Menggelupur Annuar bila Guan Eng cadangkan agar JK Khas Jihad
dibubarkan selepas keputusan BNM menaikkan OPR sebanyak 0.25 mata.
Menurut Annuar, 2 tahun lepas, sebelum PKP, kadar OPR kota
adalah 3.5%. Disebabkan kelembapan ekonomi ketika PKP, maka ia diturunkan.
Boleh tonton videonya di https://bit.ly/3QDFxOR.
Soalan aku yang pertama, sekarang ini ekonomi dan elok ke sampai
nak naikkan balik macam asal? Rakyat ramai yang struggle nak teruskan hidup.
Apa asas nak naikkan OPR?
Kemudian, macam kebiasaan UMNO, mesti banding dengan negara
lain. Kata Annuar, setengah negara lain yang kadar inflasi tinggi, terus
naikkan dengan begitu banyak. Tapi BNM naik sedikit sedikit.
Soalan aku yang kedua, inflasi kita tinggi ke sampai kena
naikkan OPR? Bukan PM Isnail dan Menyeru Kewangan kata inflasi kita masih
rendah ke?
Annuar juga kata, kadar OPR bukan JK Khas Jihad ini yang
tentukan tetapi BNM. Jadi adalah dangkal kalau nak salahkan JK ini.
Soalan ketiga aku, kenapa JK ini tak pergi berjumpa dengan
Gabenor Bank Negara dan bincang, minta supaya ditangguhkan kenaikan ini?
Betullah kata Guan Eng. Kalau benda begini pun JK ni tak boleh
nak handle, tak pandai nak bincang dengan Gabenor BNM, baik bubar je!
Kalau tak naikkan sekarang, bank akan bengkrap ke? Negara akan
terus muflis ke? Atau macamana? Kenapa tak boleh tangguh sampai ekonomi betul
betul pulih dan hidup rakyat kembali normal?
Jawapannya cuma satu. Sebab yang memerintah sekarang adalah
UMNO. Sebab UMNO memang tak kisah keadaan rakyat dan hanya pentingkan diri
mereka sendiri. Itu sahaja sebabnya. Guane boh?