepada orang ramai jangan terpengaruh. Jika menurut video raya itu, adakah anda mahu menggunakan wang judi untuk persiapan hari raya ataupun memberi wang hasil judi kepada ibu bapa?

Cukup-cukuplah. Ini bulan Ramadan sepatutnya tingkatkan amal ibadah untuk bertemu Allah SWT. Judi ini tiada kesudahan. Andai kata hari ini menang esok lusa pasti akan kalah lebih teruk. Bahkan doa orang yang memakan hasil judi tidak dimakbulkan Allah SWT.

Saya membaca kenyataan bahawa Bukit Aman sudahpun menyiasat pelakon dan penerbit video lagu hari raya yang mempromosikan aktiviti judi berkenaan. Dan saya harap pihak polis mengekang habis habisan aktiviti tidak bermoral itu.

https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2021/04/695487/polis-siasat-penerbit-pelakon-iklan-judi-raya

Judi menghancurkan negara, masyarakat, institusi sosial, keluarga malah menjeratkan individu terbabit dengan pinjaman ah long. Hasilnya sudah kita lihat.

Saya juga membaca kenyataan SKMM bahawa pengguna media sosial perlu lebih bertanggungjawab terhadap iklan judi terbabit.

https://www.tuncarlos.com/2021/04/iklan-judi-raya-pengguna-media-sosial.html

Itu bukan jawapan yang tegas daripada SKMM. Selama ini SKMM bersama pasukan cybertroopers begitu tegas dengan komen-komen panas. Sepatutnya cybertroopers yang diupah membentuk masyrakat jangan berjudi. Ini masalah rakyat dan negara.

Jawapan yang tegas adalah SKMM perlu berkata bahawa mereka akan membasmi sepenuhnya aktiviti judi atas talian. Kita seringkali mendengar alasan kedegilan syarikat judi meneruskan aktiviti biarpun pelbagai operasi sudah dijalankan. Ada juga alasan syarikat menggunakan cip yang berpangkalan di luar negara.

Tetapi kita lupa bahawa rangkaian Internet dikawal oleh kerajaan. Maka SKMM boleh menyekat semua link atau laman web judi atas talian sebagaimana mereka menyekat ribuan laman web lucah.

Bukankah begitu? Masalah ini boleh diselesaikan dengan cepat.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Presiden UMNO.



No comments: