Polis cadangkan Hadi dituduh bawah Akta Hasutan

 


BERITA

Polis cadangkan Hadi dituduh bawah Akta Hasutan

Hariz Mohd

Diterbitkan:  Sep 4, 2023 5:02 PM

Dikemaskini: 5:14 PM

Polis akan mencadangkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menuduh Presiden PAS Abdul Hadi Awang bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia susulan ucapannya yang didakwa mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan.


“Sama ada akan tuduh atau tidak tuduh, itu bergantung pada penilaian AGC nanti,” kata Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay.


Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman mengambil keterangan Hadi di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi tadi.


Hadi disiasat bawah berhubung ucapannya di Johor pada 26 Ogos.


Dia berkata pengampunan kepada pesalah yang diamalkan di negara ini tidak sesuai dengan ajaran Islam.


Katanya, anggota keluarga mangsa jenayah yang berhak memberikan pengampunan, bukan lembaga pengampunan.


Kes itu sebahagian daripada kes agama, raja dan kaum (3R).


Dalam sidang media hari ini, Ayob berkata mereka mencadangkan pertuduhan dibuat bawah Seksyen 4 Akta hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.


Katanya, kertas siasatan dijangka dimajukan dalam minggu ini.



No comments: