Che Ibrahim
Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Negeri Kelantan telah diluluskan oleh DUN Kelantan pada Oktober 2019 dan dikuatkuasakan pemakaian mulai 1 Nov 2021 bagi menggantikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985 Negeri Kelantan.
Ekjs (I) 2019 ini ada 68 seksyen termasuk Seksyen Pemansuhan kepada ekjs 1985 (Seksyen 68) di mana 2/3 @ 70% dari peruntukkannya adalah diambil Dari ekjs 1985, hanya 24 seksyen shj yang merupakan peruntukkan baru yang tidak ada dalam ekjs 1985. Peruntukkan peruntukkan baru ini juga tidak ada dalam mana mana enakmen jenayah syariah negeri negeri lain selain Kelantan.
Sayugia disebut ekjs 1985 yang menjadi sebahagian besar peruntukkan dalam ekjs (I)2019 adalah digubal zaman UMNO memerintah Kelantan. Waktu itu Pas cukup lantang menyerang mahkamah syariah dan enakmen enakmen syariah kerana dikatakan bercanggah dengan syariah sehingga digelar enakmen 356 kerana bidangkuasa hukumannya hanya penjara 3 tahun, denda rm5000 dan sebat 6 kali.
Pas pada waktu itu cukup anti dan membenci enakmen enakmen syariah, mereka pertikaikan peruntukkan kena isi borang untuk kahwin, kena dapat kebenaran mahkamah untuk poligami, tak boleh cerai isteri tanpa kebenaran mahkamah dan banyak lagi.
Saya masih ingat bagaimana pembentangan Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 dalam Dun Kelantan terpaksa ditangguh kerana bantahan yang kuat dari Adun Adun Pas kerana tidak setuju demgan beberapa peruntukkan yang ada dalam RUU tersebut.
Sepanjang pengamatan saya ke atas ekjs (I) 2019, ada 3 perkara besar yang boleh menimbulkan kontroversi;
1. Hampir semua 24 peruntukkan baru dalam ekjs (I) 2019 seperti liwat, sihir, persetubuhan dengan mayat, persetubuhan dengan bukan manusia, mengurangkan ukuran, sukatan dan timbangan, melakukan muamalat riba dll terdedah kepada boleh dicabar keabsahannya dan bercanggah dengan Perlembagaan kerana kesalahan kesalahan tersebut telah diperuntukan dalam undang undang Persekutuan.
Ternyata sekarang kegusaran ambo menjadi kenyataan apabila Nik Elin Nik Rashid memfailkan petisyen memohon pengisytiharan Mahkamah Persekutuan bahawa peruntukkan peruntukkan tersebut di luar bidangkuasa negeri @ mahkamah syariah.
2. Hukuman hukuman yang diperuntukkan dalam ekjs (I) 2019 telah melangkaui bidangkuasa hukuman yang dibenarkan melalui Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) @ Akta 355 kerana ada hukuman hukuman yang tidak diperuntukkan dalam Akta 355 telah dimasukkan dalam ekjs (I) 2019.
3. Sebahagian besar kesalahan kesalahan dalam ekjs(I) 2019 diperuntukkan dengan hukuman denda Rm3000 ke atas atau penjara 2 tahun ke atas menjadikan kesalahan kesalahan tersebut hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah yang hanya ada satu sahaja, situasi ini sudah tentu memberi beban yang amat kepada Mahkamah Tinggi Syariah. 10 buah Mahkamah Rendah Syariah yang sedia ada tidak boleh membicarakan kesalahan kesalahan dalam ekjs (I) 2019 kerana hukumannya di luar dari bidangkuasa mereka.
Jadi syariat apakah yang ingin dipertahankan oleh Pas atau Pas sudah menukar akidahnya dengan menjadikan enakmen enakmen syariah yang mereka lawan dan tentang dulu sebagai satu "undang undang syariah" bagi penyokong Pas???